السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila ramai pejuang Islam mati atau gugur syahid adakah kita dianggap kalah?
Bila banyak bangunan runtuh kena bom adakah kita dikira kalah?
Ikutilah tulisan ini untuk memahami menang atau kalah dalam perjuangan Islam.
•samada kita berjuang
di jalan ALLah atau
di jalan taghut-syaitan. (HizbuLlah atau Hizbussyaitan). Tak ada istilah
"duduk atas pagar" . Itulah pilihan yang kita ada. LIhat firman ALlah dalam surah aali Imran ayat 13;
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu ; satu pasukan ber-perang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pan-dangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehen-dakiNya, dengan memberikan pertolongan-Nya. Sesungguhnya pada peristiwa itu ter-dapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM
Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan ber-tanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)
Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekua-saan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. :
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.” at-Taubah, ayat 40PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERNOKTAH
Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua faktor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.
•Contohnya Rasulullah s.a.w. : Apabila baginda berdakwah ....supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:
•“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam..”
•Penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.
KONSEP KEMENANGAN-KEJAYAANKemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. •Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr/ al-fath pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. A. Kemenangan di Dunia Allah menjanjikan orang2 yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa DIA akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang2 yang sebelum mereka: khalifah2 yang berkuasa; dan DIA akan menguat dan mengembangkan ugama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan DIA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ANNUUR=55 Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:
a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.
B. Kemenangan di Akhirat
•Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.” AS-SAF=10-12
Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:
a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan.
c) Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama ‘Adn.
C. Kemenangan Adalah Janji Allah
Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
•Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.
•Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan Surah al-Anfal: 126
Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari ALLAH Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijak. AaLI IMRAN 126
•Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.
•Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan.
Sekian, tk..