Friday, January 2, 2009

TAHUN BARU .....REMAJA MELAYU HARU BIRU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Teman-teman yang dikasihi,

Sana sini berita menentang kekejaman Yahudi, demontrasi aman di sana sini.....tunjuk perasaan.
Sayangnya di negara kita, sana sini anak-anak remaja Melayu Mulim bahkan anak-anak tua menyambut tahun baru dengan acara-acara dan pesta-pesta maksiat. Sila layari laman web berikut : http://mindaperkasa.blogspot.com/2009/01/gaya-remaja-melayu-muslim-ketika.html Apakah malam tahun baru bermakna malam ada lesen besar untuk melakukan maksiat. Ingatlah tahun baru masehi dan tahun baru hijri adalah MASA. MASA itu adalah kehidupan. Jangan dibiarkan kehidupan masa muda remaja untuk melakukan maksiat.......kelak penuh penyesalan di hari tua, lebih menyesal di hari akhirat.

Nabi saw menyatakan dan mengingatkan kita mengenai umur dan masa khususnya REMAJA dan ORANG MUDA.

•Hari Qiamat dua dari empat soalan akan ditanya:
- Bagaimana umur dihabiskan ?
- Bagaimana masa remaja digunakan?

•Masa yang hilang tiada ganti kerana masa yang mendatang adalah masa yang berlainan.
•Masa itu adalah kehidupan.

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu,
(4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)
masa hidup mu sebelum mati mu
riwayat Muslim.

Moga-moga menjadi pedoman dan pengajaran untuk kita semua khususnya anak-anak Muda Remaja Melayu. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment