Tuesday, January 20, 2009

LAPAN 'D' DALAM MENGHADAPI PERISTIWA DI GAZA, PALESTIN

Salam teman-teman yang dikasihi,

Dalam kemeriahan umat Islam di Malaysia menyambut tahun baru hijrah 1430pada 29/12/2008, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng antara pemimpinpolitik awal yang menyifatkan perayaan tersebut telah dicemari olehpencerobohan Israel keatas Gaza (berlaku pada 27/12/2008) dan menyatakanbantahan dan kutukan.

Dalam situasi negara-negara Arab membisu dan bacul untuk membantu saudara sebangsa mereka (kalaupun bukan seaqidah dan seagama), dunia dikejutkan dengan keputusan berani dan drastik Venezuela, negara bukan Islam dan bukan Arab yang bukan sekadar memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menutup kedutaannya di Caracas, ibu kotaVenezuela, malah telah mengusir keluar Duta Besar Israel pulang ke Tel Aviv.

Antara tindakan dan langkah jangka pendek dan panjang yang boleh anda semua lakukan dalam membantu isu Palestin adalah seperti berikut: 10 D(yang saya baca hanya 8 D - uye)
1. Demonstrasi: yang diadakan secara besar-besaran untuk menyatakanbantahan secara aman terhadap Israel (lihat fatwa Dr Yusuf Qardawi tentangkewajaran demonstrasi secara aman)
2. Derma dan Dana :membuat kutipan untuk umat Islam di Palestin yangmemerlukan dana yang besar bagi membiayai kos makan, ubatan, peralatan perubatan dan lain-lain. (contohilah MERCY yang telah menyumbang 5 trailer muatan ubatan berjumlah USD100 000 sebaik sahaja meletusnya pencerobohan keatas Gaza).
3. Desak :dengan menghantar memorandum desakan dan bantahan kepadapihak yang berkaitan konflik Palestin seperti Kedutaan Amerika, kedutaan Mesir,PBB dan lain-lain. (contoh:kepada kerajaan Mesir supaya membuka pintu sempadan di Rafah bukan sekadar untuk laluan bantuan kemanusiaan malah untuk bekalan senjata dan ketumbukan tentera sukarelawan). Termasuk dalam kategori ini desakan diboikot semua produk Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga ke peringkat mereka menutup premis perniagaan atau gulung tikar.
4. Dedah: dedahkan kepada masyarakat awam segala konspirasi jahat dantipu daya rejim Zionis & sekutunya termasuk pendedahan tentang latarbelakang sejarah penglibatan golongan Islamist dalam mempelopori perjuangankemerdekaan Palestin.
5. Delegasi: bagi para doktor dan paramedik boleh menyertaimisi/delegasi perubatan& kemanusiaan ke sempadan Palestin seperti yangdianjurkan oleh MERCY (Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia), FIMA(Persatuan Perubatan Islam Sedunia) & Yayasan Amal (dibawah PAS), YayasanSalam dan lain-lain agensi atau NGO.
6. Dakwah & Didik: memberi kefahaman, info sebenar apa yang berlaku diGaza di dalam program-program usrah, tazkirah dan majlis-majlis ilmu termasuk melahirkan generasi pelapis mujahidin ala Hamas yang bersiap siaga untuk syahid.
7. Doa dan munajat: sama ada secara individu atau berjemaah termasukqunut nazilah yang berterusan dalam solat luar waktu (bukan waktu subuhsahaja) dengan hati yang khusyuk dan linangan air mata simpati dan kecintaankepada saudara seagama (AHBABUNA/our beloved brothers and sisters in Islam).
8. Dorongan: memberi motivasi dan dorongan kepada semua lapisanmasyarakat khasnya umat *Islam*, lebih-lebih lagi para remaja dan anak muda supaya mencontohi semangat patriotik rakyat Palestin di Gaza dan ketabahan serta pengorbanan mereka mempertaruhkan jiwa raga demi agama, bangsa dan tanahair tercinta termasuk kisah budak perempuan bernama Zienah, dalam usia10 tahun (seperti yang diceritakan oleh Presiden Mercy, Dr Jameelah)menangis untuk pulang melihat runtuhan rumahnya yang dibom tentera Israel serta berjumpa ibubapanya walaupun akan menghadapi risiko dibunuh tentera yahudi, bukanya menangis kerana penderitaan kesakitan ketika dirawat oleh DrJameelah di sebuah hospital sempadan wilayah Gaza.

Akhirkata penulis kata ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapanterima kasih kepada semua yang telah tampil menghulurkan bantuan dalam isu Palestin, khasnya kepada kerajaan dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, termasuklah sikap bersatu padu dan melupakan perbezaan politik yang ditunjukkan oleh pembangkang melalui Pakatan Rakyat dan kerajaan Barisan Nasional ketika mengadakan sidang khas parlimen pada hari isnin 12 Januari 2009. Semoga Allah merestui dan merahmati kita semua seterusnya melenyapkan negara haram Israel dari peta bumi. Amin.

Penulis boleh dihubungi melalui emel: ustaz_fuad@yahoo.com atau fuadazam@iiu.edu.my atau layari laman web http://hamastoday.com atau talian019-3127765.

No comments:

Post a Comment