Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah S.W.T.
Allah suka orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur ,mereka seakan-akan sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (Al Saff :4)
*Tepat dua hari sebelum sambutan 1 Muharam 1430Hijrah kita telah dikejutkandengan berita keganasan Zionis Israel yang menyerang Tebing Gaza , diPalestin. Serangan dari puluhan jet pejuang udara F16 Israel yang dibekaloleh Amerika dalam hanya beberapa jam telah membunuh lebih dari 290 orangrakyat Palestin dan mencedarakn lebih 900 orang termasuk orang awam dan dikalangan kanak-kanak. Sehingga saat ini serangan maseh diteruskan yangmungkin diperhebatkan dengan serangan pusingan kedua iaitu dengan operasitentera darat. Angka kematian kini sudah meningkat lebih 400 yang terbunuh dan lebih 2,000 orang yang cedera.Umat Islam sekali lagi menyaksikan kekejaman tentera Israel , walaupun dalamkeadaan hampir tidak mampu berbuat apa-apa.
Ketika berita disiarkan di mediamassa , mayat-mayat saudara kita sudah pun bergelempangan di serata kota Gaza.Serangan yang kononnya hanya untuk mensasar pusat tentera kerajaan HAMAS ternyata hanya suatu pembohongan besar. Yang jelas mereka melancarkan operasi mengebom tanpa had sehingga meranapkan universiti , masjid dan bangunan kediaman serta pejabat-pejabat resmi kerajaan. Lebih mengejutkanlagi setor ubatan dan bengkel kenderaan juga dibom.Dalam suatu serangan , sekumpulan 7 orang pelajar Universiti yang sedang menunggu bas untuk pulang terbunuh bila mereka dibom oleh jet tentera udara Israel. Puluhan kadet polis yang sedang menghadiri acara penyerahan sijil tamat latihan juga terbunuh dalam serangan di tempat yang lain. Gaza benar-benar berdarah pada hari Sabtu 27hb Disember itu. Serangan itu rupa-rupanya berterusan sehingga hari kedua yang mengakibatkan bertambah bilangan yang terbunuh.
Dalam keadaan ini nampaknya seluruh organisasi dan agensi antarabangsa seperti OIC , PBB dan EU hanya menjadi penonton. Mereka seolah-olah hanya bersuara secara retorik kosong tanpa dapat menghentikan keganasan Israel.Selain hanya kutukan dan kecaman , tidak ada sebarang tindakan untukmenghentikan keganasan Israel. Rakyat Palestin terus menjadi sasaran untukdibunuh dalam operasi genocide besar-besaran oleh tentera Zionis Yahudi.Seperti biasa Amerika tetap terus menghalalkan tindakan zalim Israel malahsecara terang-terangan menyokong Israel dengan alasan Israel berhakmempertahankan dirinya.Lebih menyedihkan lagi pemimpin-pemimpin OIC maseh tidak bertindak secarakonkrit untuk mempertahan nyawa umat Islam Gaza. Kecuali segelintir kecilpemimpin Negara-negara Islam , umumnya menjadi boneka kepada telunjuk kuasa Barat terutama Amerika. Ini termasuk kebanyakan pemimpin Negara-negara Arab di Asia Barat.Dalam keganasan Israel yang terbaru ini , Mesir menjadi alat paling menjijikkan kepada Israel dan Amerika. Presiden Mesir , Hosni Mubarak nampaknya sebaris berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Zionis Yahudi iaitu Perdana Menteri Olmert , Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Menteri Luar Livni. Mesir nampaknya sanggup bersekongkol dengan Israel bila Menteri Luar Israel , Livni berpelukan dengan Presiden Hosni Mubarak dalam lawatannya keMesir dua hari sebelum serangan dilancarkan. Malah Menteri Luar Israel itu sendiri menyatakan bahawa Gaza bakal berubah. Namun tiada pegawai tertinggi Mesir yang membantah atau bertanya apa maksud beliau.
*Sidang Jumaat sekalian
*Kita tahu berita penderitaan umat Palestin bukan lagi suatu berita yangbaru. Akan tetapi umat Islam tidak harus hanya menjadi pemerhati dantergamam dengan kezaliman yang bukan kali pertama ditunjukkan oleh tenteraZionis Israel.Pencerobohan , sekatan dan kepungan terhadap Gaza sudah bermula sejak duatahun yang lalu. Bagaikan sebuah penjara terbesar dunia , 1.5 juta rakyat Gaza kini dikepung oleh tentera Israel di satu pihak dan sempadan Mesir yang ditutup oleh kerajaan Mesir di satu pihak yang lain. Akibatnya seluruh ekonomi Gaza dilumpuhkan. Ramai kanak-kanak sudah terkorban kerana tidakcukup ubatan , hampir separuh penduduk Gaza menganggur. Banyak prasarana dimusnahkan oleh tentara Israel .Tidak cukup dengan penderitaan itu ,bekalan makanan juga disekat tentara Zionis Laknaktullah itu.Yang sangat menyakitkan ialah apabila Mesir yang bersempadan dengan Gaza tiba-tiba menjadi alat murahan kepada Israel dan Amerika bila ia menutup laluan keluar dan masuk iaitu Rafah di selatan Gaza . Akibatnya rakyat Gaza tidak dapat mencari kawasan selamat di Mesir.
Semenjak setahun yang lalulagi rakyat Palestin di tebing Gaza yang sempat keluar ke Mesir tidak dibenarkan pulang ke Gaza dan mereka yang di dalam Gaza tidak dibenar masukke Mesir.Kini keadaan mereka menjadi sangat menyedihkan apabila situasi rakyat Gazaseolah-olah berada seperti nyawa-nyawa ikan. Tidak dibenarkan memasuki Mesiruntuk mencari bekalan ubatan dan makanan , dalam masa yang sama juga tidakmendapat bekalan dari luar. Ertinya mereka dipaksa mati perlahan-lahan.
HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Gaza menjadi sasaran Israel yang didalangi oleh Amerika . Matlamat mereka semakin jelas , jatuhkan kerajaan HAMAS dan takluk Gaza. Dosa rakyat Palestin Gaza hanya satu. Iaitu memenangkan HAMAS dalam pilihanraya yang dianggap paling demokratik di kawasan dunia Arab. Bermula pembunuhan pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yassin , kemudian Dr Abdul Aziz Rantisi , kini pemimpin-pemimpin HAMAS yang lain dijadikan sasaran. Versi kedamaian yang dikehendaki oleh Israel hanya satu iaitu Palaestinhanya berhak untuk berdiam diri sementara Israel berhak menyerang merekahabis-habisan.
*Sidang Jumaat sekalian,
*Adalah menjadi kewajipan kita untuk bangkit dan menyatakan kemarahan kitadengan jelas. Apakah umat Islam hanya mahu menjadi penonton tatkala kitamendakwa bahawa kita adalah bersaudara sedangkan darah saudara kita mengalir setiap hari di Gaza?
Mungkinkah kita sanggup hanya mengeleng kepala menyaksikan pembunuhan kejamterhadap rakyat Palestin padahal kita mengaku beriman kepada ayat Allahbahawa setiap orang mu'min dengan mu'min yang lain adalah bersaudara?
Dengan keadaan serangan yang dijangka akan berterusan dan pemimpin-pemimpinIslam di seluruh dunia nampak sangat lemah dan lesu , maka umat Islamlah yang perlu bangkit bersatu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dandi seluruh Palestin. Kita tahu benar bahawa setiap darah yang mengalir dari tubuh saudara Islamtanpa hak mesti dibela . Kita juga tahu bahawa umat Palestin sedang menunggupembelaan kita sejak 60 tahun yang lalu lagi. Penderitaan mereka sudahbermula sejak 1948 lagi bila Israel dengan angkuhnya ditubuhkan. Semenjak itu lebih 4 juta orang Palestin telah menjadi pelarian di dalam dandi luar Palestin. Kehidupan yang sangat perit sedang dialami olehsaudara-saudara kita sejak sekian lama. Tanah mereka dirampas , rumahkediaman dan kebun mereka dimusnahkan , anak gadis dan perempuan merekadirogol dan didera, pemuda mereka ditangkap , diseksa dan akhirnya ramaiyang dibunuh di penjara Yahudi , hak hidup mereka dinafikan sehingga merekahidup dalam keadaan sangat hina
.*Sidang Jumaat dan saudara-saudaraku sekalian ,
*Marilah kita bangkit untuk membela kezalimaan yang berlaku ke atassaudara-saudara kita di Gaza sekarang. Jika ada yang bertanya apa yang kitaboleh lakukan maka mimbar hari ini menyenaraikan beberapa langkah yang boleh kita laksanakan tanpa lengah :
1. Mengadakan solat hajat khusus untuk berdoa kepada Allah S.W.T. supayadiselamat umat Islam di Palestin amnya dan di Gaza khususnya. Doa nazilah khas untuk memohon agar Allah membantu kaum Muslimin sertamenghancurkanmusuh Islam hendaklah kita ungkap bagi setiap peluang dalam ibadat kita.
2. Menyumbang dalam bentuk kewangan untuk membantu meringankan penderitaan rakyat awam Gaza serta membantu agar mereka dapat mempertahan dirimereka dari serangan penganas Israel.
3. Melancarkan boikot kepada semua barangan , perkhidmatan mahupun acara-acara sosial Amerika dan apa sahaja yang berkait dengan kepentingan Amerika dan Israel. Ini boleh dilakukan dengan memperhebatkan boikot terhadap barangan dan makanan keluaran Amerika yang kita dapat mencari alternatif yang lain. Kuasa pengguna seluruh umat Islam perlu digembleng semaksimanya .
4. Melaksanakan tunjuk perasaan aman untuk menyatakan kemarahan dan kutukankita terhadap kezaliman Israel dan Amerika yang bersekongkol dengan Israeldi sebanyak mungkin tempat.
5. Mengadakan penerangan di semua Masjid , surau , pejabat , sekolah ,maktab dan universiti bagi menjelaskan isu kezaliman Israel diGaza sekarang ini dengan tujuan meningkatkan sensitiviti dankeperihatinan umat Islam untuk bangkit berjihad menentang keganasan Zinis Yahudi .Inilah yang paling minima yang dapat kita lakukan .
Marilah kita lakukansedaya yang kita mampu agar kita dapat menjawab kepada Allah S.W.T. dan menebus dosa kita terhadap kelekaaan kita di masa yang lalu.*"Orang-orang kafir suka kalau kamu alpa terhadap senjata dan harta bendakamu lalu mereka menyerbu dan menyerang kamu seklaigus" **(An Nisa : 102)
**Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid - Presiden, TERAS Pengupayaan Melayu.*
salam,
ReplyDeletemarilah kita sama-sama mengutuk peperangan...copy the URL poster in your blog
http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg
PAKLAN
http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html
http://jalakmas.blogspot.com/2009/01/photo-stop-war.html