Tuesday, December 22, 2009

HIJRAH ar-Rasul saw.....tokoh-tokoh di sebalik tabir hijrah

Salam teman-teman,

Mari kita melihat siapakah insan-insan atau tokoh-tokoh di sebalik tabir yang menjayakan hijrah ar-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah. Mereka terdiri daripada setiap peringkat umur dewasa, remaja dan wanita.

Perlu difahami bahawa Nabi saw dan Abu Bakar adalah antara kalangan umat Islam yang akhir berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Inilah sifat kepimpinan Islam; mengutamakan anak buah atau rakyat untuk menyelamatkan diri.

Perancangan Jahat Musuh
Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka
bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul s.a.w. sendiri. Mereka memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut membunuh RasuluLlah saw serentak. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul s.a.w. berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya.

Nabi saw Mengatur Langkah Untuk Berhijrah
Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak tidur di tempat tidurnya. Baginda telah meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu. Baginda juga memerintahkan beliau agar memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya.

Rasul s.a.w. telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya. Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar telah menyiapkan dua kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari Makkah.

Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi
penunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan
menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda tersebut.

Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang).

Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami.

Abdullah bin Abu Bakar akan keluar meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap
Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.

Moh teman-teman kita contohi anak=anak muda seperti Aishah, Asma' dan Abdullah bin Abu Bakar membantu gigih perjuangan RasuluLlah saw. Golongan dewasa diwakili oleh Abu Bakar.
Sekian, terima kasih.

Sumber : SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.PENGAJARAN & PEDOMAN
oleh: Dr. Mustafa as-Sibaie
Baca Selanjutnya...

Monday, December 21, 2009

HIJRAH ar-Rasul saw.......TIGA PERINGKAT HIJRAH

Salam teman-teman,

Ada tiga peringkat hijrah di masa RasuluLlah saw iaitu
•Hijrah ke Habsyah.
•Hijrah ke Taif.
•Hijrah ke Madinah al-Munawwarah.

Perlu difahami bahawa Nabi Muhammad saw tidak terlibat dalam hijrah ke Habsyah. Setiap hijrah memberi pengajaran bagi Islam dan umat Islam. Mari kita lihat kupasan yang ditulis oleh Dr Mustafa as-Siba'ie dalam bukunya SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.....PENGAJARAN & PEDOMAN.

Hijrah Ke Habsyah

Melihatkan kedegilan dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, RasuluLlah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumi Habsyah. Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini."

Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam, mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.

Pengajarannya :
1- Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya, sama ada kepada nyawa
atau berbentuk ancaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat
yang selamat untuk penyokongnya daripada pencerobohan golongan batil tersebut. Usaha ini
tidak menafikan kewajipan para pendakwah kebenaran untuk berkorban.
Namun jika
bilangan mereka sedikit, golongan batil akan berjaya menghapuskan mereka dan
melenyapkan dakwah sekaligus. Sementara kewujudan mereka di tempat yang selamat,
menjadi jaminan kepada kesinambungan dakwah dan penyebarannya.

2- Perintah Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah sebanyak
dua kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama (walaupun berbeza agama mereka) adalah lebih kuat dan kukuh. Ini berbanding ikatan mereka dengan penyembah berhala dan golongan atheis. Agama-agama Samawi dari segi sumber dan asas-asasnya yang sohih, sepakat dalam objektif utama sosial. la juga sepakat dalam persoalan keimanan kepada Allah, rasul-rasul-Nya dan hari Akhirat. Kebersamaan ini menjadikan jalinan kekerabatan antara agama-agama ini lebih kukuh berbanding mana-mana jalinan lain; Sama ada ikatan kaum kerabat, hubungan darah ataupun tempat tinggal yang berpasakkan pegangan atheism, keberhalaan dan kekufuran terhadap syariat Allah.

3- Golongan batil tidak mudah menyerah kalah kepada pendokong kebenaran. Setiap
kali usaha pembasmian dakwah yang digunakan gagal mencapai objektifnya, mereka akan
mencipta cara dan medium yang lain. Demikianlah penentangan ini akan berterusan
sehinggalah kebenaran benar-benar mencapai kemenangan yang muktamad dan
kebatilan menghembus nafasnya yang terakhir.

Hijrah Ke Taif
Nabi saw ke Taif (80 kilometer dari Mekah)bersama anak angkatnya Zaid bin Harithah. Nabi saw ke Taif setelah mendapati dakwah Islam tidak mendapat sambutan dari penduduk Mekah.

Nabi saw. hanya sempat berada sepuluh hari di bumi Taif . Nabi saw. menyampaikan Islam kepada pemimpin dan pembesar Taif namun seringkali pula Nabi saw. menerima jawapan :` Keluarlah kamu dari negeri kami ’ . Bahkan mereka mengupah orang – orang bodoh dikalangan mereka untuk memaki hamun Nabi saw dan melontarkan batu ke arahnya sehingga tumit baginda berlumuran darah .

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى قريب ملكته أمري إن لم تكن ساخطا علي فلا أبالي غير أن عافيتك أوسع لي أعوذ بنور وجهك الكريم الذي أضاءت له السموات وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن تحل علي غضبك أو تنزل علي سخطك ولك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك


Ya Allah Ya Tuhanku , Kepada mu aku mengadu lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan betapa hinanya aku dikalangan manusia . Ya Tuhan Yang paling Penyayang dikalangan yang Menyayangi ,

Engkaulah Tuhan kepada orang – orang yang lemah tertindas . Engkaulah Tuhan ku . Kepada siapakah Engkau serahkan diriku , Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang engkau berikan kepadanya milik untuk menguasai urusanku ?

Jika tidak ada kepada – Mu murka terhadapku , aku tidak peduli , tetapi kemaafan-Mu lebih luas kepada ku . Aku berlindung dengan wajah-Mu yang telah Engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat .

Aku berlindung daripada turunnya ke atas ku murka – Mu atau berlakunya ke atas ku murka Mu . Kepada Mu pengaduan yang sungguh – sungguh sehingga mencapai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .

Pengajarannya:
1- Pendakwah hendaklah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyebarkan dakwah.
2- Pendakwah hendaklah banyak bersabar dengan kerenah orang ramai yang sasaran dakwah(mad'u).
3- Pendakwah hendaklah sentiasa berdoa kepada ALlah dan mengharapkan hidayah kepada mad'u.
Sekian, terima kasih
Baca Selanjutnya...

Sunday, December 20, 2009

Blogger jangan syok sebar fitnah - TN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

Salam teman-teman,

Saya sangat bersetuju dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat."Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita. Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan."Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini. Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu. Sehubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari. "Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perlu di lakukan dengan akhlak," katanya. Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

Sumber : http://www.harakahdaily.net Sunday 20 Dis 2009.
Baca Selanjutnya...

RELAKS KEJAP - jangan tension - Top 20 Fastest cars in the World 2009

The 204mph, 621bhp Bentley Continental Supersport is the fastest production Bentley ever. (328 Km/hr)

The 205mph Porsche Carrera GT is Stuttgart engineering at its best. (329 Km/hr)


The Mercedes McLaren SLR can hit 207mph. And it ' s an automatic. (333 Km/hr)


One Dodge Viper V10 + an eccentric British coach builder = the 525bhp, 210mph Bristol Fighter. (337 Km/hr)


The first Italian supercar in our list is the 211mph Lamborghini Murcielago LP640. (339 Km/hr)


The retro-shaped Ford GT uses a thoroughly modern supercharged 5.4-litre V8 to hit 212mph. (341 Km/hr)


The new Lamborghini Murcielago SV is lighter, harder and at 213mph, faster than the standard Murci. (342 Km/hr)



Lamborghini ' s Italian neighbour Pagani has developed the stunning 215mph Zonda F. (346 Km/hr)

It may not quite have been the car we were hoping for, but the Jaguar XJ220 could still hit 217mph. (349 Km/hr)

That ' s the same top-speed as the much more recent Ferrari Enzo, named after Ferrari ' s founder.
The British-built Ascari A10 uses a tuned BMW V10 to hit 220mph. (354 Km/hr)

The Gumpert Apollo may be a bit of an ugger and have a stupid name, but how many cars can go 224mph? ... (360 Km/hr)

The B-engineering Edonis develops 680bhp from its quad turbo 3.7litre V6 to hit 227mph. Gulp. (365 Km/hr)

Obviously the standard Apollo wasn’t fast (or ugly) enough, hence the 230mph Gumpert Apollo Speed. (370Km/hr)

The McLaren F1 was doing 240mph 17-years ago! Just shows how much of an engineering marvel it was. (386 Km/hr)

You can tell the Koenigsegg CCX has a blistering top speed of 245mph just by looking at it. Scary. (394Km/hr)

The American-built Saleen S7 can hit 248mph. OK, this is getting ridiculous now... (399Km/hr)

The Porsche 9ff GT9 is one of three cars able to break the 250mph barrier. (402 Km/hr)


And you thought the 253mph Bugatti Veyron would be top of the list. Not any more. (403Km/hr)

The top spot now goes to Shelby Supercars and the 257mph SSC Ultimate Aero. (413.60Km/hr)
Baca Selanjutnya...