Thursday, March 5, 2009

RASULULLAH saw - Kewajiban terhadap Nabi saw @siri 2

APAKAH KEWAJIBAN KITA TERHADAP RASULULLAH SAW?

1.Beriman Kepada RasuluLlah saw
•Iman kepada para rasul merupakan salah satu rukun iman yang harus diyakini oleh setiap muslim. Begitulah kepada Nabi saw.
"Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya(al-Qur'an) yang telah Kami turunkan, Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (AT-TAGHABUN= 8).
Termasuk iman kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah membenarkan dengan tanpa keraguan bahawa risalah dan kenabiannya adalah haq/benar dari ALlah subhanahu wata'ala, dan mengamalkan segala tuntutannya. Membenarkan semua ajaran yang beliau bawa, dan yakin bahawa semua berita dari ALlah yang beliau sampaikan adalah benar.

2. Meyakini Kepimpinan Nabi saw.
Menyakini bahawa RasuluLlah saw sebagai insan dan pemimpin yang paling agung, paling mulia dan paling berjasa di antara seluruh para Nabi dan pemimpin sejak zaman Nabi Adam as hingga manusia yang terakhir di dunia.

Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia dalam bukunya (THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY). Antara lain beliau menyebut:
(My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels)
........ bersambung
Baca Selanjutnya...

Tuesday, March 3, 2009

RASULULLAH saw - KehidupanNya Sebelum Diutuskan Sebagai Rasul @siri 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Semoga kita semua dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam rahmat-kasih sayang ALlah. Begitulah juga untuk semua anak isteri kita.

Sekarang musim dan bulan orang ramai menyambut dan menyebut kelahiran RasuluLlah saw. Saya mengambil kesempatan untuk memuatkan dalam blog ini beberapa fakta yang berhubung dengan diri RasuluLlah saw.

RasuluLlah saw adalah Uswah Hasanah kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Uswah Hasanah yang berpanjangan sehingga hari Kiamat. Lihat surat pekeliling yang dikeluarkan oleh ALlah;
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak. AL-AHZAB=21

Riwayat Hidup Nabi saw Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
1. RasuluLlah saw adalah berketurunan Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.
Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a.,daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka(manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.
Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala yang bermaksud:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6)

3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak,Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: "Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan."

5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْرَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله قَا لَ: وَأنَا
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu.

6.Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

7. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.
Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

8. Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya.

Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram pent) sebagai hakim.

Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah niemegang hujung selendang. Apabila merekamengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

9. Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."

9. Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.

10. Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah(beruzlah mengasingkan diri dengan beribadat dan berzikir kepada ALlah) di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan. pent.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

Rujukan: Lihat buku sirah tulisan
Dr. Mustafa as-Syibaie
Baca Selanjutnya...

Monday, March 2, 2009

DOSA DAN BAHAYA RIBA.....jauhilah wahai pejuang-pejuang Islam.

Sahabat-sahabat yang dikasihi khususnya pendokong-pendokong Gerakan Islam,

Kita semua hidup nak hidup senang, senang dan mewah. Mewah dengan rumah, kereta, makanan dan pakaian.

Semua itu tak salah. Makanlah selama mana ianya halal. Minumlah air yang sedap-sedap selama mana ianya baik dan tidak haram. Pakailah pakaian yang cantik-cantik dengan niat yang baik dan menutup aurat. Naiklah kereta yang canggih mangih asalkan ianya dibeli dengan cara yang halal serta tidak melibatkan pembelian secara RIBA. Milikilah rumah yang lawa dan cantik, janji ianya dibeli secara halal tanpa RIBA.

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu beliau berkata, Rasulullah shallahu'alahi wasallam bersabda, "Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba,orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksiriba), mereka sama saja". (HR. Muslim dan Ahmad)

Hadits yang mulia ini menjelaskan secara tegas tentang keharaman riba,bahaya yang ditimbulkan bagi peribadi dan masyarakat, serta ancaman bagi mereka yang berkecimpung dalam kubangan dosa riba, sebab Rasulullahshallahu 'alahi wasallam menyebutkan laknat bagi orang- orang yang bersyarikat di dalamnya. Akibat dari dosa riba ini telah dirasakan oleh banyak kalangan baik muslim mahupun non muslim, karena riba merupakan kezaliman yang sangat jelas dan nyata. Sehingga wajar kalau Allah subhanahu wata'ala dan Rasul-Nya shallahu 'alahi wasallam mengancam orang-orang yang telibat di dalamnya dengan berbagai ancaman.

Di antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala,"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkanseperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan)penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan merekaberkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terusberhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu(sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Dan barang siapa yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya". (QS. Al-Baqarah:275).

Allah subhanahu wata'ala juga menghilangkan keberkatan harta dari hasil riba dan pelakunya dicap melakukan tindakan kekufuran, sebagaimana firman-Nya,

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa".(QS. Al-Baqarah:276)

Allah subhanahu wata'ala memerangi riba dan pelakunya, sebagaimanadijelaskan dalam firman-Nya,"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) makaketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat(dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidakmenganiaya dan tidak (pula) dianiaya". (QS. Al-Baqarah:279)
Selain ancaman dari Al-Qur'an di atas, Rasulullah shallahu 'alahiwasallam juga menjelaskan bahaya riba dan sekaligus mengancam pelakunya,sebagaimana telah dijelaskan dalam hadits Jabir di atas.
Rasulullah shallahu 'alahi wasallam juga bersabda, "Jauhilah tujuh dosabesar yang membawa kepada kehancuran," lalu beliau sebutkan salah satunya adalah memakan riba. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadith yang lain Nabi shallahu 'alahi wasallam mengancam pelakuriba dengan lebih tegas, beliau bersabda,"Dosa riba memiliki 72 pintu, dan yang paling ringan adalah seperti seseorang berzina dengan ibu kandungnya sendiri." (Shahih, SilsilahShahihah no.1871)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Hakim dan dishahihkan olehbeliau sendiri, dijelaskan, "Bahawa satu dirham dari hasil riba jauh lebih besar dosanya daripada berzina 33 kali".

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dengan sanad yang shahih dijelaskan, "Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari hasil riba dan dia faham bahawa itu adalah hasil riba maka lebih besar dosanyadaripada berzina 36 kali".
Baca Selanjutnya...

Sunday, March 1, 2009

MASA OH MASA........urus dan guna masa dengan baik

وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ *)
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Masa adalah waktu, saat, ketika dan detik. Masa adalah zaman yang dilalui dalam menjalani kehidupan. Masa adalah kehidupan itu sendiri, masa bukannya emas. Untuk itu kita hendaklah mengurus masa(waktu) dengan sebaik mungkin sehingga ia memberi manfaat bagi semua pihak. Bertapa peritnya orang yang menunggu, menunggu orang yang tidak menepati waktu.

Apa erti Pengurusan Masa? Iaitu menguruskan diri dalam masa yang ada untuk sesuatu matlamat. Masa yang diberi itu boleh jadi tiga jam, tiga hari atau tiga minggu. Dalam jangkamasa tersebut kerja hendaklah disiapkan dan mencapai matlamat.

Soallah diri anda sendiri:
1. APAKAH PUNCA SEBENARNYA MANUSIA SIBUK ?
2. APAKAH BENAR MANUSIA TIDAK MENCUKUPI MASA?
3. TIADA ORANG YANG CUKUP MASA, TAPI DIA AKAN CUKUP MASA KALAU PANDAI MENGURUSKAN MASA.

Bertapa peri pentingnya masa sehingga Allah SWT bersumpah dengan masa. Pada hari Qiamat dua dari empat soalan akan ditanya: Kedua-duanya berkait dengan masa;
-Bagaimana umur dihabiskan ?
-Bagaimana masa remaja digunakan?

Masa yang hilang tiada ganti kerana masa yang mendatang adalah masa yang berlainan. Pembaziran masa adalah menzalami diri sendiri .
Hormatilah waktu samada masa untuk sendiri atau orang lain.
اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك
وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك
وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك - رواه الترمذى
* Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara yang lain.
Muda mu sebelum tua mu.
Sihat mu sebelum sakit mu.
Kaya mu sebelum fakir mu.
Waktu lapang mu sebelum sibuk mu.
Hidup mu sebelum mati mu.*

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال. أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبى. فقال‘ كن فىالدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر رضي الله عنهما يقول إذا أمسيت فلاتنتظر الصباح وإذأصبحت فلاتنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك
رواه البخارى
Hendaklah engkau berada di dunia ini seperti orang berdagang, Ibnu Umar berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila berada di waktu pagi janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah dari sihat engkau bagi sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau".

Peringatan: Musuh pertama dalam pengurusan masa ialah tabiat suka kerja bertangguh.

BAGAIMANA MENGURUS MASA DENGAN BAIK
•Sentiasa menghitung masa
•Mempunyai matlamat
•Mempunyai jam
•Bijak membahagi masa
•Bijak menjaga masa
•Merancang jadual waktu
•Mengubah tabiat lama yang negatif

CARA MEMBAHAGIKAN MASA
-Masa beribadat kepada Allah
-Masa bekerja
-Masa belajar
-Masa bersama jama’ah
-Masa bersama keluarga
-Masa bermasyarakat.
-Masa berehat .

KEBAIKAN PENGURUSAN MASA
-Dapat meneruskan aktiviti harian dengan sempurna
-Masa dapat dimanfaatkan sepenuhnya
-Dapat menentukan keutamaan
-Mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga dan masyarakat Memperoleh kejayaan dunia dan akhirat

Jom sahabat-sahabat! Kita urus masa dengan baik. tk..
Baca Selanjutnya...