Hijrah penuh pengorbanan. Nabi saw dan para sahabat telah melakukan satu pengorbanan yang sangat besar. Demi kerana Islam dan demi untuk menegakkan syariat Islam, mereka sanggup meninggalkan tanah tempat tumpah darah mereka.
Siapa tak sayang anak?
Siapa tak sayang isteri?
Siapa tak sayang harta?
Siapa tak sayang tanah air?
Tetapi para Sahabat sayangkan ALlah, Rasul dan Agama mengatasi sayang kepada yang lain. Ini menjadikan mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan anak isteri demi kerana ALlah dan RasulNYA.
Ali ra tidur di tempat tidur Nabi dengan berselimut, sanggup mempertaruhkan nyawa.
Abdullah bin Abu Bakar penuh kesabaran dan berhati-hati mengintip rahsia musyrikin Makkah.
1- Abu Salamah adalah antara angkatan pertama melakukan hijrah. Apabila beliau mengambil langkah bersama isteri dan anaknya untuk berhijrah, tiba-tiba dihalang oleh keluarganya dan keluarga isterinya.Keluarga isterinya mengambil isterinya (Ummu Salamah RadiyaLlahu`anha) dan keluarganya mengambil anaknya. Abu Salamah meneruskan hijrahnya tanpa anak dan isterinya. Selepas perginya Abu Salamah,setiap pagi dan petang Ummu Salamah RadiyaLlahu`anhu menangis bersedih. Akhirnya ada di kalangan keluarga mereka orang yang terasa kasihan melihat keadaannya begitu. Lalu mereka berusaha supaya dikembalikan anaknya dan dibenarkan dia pergi ke tempat suaminya di Yathrib. Ummu Salamah bersama anaknya bersedia untuk berhijrah bagi mengharungi perjalanan di padang pasir yang jarak jauhnya lima ratus kilometer. Apabila sampai di Tan’im, mereka bertemu dengan ‘Uthman binTalhah bin Abi Talhah. Dia memberi pertolongan dengan menghantarkan Ummu Salamah dan anaknya sehingga ke Quba’ dan berkata kepada Ummu Salamah :” Pergilah, suamimu berada di negeri ini. Mudah-mudahan di berkati Allah. “ Kemudian ia kembali semula ke Mekah.
2- Manakala Suhaib al-Rumi pula menghadapi tekanan dengan cara lain. Apabila ia bertolak untuk berhijrah dengan membawa harta kepunyaannya, tiba-tiba ia dihalang oleh orang-orang Musyrikin Mekah. Mereka berkata, “kamu datang ke tempat kami dalam keadaan papa dan bangsat. Setelah berharta kamu mahu melakukan perkara ini?”. Mahu meninggalkan negeri ini dengan dirimu dan hartamu pula?”. Suhaib menjawab,” bagaimana kalau aku serahkan harta ini?. Adakah kamu akan benarkan aku pergi?”. Mereka menjawab,” Ya” Lalu Suhaib menyerahkan harta yang di bawanya itu kepada mereka, dan dia dibenarkan pergi.
وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَاد (البقرة 207 )
Dan diantara manusi ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya.
Rasulullah terus berkata kepada Suhaib,رَبِحَ صُهَيبٌ. ربح صهيب
Maksudnya: “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib”. (Riwayat oleh Ibnu Mardawaih dan lain-lainnya)
3.Mereka sanggup berjalan kaki merentasi padang pasir sejauh hampir 500 kilometer.
•Dari rumah Abu Bakar , Nabi saw telah mengambil jalan menuju ke selatan (Yaman), Nabi saw tidak mengambil jalan utara ke Madinah untuk mengelirukan musuh. Nabi saw berjalan sejauh lima batu dengan berkaki ayam sehinggalah sampai ke Bukit Thur untuk bersembunyi di gua Thur di puncak Bukit Thur yang tinggi itu. Bayangkan bertapa panasnya pasir di padang pasir di waktu tengahari yang "membakar" kaki Nabi saw.


Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.





















KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.”


Dalam temuramah tersebut, Adnan Yaakob (gambar kiri) menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi. Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi. Ini merupakan satu tuduhan yang palsu dan tidak berasas. ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite. Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV. Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merahatas kesilapan fakta tersebut.
Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar. Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman. GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.
Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja. Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat. GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja.













Wikipedia says he has: