Wednesday, March 30, 2011

ANTARA QAZAF DAN SURUHANJAYA

1. Sejurus tiba dari Makkah al Mukarramah, saya diajukan beberapa soalan oleh pelbagai pihak wartawan yang bertanya mengenai isu fitnah terbaru ke atas datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupanya 2 artikel yang saya tulis dari Lembah Multazam untuk siaran media belum ada mana - mana media yang mahu siar kecuali saya temui di ruangan Fikrah dalam Harakah edisi terbaru. Artikel tersebut bertajuk : Fitnah: Senjata Tertua di Dunia dan Khutbah : Perangi Fitnah .

2. Sedang saya masih dalam "cuti rehat sehari" selepas pulang dari Umrah Tarbawi DPP Malaysia, sebelum saya memulakan tugas perjuangan ini seperti biasa pada hari ini, semalam saya masih diaju pelbagai soalan mengenai isu ini termasuk soal penubuhan suruhanjaya diRaja bagi menyiasat video tersebut.

3. Saya menjawab : " Saya baru balik dari Umrah, saya belum jelas betul duduk perkara ini. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat khasnya pada malam esok [ malam ini ] dan saya akan buat kenyataan pada pagi esoknya iaitu pagi Rabu."

4. Namun pihak wartawan tersebut [ dari Utusan ] mendesak untuk mengetahui pandangan saya secara peribadi mengenai penubuhan Suruhanjaya tersebut, apakah saya setuju ? Saya jawab : Saya tidak mahu bercakap soal mekanisme [ kerana soal penubuhan Suruhanjaya adalah soal mekanisme ]. Apa yang saya mahu tegaskan ialah soal prinsip. Prinsipnya ialah, yang menuduh apalagi yang memfitnah mestilah mengemukakan bukti dan saksi yang jelas [ mengikut kehendak Islam, saksi zina mestilah 4 orang lelaki yang adil ]. Apa yang saya kesal ialah, tuduhan dan fitnah telah dibuat dan didedah merata - riti kepada umum kemudian baru bercakap soal nak siasat oleh pihak yang mendedahkannya. ini tidak betul !"

5. Saya jawab lagi : " Prinsipnya ialah keadilan. Jika tubuh suruhanjaya siasatan tetapi tidak ditegakkan prinsip keadilan tadi maka tiada ertinya. Siasat untuk membenarkan fitnah, siasat untuk membenarkan pengkhianatan tanpa berpaksikan prinsip keadilan atau mencari keadilan dengan amanah, jujur, telus adalah salah dan tidak boleh diterima. Setelah dibuat tuduhan dan fitnah sedemikian rupa dan pendedahan memalukan dibuat sedemikian rupa baru bercakap soal siasatan dan penubuhan suruhanjaya, saya bimbang suruhanjaya itu ditubuhkan hanya untuk membenarkan fitnah bukan mencari keadilan."

Wartawan tersebut menegaskan Tuan Hj Mohd Sabu buat kenyataan dalam Star bahawa perlu penglibatan pakar dalam suruhajaya siasatan, bagaimana ? Saya jawab : " saya telah tegaskan prinsip tadi iaitu keadilan. siasatan pun mesti berpaksi kepada keadilan dan pakar dalam satu - satu bidang siasatan seperti pakar forensik atau lainnya memang diperlukan dalam siasatan untuk mendapatkan keadilan selain dari matlamat dan objektif siasatan mestilah untuk menegakkan keadilan bukan untuk membenarkan fitnah."

6. Saya menegaskan demikian kerana tanpa keadilan atau tanpa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu tidak islamik malah keadilan tidak akan tercapai dan apa yang paling besar ialah penuduhnya berdepan dengan hukuman Qazaf justeru menuduh tanpa mendatangkan saksi dan bukti yang jelas mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syara'.

7. Kalaupun mereka dakwa, mereka memiliki bukti iaitu klip video aksi seks, Siapa saksinya sewaktu adegan seks itu berlaku ? cukupkah 4 orang saksi ? kalau cukup mana saksi - saksi itu ? Datuk T ? tu baru 3 orang . Itu pun, mereka saksikan berdepan atau hanya saksi melalui rakaman video ? dan apa yang paling penting dalam isu ini ialah kenapa mereka tayang kepada wartawan terlebih dahulu ? kenapa tidak siasat dulu secara tertutup ? atau sengaja mahu memfitnah dan mengaibkan orang ? Mereka ni faham atau tidak apa ertinya Qazaf ? atau .. di perbuat daripada apakah kulit belakang mereka sehingga memandang rendah kepada qazaf ? apakah tiada hitungan dosa pahala dalam tindakan ? tidak terfikirkah pula azab seksa Allah ?

8. Saya setuju benar kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin mengenai isu ini [ boleh rujuk laman web beliau ]. Apakah iklim politik negara kita mahu diseret dalam kancah politik fitnah dan lucah sebegini ? Apakah sudah kehabisan strategi dan kelicikan berpolitik sehingga mengambil kaedah keji dan hina ini ?

9. Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar tidak pernah takut pada siasatan malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat. Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam. Menuduh mesti berbukti dan bersaksi menepati kehendak syara'. Siasatan dan Pembicaraan mesti adil. Jika dari mula plot dan dramanya adalah untuk mengaibkan dengan membuat pendedahan "separuh terbuka" supaya ia menjadi fitnah dan memalukan, saya bimbang siasatan yang dibuat hanyalah untuk membenarkan drama fitnah tersebut.

10. Semua pihak mesti kembali kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan. Bertindak berasaskan Iman. Yang menuduh dan dituduh semuanya tertakluk kepada hukum Allah. Bertindak jangan keluar dari garis dan landasan agama Allah swt.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan at tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Baca Selanjutnya...

Tuesday, March 29, 2011

Monday, March 28, 2011

QAZAF DAN KEBEBASAN.........jangan mudah buat tuduhan

QAZAF DAN KEBEBASAN
...
From:
Ahbak 1963
...
Add to Contacts
To:


Hak kebebasan merupakan fitrah insani. Ekoran itu, hak kebebasan ini diberikan oleh Islam. Dalam kitab maqasid as-syariah al-islamiyyah karangan Ibnu Asyur, dinyatakan bahawa, kebebasan [al-hurriyyah] mempunyai dua maksud, iaitu; Pertama, tunduk kepada makhluk. dan kedua, manusia itu boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu.

Menurut Ibnu Asyur, kedua-dua maksud ini merupakan kandungan syariah itu sendiri, kerana kedua-duanya terbit dari kehendak fitrah. bagi mengukuhkan pendapat ini, Ibnu asyur mengungkap perkataan Umar bin Al-Khattab yang pernah berkata, "kenapa kamu mengabdikan diri kepada manusia, walhal ibu kamu melahirkan kamu dalam keadaan merdeka [bebas]" [Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah : 390 - 391].

Lebih menarik, apabila Ibnu Asyur menyatakan bahawa kandungan syarak itu sendiri membatalkan pengabdian [sesama makhluk] kepada menyebarkan kebebasan. Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan oleh Islam itu tertakluk kepada penyusunan sistem. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 392]

Perkataan Ibnu asyur ini, selari dengan perkataan friedrich August Von Hayek yang menyatakan kebebasan itu perlu diikat dengan tanggungjawab [liberalisme : esei-esei terpilih F.A Hayek : 69 - 90]

KEBEBASAN BUKAN LESEN BUAT ZALIM

Kita mengetahui bahawa Nabi Musa dibesarkan dalam rumah Firaun. Juga diketahui bahawa ketika itu Firaun sudah kufur. Namun, ketika itu tidak kita ketahui bahawa ada usaha melawan firaun yang dilancarkan oleh Musa, sebaliknya ia dilakukan setelah Nabi Musa berada bersama-sama dengan bapa mertuanya, Nabi Syuib.

Dalam mengulas perkara ini, Ibnu Asyur ada menyatakan, "sesungguhnya perlantikan Musa adalah untuk menyelamatkan Bani Israel dari kefasadan yang dilakukan oleh Firaun. difahami disini bahawa maksud kefasadan itu, bukan kekufuran, tetapi kefasadan berbentuk perbuatan yang dilakukan di bumi, kerana Bani Israel tidak mengikut firaun dari sudut kekufurannya" [Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah : 273].

Jelas, bahawa kebebasan dalam Islam bukan bermakna kebebasan itu dengan maksud boleh melakukan pengkhianatan kepada manusia lain, tetapi kebebasan dalam Islam adalah memberikan hak kebebasan disamping menyediakan sistem hidup yang mampu mengawal manusia dari terjebak kepada kezaliman dan kerosakan pada diri sendiri dan pada orang lain.

JAGA MARUAH

Memahami bahawa islam tidak mengizinkan berlaku kerosakan atau kefasadan, menyebabkan Islam telah mengharamkan tindakan yang boleh mencacatkan lima perkara tonggak, iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta.

Namun begitu, ada sebilangan ulama telah menambah lagi satu, iaitu menjaga maruah. Menurut Ibnu asyur, ulama yang menambah itu adalah Al-Qurafi [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 301]

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan beberapa kenyataan dari ulama-ulama maqasid yang lain. Antaranya adalah az-zarkashi yang berkata, "setengah ulama mutaakhirin telah menambah yang keenam, iaitu menjaga maruah" [Maqasid as-syariah al-Islamiyyah, tesis Phd Dr Ziyad Muhammad Ihmidan : 199]. Juga imam maqasid, iaitu Al-Imam As-syatibi berkata, "hendaklah dihubungkan dengan perkara dharuriyyat [kepentingan utama] adalah menjaga maruah. Ia termaktub dalam al-quran, dan sunnah mensyarahkannya dalam perkara li'an dan Qazaf" [al-Muwafaqat : 4/29]

Dan lagi, Dr Said Ramadhan al-Buti berkata, "menjaga maruah termasuk dibawah hakikat bagi kandungan kulliyyat al-Khams dalam pengadaptasiannya" [dhowabit al-Maslahah : 111].

Keadaan ini amat bertepatan dengan sabda Nabi SAW;

Maksudnya;
"sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan maruah kamu haram dikalangan kamu" [al-Bukhari : 67].

Juga sabda Nabi SAW;

Maksudnya;
"orang Islam adalah orang Islam lain merasa selamat, sama ada lidahnya dan tangannya" [Al-Bukhari : 9]

Dari kedua-dua hadis ini, kita dapat lihat betapa Islam menjaga soal maruah manusia ini. Ekoran itu, lahirlah perbincangan yang berkaitan dengannya seperti pengharaman dan hukuman berkenaan dengan zina, dan hukuman qazaf.

QAZAF

Memandangkan Islam memelihara manusia dari melakukan pencerobohan pada maruah manusia, maka telah disyariatkan beberapa hukum yang berkaitan dengannya. Antara lainnya adalah hukum qazaf.

Dalam surah an-Nur, Allah ada berfirman;

Maksudnya;
"mereka yang melontarkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik, kemudian tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka sebanyak 80 kali sebatan, dan jangan kamu menerima penyaksian mereka sampai bila-bila"

[an-Nur : 4].

Juga sabda Nabi SAW;

Maksudnya;
“"jauhilah tujuh perkara dosa"

Sahabat bertanya, "wahai rasulullah, apakah tujuh dosa itu?".

Jawab Nabi SAW, "syirik kepada Allah, sihir, bunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan tuduhan zina kepada perempuan yang baik yang mukmin" [al-Bukhari : 6465].

Dari perbahasan fiqh, dari nas-nas yang dikemukakan bahawa ulama sepakat [Ijmak] bahawa hukuman sebat sebanyak 80 rotan dikenakan kepada yang melakukan amalan qazaf. Ia dibawah hukuman hudud.

Namun begitu, ulama ada berselisih pendapat dalam menentukan hukuman qazaf liwat, apakah ia dibawah hudud atau dibawah ta'zir.

Dalam kitab at-Tasyrik al-jinaie, dinyatakan bahawa tuduhan zina dibawah ketagori hukum hudud [qazaf]. Adapun dalam tuduhan liwat, ada ulama menyatakan ia dibawah hudud, dan ada menyatakan ia dibawah ta'zir. [2/464].

Menurut Bekas Mufti Sabah, Haji Said bin Ibrahim dalam kitab Qanun Jinayah syariah, beliau menyatakan ulama syafie meletakkan tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina. Dengan maksud, ia dibawah hukum hudud. atau dalam perkataan lain, qazaf liwat akan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali rotan. [59]

Pun begitu, disana ada beberapa pendapat ulama mazhab yang mengatakan qazaf liwat tidak dibawah hudud, sebaliknya dibawah ta'zir. Makanya, mereka berselisih pendapat dalam menentukan bilangan yang dikenakan kepada pengqazaf liwat.

Dalam kitab qawanin fiqhiyyah, dinyatakan satu pendapat dalam mazhab syafie menetapkan bilangan sebatan kepada pengqazaf liwat sebanyak 20 sebatan. Ini kerana mereka bersandarkan kepada hadis, dari abu Burdah al-ansari berkata, aku dengar Nabi SAW bersabda, "jangan kamu sebat lebih dari 20 sebatan kecuali ia salah satu hudud dari hudud-hudud Allah" [al-Bukhari : 6458].

Pun begitu, imam hanafi menetapkan sebatan itu sebanyak 40 kali sebatan. [qawanin fiqhiyyah : 363].

BENTUK TUDUHAN

dalam kitab qanun jinayah syariyyah menyatakan bahawa, bentuk tuduhan yang boleh dikenakan hudud qazaf terbahagi kepada tiga cara, iaitu;

[1] tuduhan itu dibuat secara nyata dan terang. Ia sama ada dengan lontaran tuduhan secara terus seperti berkata, "Wahai penzina", atau menerusi penafian keturunan, seperti berkata, "wahai anak zina".

[2] tuduhan dibuat berbentuk kinayah [qiasan]. Iaitu menggunakaan perkataan yang tidak jelas, tetapi boleh membawa erti zina. keadaan ini, tertakluk kepada tafsiran kalimah berdasarkan uruf setempat dan masa. Seperti berkata, "wahai orang yang melakukan perbuatan terkeji"

[3] Tuduhan itu berbentuk "Ta'ridh" [sindiran]. Iaitu menggunakan perkataan yang tidak jelas, yang ia boleh diertikan selain zina. Seperti seseorang itu berkata, "isterimu sudah dikacau orang".

Menurut Said ibrahim, tuduhan qazaf yang menggunakan perkataan yang jelas, akan dikenakan hukuman qazaf. Adapun dengan lafaz kinayah dan ta'ridh, ia tertakluk kepada niat. jika diniatkan qazaf, maka ia dikenakan hukuman qazaf. Jika ia tidak diniatkan qazaf, mereka tidak dikenakan hudud, tetapi tetap dihukum atas hukuman ta'zir. [Qanun Jinayah Syariyyah : 60 - 61]

QARINAH

Dalam kitab al-fiqh al-Islami wa adillatuh, karangan Dr Wahbah az-Zuhaili, qarinah didefinisikan sebagai, "setiap tanda-tanda yang zahir. Ia menyertai sesuatu yangkabur, maka ia menjadi sebagai sandaran. Juga ia bersifat bertembung antara kuat atau lemah" [Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 6/782].

Qarinah ini digunakan dalam beberapa keadaan. Antaranya adalah, mengukuhkan bukti sedia ada. Jadi, dalam kes tuduhan liwat atau zina, ia hendaklah dilihat dengan mata kepala. Ia dilihat seperti kayu celak masuk ke dalam botol celak. Saksian dari 4 orang yang adil itu, hendaklah dalam keadaan mereka melihat dalam keadaan tersebut.

Adapun dengan menggunakan video atau DNA. kedua-dua perkara ini, ia tidak boleh dikira sebagai bukti tuduhan bagi orang yang melakukan qazaf, tetapi sekadar qarinah sahaja. Sekiranya ia menggunakan dua cara ini untuk membuktikan tuduhannya, maka itu tidak diambil kira, sebaliknya penuduh akan dikenakan hukuman.

Dengan perkataan lain, Ia tidak boleh dijadikan bukti kerana, kedua-dua perkara ini memungkinkan berlaku penyelewengan. Ia sudah pasti akan melahirkan kesamaran, yang seterusnya memungkinkan berlaku hukuman kepada mereka yang tidak bersalah.

Umar bin Al-Khattab juga pernah berkata;

Maksudnya;
“Tidak melaksanakan hudud dengan adanya syubhat lebih aku suka berbanding melaksanakan hudud dengan adanya syubhat” [Ibnu Abi Syaibah : 71]

Ekoran itu, Dr Wahbah az-Zuhaili ada berkata, "di sisi jumhur fuqaha, tidak boleh dijatuhkan hukuman dengan qarinah-qarinah pada hudud, kerana ia ditolak kerana wujudnya syubhat [kesamaran]". [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh : 6/645]

Jadi, kedua-dua ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk dilakukan tuduhan kepada seseorang, malahan ia tersasar dari kehendak syariah yang indah ini.

Wallahu 'Alam.

Baca Selanjutnya...

Sunday, March 27, 2011

Video Aksi Seks Pemimpin...........LARANGAN BERJAHAT SANGKA

Assalamu'alaikum warahmatuLLAH.

Nak baca surat khabar, bacalah. Nak bersembang, sembanglah. Tapi janganlah sampai timbul dalam kotak pemikiran kita........aku rasa memang betul dialah dalam video tu, ahhh orang lelaki bukan boleh percaya dan macam-macam tanggapan lagi.

Akhirnya timbul JAHAT SANGKA dan BURUK SANGKA...... jangan begitu, berdosa kita. Oleh sebab itu kita dilarang Berjahat Sangka.


Terjemahan Lengkap
Dari Abi Hurairah R.B. Nabi (S) bersabda: Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah kamu semua itu bersaudara mara.


Huraian Hadith
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat.

Dalam hadith di atas Rasul Allah mengingatkan orang-orang Islam beberapa sifat keji yang boleh mendatangkan perselisihan dan permusuhan. Mereka ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan pergaduhan, iaitu:

  1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
  2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
    Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
  3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
    Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
  4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
    Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
  5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
  6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
    Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.

Pengajaran hadith

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadith di atas ialah:

  1. Orang-orang Islam dikehendaki hidup berbaik-baik di antara satu sama lain.
  2. Mereka dilarang keras berjahat sangka, berhasad dengki, bermasam muka dan sebagainya.
  3. Bermusuh-musuhan sesama sendiri akan membawa kepada keruntuhan dan perpecahan.
  4. Hidup berbaik-baik akan membawa kemajuan dan keteguhan.
Sumber : Nota dalam laptop.
Baca Selanjutnya...

Friday, March 25, 2011

FITNAH : Senjata Tertua Di Dunia


1. Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya. Firman Allah swt :

و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا

dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Surah Al Baqarah Ayat : 217

2. Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalah pembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].

3. Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnah. Nabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang - orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya. Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]

قال رب السجن أحب إلي مما يدعونني إليه

Ia [ nabi Yusuf as ] telah berkata : Tuhanku , Penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya

Surah Yusuf. Ayat 33

4. Senjata fitnah sebagai senjata yang tiada nombor siri ini terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman Nabi kita Muhammad saw. Apabila Isteri Nabi saw, Aisyah rha. difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mua'attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan sehingga sebahagian sahabat Rasulullah saw mencadangkan agar Nabi saw menceraikan sahaja Aisyah rha sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Malah Nabi saw diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira - kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah saw dari belenggu fitnah yang direka.

5. Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.

6. Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.

7. Malah kuasa besar dunia sekalipun lengkap dengan segala kekuatan tentera dan senjata, demi menjayakan misi penaklukan mereka ke atas negara - negara lain turut menggunakan fitnah bagi mencetus huru hara dan perang saudara serta pergolakan politik dalaman sebelum mereka menjadi "super hero" yang datang kononnya untuk misi menyelamat dan damai.

8. Dunia disepanjang zaman diletakkan dalam persaingan dan pertarungan fitnah. Manusia walaupun baik, lebih - lebih lagi manusia buruk memang berpotensi untuk menjadi mangsa senjata fitnah ini. Namun kebiasaannya manusia yang jahat [faajir] akan menggunakan senjata ini untuk diacu kepada lawannya. Justeru manusia yang baik [soleh] sekali - kali tidak akan bermain dengan senjata tanpa tuan ini.

9. Bukan sahaja individu akan derita sebaik sahaja terkena kesan radiasi fitnah ini, malah rumahtangga akan runtuh, masyarakat akan huru hara, negara akan binasa malah dunia hilang pertimbangan. Jika dunia mengutuk sekeras - kerasnya mana - mana negara yang membina dan menggunakan senjata nuklear kerana menyedari kesan buruknya, maka saya kira dunia wajar mengutuk berganda kali penggunaan senjata fitnah yang membawa kesan buruk dan dahsyat berlipat ganda.

10. Bagi kita ummat Islam malah juga perlu diambil iktibar [pengajaran] oleh non muslim akan nasihat dan panduan nabi kita Muhammad saw dalam menghadapi zaman penuh fitnah, krisis dan konflik ini. Terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa fitnah tanpa mengira apa tujuan atau objektifnya, wajar sekali menghayati wasiat dan pedoman Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw :

أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة و إن تأمر عليكم عبد فأنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ و أياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah swt dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf [ krisis, konflik dan fitnah ] yang begitu berleluasa , maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah swt dan hendaklah genggam sunnah itu seerat - eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta [ dalam urusan agama kamu ] adalah sesat.

Hadis riwayat : Abu Dawud dan at Turmuzi dan katanya Hadis ini Hasanun Sohih.

Penutup : Hanya taqwa serta keiltizaman kita kepada syariat dan sunnah Rasulullah saw akan menjadi perisai berkesan dalam menghadapi peluruh fitnah dan kesan radiasinya. Meskipun fitnah itu melanda diri dan keluarga kita, insyaallah ketaqwaan akan menjadikan kita mendapat lindungan Allah swt dan kita berjaya mengatasinya dengan jaya.

Bersabarlah insan yang terfitnah dan semoga mereka yang menabur fitnah mendapat petunjuk Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, memohon ampun dan diredhai Allah swt.

Salam dari Lembah Multazam

Masjidil Haram Makkah Al Mukarramah.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Sidang Jamaah yang dirahmati Allah sekelian.

1. Fitnah adalah perbuatan keji yang sangat dicela oleh syara' justeru kesan radiasi fitnah jauh lebih dahsyat dari membunuh. Allah swt telah menegaskan perkara ini di dalam firmanNya yang berbunyi : والفتنة أشد من القتل : bermaksud Fitnah itu lebih dahsyat [kesan dan akibatnya] dari membunuh. ~ surah al Baqarah Ayat 191 ~

2. Fitnah adalah angkara perlakuan manusia jahat yang suka mencetuskan kekacauan, pergolakan, permusuhan, pengkhianatan, dendam, huru hara dan 1001 kerosakan dikalangan masyarakat ummat manusia. Sedang Islam yang diturunkan oleh Allah swt adalah agama yang harmoni, memelihara kesejahteraan bermasyarakat dan melarang sekeras - kerasnya sebarang tindakan yang mencetus perpecahan dan permusuhan seperti fitnah, tohmah dan khianah.

3. Firman Allah swt :

إن الذين فتنوا المؤمنين و المؤمنات ثم لم يتوبوا فلهم عذاب جهنم و لهم عذاب الحريق

Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Surah Al Buruj. Ayat : 10

4. Sebagai insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. selayaknya kita menjauhkan diri, malah memerangi perbuatan fitnah agar ia tidak menjadi amalan yang berleluasa dikalangan masyarakat di dalam negara kita. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, bahawa fitnah adalah perbuatan yang dicetuskan oleh manusia fujur [jahat] yang dipengaruhi pemikiran dan jiwanya oleh syaithan durjana.

5. Umumnya objektif pelaku dan penyebar fitnah adalah untuk menolak kebenaran yang gagal disangkal dengan hujjah mereka. Fitnah menjadi senjata yang paling murah dan mudah dihasilkan untuk memerangi kebenaran. Ia juga adalah senjata yang digunakan sejak berzaman termasuk untuk menolak kebenaran yang diperjuangkan oleh Nabi saw. Firman Allah swt :

ولقد ابتغوا الفتنة من قبل و قلبوا لك الأمور حتى جاء الحق و ظهر أمر الله و هم كارهون

Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu [wahai Muhammad] berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah [kemenangan] ugama Allah [Islam], sedang mereka benci kepadaNya.

Surah At Taubah. Ayat : 48

6. Sungguhpun demikian, akan pasti ada fitnah yang menjalar disetiap zaman dan tempat. Ianya dinyalakan dan ditiup agar ummat manusia bertelagah dan bermusuhan. Justeru itu, kita tidak boleh berpeluk tubuh membiarkan api fitnah ini membakar kesejahteraan ummah dan membinasakan kebenaran yang diperjuangkan. Sungguhpun perit dan sengsara berdepan fitnah yang dihadapi, yakinlah bahawa Allah swt bersama dengan mereka yang memperjuangkan kebenaran. Firman Allah swt :

ثم إن ربك للذين هاجروا من بعد ما فتنوا ثم جاهدوا و صبروا إن ربك من بعدها لغفور رحيم

Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu [memberikan pertolongan] kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah [oleh kaum musyrik], kemudian mereka berjihad serta bersabar, Sesungguhnya Tuhanmu [sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan] adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An Nahl. Ayat : 110

7. Melalui suara mimbar yang penuh dengan keberkatan ini, saya menyeru seluruh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt agar menghindarkan diri dari fitnah dan bangkit menentang sebarang usaha melakukan fitnah lantaran inilah yang diperintah oleh Allah swt :

و قاتلوهم حتى لا تكون فتنة و يكون الدين لله فإن انتهوا فلا عدوان إلا على الظالمين

dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah satu - satunya cara hidup [yang diamal] milik Allah [Islam], maka apabila ia telah berakhir maka tiada lagi permusuhan kecuali ke atas orang - orang yang zalim.

Surah al Baqarah. Ayat 193

8. Membiarkan fitnah berleluasa tanpa langkah berkesan diambil oleh orang - orang yang beriman dan bertaqwa untuk mencegahnya, maka tunggulah kebinasaan yang akan menimpa masyarakat ini. Kepada Allah swt kita mohon perlindungan dari kebinasaan yang tidak mampu kita hadapinya kelak. Malah apa yang lebih dibimbangi ialah murka dan azab Allah swt di akhirat ekoran sikap mendiamkan diri lalu memberi ruang kepada fitnah tersebar.

9. Nasihat saya jua kepada mereka yang berkuasa. Mereka yang memegang amanah untuk menjaga dan memelihara kesejahteraan rakyat sebagai pemimpin yang diberi mandat agar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Sekali - kali jangan membenarkan fitnah menjadi amalan dalam politik kita. Kerana politik sedemikian hanyalah politik kotor lagi jijik pula berdepan dengan kemurkaan Allah swt.

10. Akhirnya marilah kita berdoa kepada Alllah swt agar menghindarkan diri kita daripada menjadi mangsa fitnah dan dalam masa yang sama, kita juga berdoa agar kita tidak memfitnah orang lain. Sungguhpun antara kita berbeza fahaman politik, namun berpolitiklah dalam batas yang tidak mengundang kemurkaan Allah swt. Berpolitiklah dalam suasana yang sihat dan saling berlumba untuk berkhidmad kepada rakyat dan negara. Berpolitiklah dengan maksud untuk membebaskan rakyat dan negara dari kemungkaran, penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan. Berpolitiklah untuk mencari redha dari Allah swt.


Salam dari Lembah Multazam

Makkah al Mukarramah

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Baca Selanjutnya...

Thursday, March 24, 2011

TERAS DESAK UNDANG-UNDANG ISLAM DIGUNA

Sudah sampai masanya undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah diguna demi membenteras politik fitnah yang sudah terbukti undang-undang sivil tidak lagi mampu memberi keadilan terhadap orang yang tertuduh.

Dengan undang-undang Qazaf yang sudah sedia ada dalam enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri maka segala peruntukan yang ada sepatutnya dikuatkuasakan jika rakyat ini tidak mahu terjunam dalam politik fitnah yang akan menghancurkan Negara.

TERAS sangat kesal terhadap sikap pihak berkuasa serta Menteri-menteri yang berkenaan yang terus menerus menggunakan seluruh jentera kerajaan dan media untuk mengeluarkan kenyataan yang sangat bersifat fitnah mendahului siasatan.

Kenyataan Menteri JPM , Datuk Nazri Aziz tanpa sedikitpun merasa insaf mengenai akhlaq dirinya sendiri terus memberi komen seolah video lucah itu yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu yang sah.

TERAS mempersoalkan Menteri jenis apa yang telah dilantik ini , sedang beliau dikatakan sangat arif terhadap undang-undang.

TERAS berpandangan Negara ini akan hancur jika tuduhan dan ftnah seperti ini terus berulang hanya kerana musuh politik seorang yang dianggap penentang yang merbahaya hendak di”bunuh” secara sangat keji.

Ulama perlu bangkit untuk menentang tindakan yang hina ini kerana umat Islam dan orang Melayu sedang diaibkan sehingga ke tahap paling hina dengan amalan politik fitnah di Negara sekarang.

TERAS mendesak agar rakyat juga jangan membiarkan media yang tidak bertanggung jawab mengguna pengaruhnya untuk membentuk pemikiran rakyat dengan cara paling jijik.

Generasi muda sepatutnya menghukum golongan politik yang menghalalkan fitnah liar dan menjadikan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS
Baca Selanjutnya...

Wednesday, March 23, 2011

BOLEHKAH DNA MENJADI BUKTI? ...

Akupun tidak tahu apa sebenarnya sedang berlaku dalam
kes perbicaraan liwat
Anwar Ibrahim dan Saiful.

Siapa betul, siapa salah? Tetapi aku tertarik dengan email
yang dihantar kepada aku.
Maka cuba baca dan fahami kedudukan sebenarnya
dalam perundangan Islam.

BOLEHKAH DNA MENJADI BUKTI?
...
From:
Ahbak 1963
...
Add to Contacts


Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari sedang hangat berlangsung sekarang. Kes yang disifatkan Anwar sebagai penuh konspirasi ini kini mengundang kekecohan berikutan keengganan ketua pembangkang itu untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA)nya. Pada perbicaraan 17 Februari lepas, menurut keterangan ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong, analisis DNA di bahagian atas rektum (dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan kehadiran DNA dia sendiri dan DNA seorang lelaki lain yang dilabelkan sebagai ‘Lelaki Y’ yang merupakan penyumbang DNA yang dominan.

DNA ‘Lelaki Y’ juga ditemui pada seluar dalam kelabu kepunyaan Saiful. Beliau seterusnya berkata, analisis DNA di sekitar perianal (bahagian luar dubur) pengadu pula menunjukkan campuran DNA yang disumbangkan oleh Saiful, Lelaki Y dan seorang lagi lelaki [UM 17/02/11]. Pada hari perbicaraan berikutnya, Dr. Seah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui siapa penyumbang profil DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui itu kerana dia hanya menerima sampel tompokan darah milik Mohd. Saiful Bukhari sebagai perbandingan profil DNA dan tiada sampel lain diperoleh untuk analisis yang dijalankannya [UM21/02/11].

Dalam perkembangan yang berkaitan, desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons. Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil [UM 17/03/11].

Di Nibong Tebal Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS dan DAP mengadakan demonstrasi membantah tindakan sesetengah pihak yang disifatkan cuba mempolitikkan isu DNA Anwar. Ketuanya, Amir Md Ghazali ketika mengetuai demonstrasi aman di perkarangan tol Jawi pada 16 Mac lepas, berkata, bantahan yang diadakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO kebelakangan ini adalah didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama di dewan parlimen, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan. Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya [harakahdaily.net].

Sautun Nahdhah siri 207 (tajuk: Anwar Saiful Dan...) telah pun menyentuh isu perbicaraan liwat Anwar-Saiful yang tidak dijalankan mengikut Islam dan kali ini, kita akan membincangkan satu lagi kesalahan perbicaraan yang dilakukan oleh mahkamah taghut ini dari aspek ‘pembuktian’ (al-baiyyinat) yang digariskan oleh Islam.

Jenis-jenis Pembuktian Di Dalam Islam

Hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinaat) menurut Islam adalah sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, di mana, ia merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafsiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da’ur mendefinisikan ‘bukti’ (al-baiyyinat) sebagai ‘semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan’. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa al-baiyyinat (bukti) itu terdiri dari 4 jenis iaitu:-

(i) Pengakuan
(ii) Sumpah
(iii) Kesaksian
(iv) Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan.

Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak dan tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak selain dari 4 kategori bukti di atas. Banyak pihak yang masih terkeliru yang menganggap bahawa ‘indikasi’ (qarinah) adalah bukti, walhal qarinah tidaklah termasuk sebagai bukti menurut syarak [Syeikh Ahmad ad-Da’ur, Ahkam al-Baiyyinat Fil Islam].

Untuk mengatakan/memasukkan sesuatu itu sebagai baiyyinat (bukti), maka ia hendaklah berdasarkan dalil, bukannya berdasarkan akal, apatah lagi berdasarkan undang-undang taghut yang ada sekarang. ‘Pengakuan’ (al-iqrar) telah ditetapkan (sebagai bukti) berdasarkan nas yang jelas, yang tercantum di dalam Al-Quran dan juga Hadis. Allah SWT berfirman,

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari kamu (iaitu) kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang) dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar (akan memenuhinya) sedang kamu mempersaksikannya” [TMQ al-Baqarah (2):84].

Maksudnya, kemudian kalian berikrar (memberi pengakuan) dengan isi perjanjian tersebut dan kebenarannya. Dan Allah SWT telah menetapkan bahawa iqrar (pengakuan) mereka, lalu iqrar mereka menjadi hujah bagi mereka. Dalam hadis tentang Ma’iz telah disebutkan dari Ibnu ‘Abbas,

“Bahawa Nabi SAW bertanya kepada Ma’iz bin Malik, ‘Apakah benar apa yang telah disampaikan kepadaku tentang dirimu?’ Ma’iz bertanya kembali, ‘Apakah yang telah disampaikan kepadamu tentang diriku?’ Nabi SAW menjawab, ‘Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau telah berzina dengan hamba perempuan keluarga si fulan’. Ma’iz menjawab, ‘Benar’. Kemudian bersaksilah empat orang saksi. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Ma’iz direjam. Maka direjamlah Ma’iz.”

Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda,

“Wahai Unais (seorang lelaki dari Bani Aslam)! Temuilah wanita itu, jikad ia mengaku, maka rejamlah dia.”

‘Sumpah’ (al-ayman) telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyinnah) baik di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya adalah puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” [TMQ al-Maidah (5):89].

Di dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,

“Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa sedangkan sumpah itu wajib bagi orang yang mengengkari(menafikan)nya.”

‘Kesaksian’ (syahadat) juga telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyyinah), baik dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antara kamu. Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan” [TMQ al-Baqarah (2):282].

Nabi SAW bersabda,

“Dua saksi dari kalian atau sumpahnya.”

Sedangkan ‘dokumen-dokumen bertulis’ telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyyinah) di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman,

“Dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu tidak menulisnya” [TMQ al-Baqarah (2):282].

Ayat ini menunjukkan bahawa bukti-bukti bertulis, baik berupa dokumen-dokumen perdagangan, laporan-laporan tertulis dan lain-lain adalah termasuk dalam kategori bukti-bukti (al-baiyyinat) secara syar’ie.

Kesemua jenis baiyyinat yang telah disebutkan di atas adalah digali (dan telah ditetapkan) dalilnya dari Al-Quran dan juga As-Sunnah. Sedangkan indikasi (qarinah) tidak dianggap (tidak termasuk) sebagai sebahagian dari baiyyinat secara syar’ie, tidak kira samada qarinahnya bersifat qat’ie (pasti) mahupun tidak. Sebab, tidak ada satu dalil/nas pun yang menunjukkan bahawa ‘indikasi’ (qarinah) merupakan baiyyinah yang syar’ie. Baiyyinah tidak diakui sebagai baiyyinah yang syar’ie kecuali ada dalil yang menetapkannya atau termasuk sebahagian dari dalil-dalil.
Oleh kerana itu, seorang detektif/penyiasat atau anjing pembantu tidak termasuk sebagai baiyyinat yang syar’ie. Walaupun benar bahawa qarinah seorang detektif atau anjing pembantu dan sebagainya boleh digunakan untuk menyelidiki/menyiasat suatu kejadian, akan tetapi ‘penyelidikan/siasatan’ dan ‘bukti’ adalah dua hal yang berbeza. Pelbagai hal mungkin sahaja boleh digunakan untuk menyiasat, misalnya ‘ucapan’ seorang pembunuh yang menuduh bahawa orang lain (si fulan bin si ulan) adalah orang yang membunuh. Ucapan ini boleh sahaja digunakan untuk menyiasat si fulan, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai bukti atas suatu dakwaan.

Rasulullah SAW ketika bertanya tentang seorang jariyah (hamba perempuan) yang terbunuh, siapakah yang telah membunuhnya, kemudian disebut nama si fulan dan si fulan, yang mengisyaratkan kepada nama seorang Yahudi, baginda tidak menetapkan ucapan itu sebagai baiyyinah meskipun baginda tetap melakukan penyiasatan terhadap lelaki Yahudi tersebut berdasarkan apa yang didengarnya tadi. Selanjutnya, lelaki Yahudi itu dipanggil dan dia mengakuinya, maka Yahudi itu pun dibunuh (qisas). Demikianlah kedudukan qarinah atau yang sejenisnya yang harus diselidiki terlebih dahulu, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Adapun tentang keterangan atau maklumat yang diperolehi dari orang-orang yang ahli/pakar, laporan-laporan yang jelas dan terang dari pakar dan sebagainya, kesemua hal ini tidak termasuk sebagai baiyyinah. Kesemuanya hanyalah sekadar informasi (khabar) dan khabar ini boleh dibangun di atas dasar dzan (sangkaan kuat) dan dalam masalah ini ia cukup disandarkan kepada berita ahad (berita yang tidak sampai ke darjat yang meyakinkan). Namun khabar ini tetap tidak boleh dijadikan sebagai baiyyinah untuk memperkuatkan dakwaan. Khabar hanya boleh dijadikan penguat untuk menguatkan salah satu perkara dari perkara-perkara dakwaan. Bagi orang yang memberikan khabar tersebut, sah untuknya menyampaikan khabarnya berdasarkan dzan (sangkaan kuat)nya.

Bolehkah DNA Dijadikan Bukti?

Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah melahirkan satu lagi hasil kajian sains yang digunakan di mahkamah iaitu penggunaan DNA sebagai bahan bukti. Ia telah banyak digunakan di mahkamah-mahkamah di seluruh dunia sebagai bukti sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan seseorang dari suatu dakwaan. Di Malaysia, rang undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 18 Ogos 2008 oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Ia bertujuan mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dan jika rang undang-undang itu diluluskan, tertuduh dan suspek kes jenayah yang enggan memberi sampel DNA boleh dikenakan hukuman. Apa yang pasti, rang undang-undang ini mula dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim ingin dimulakan. Namun hingga ke hari ini, tidak kedengaran perkembangan terkini tentang rang undang-undang ini.

Apa pun, melihat kepada perbicaraan liwat Anwar sekarang, UMNO-BN kini sedang berusaha dan sedang memperkudakan NGO-NGO pro-kerajaan untuk mendesak mahkamah dan polis campurtangan untuk mendapatkan DNA ahli parlimen Permatang Pauh itu. Persoalannya, bolehkah DNA dijadikan bukti di mahkamah untuk mensabitkan seseorang (dalam kes ini, Anwar)? Berdasarkan apa yang telah diterangkan di atas, sesungguhnya ‘bukti’ di dalam Islam itu hanyalah empat jenis sahaja dan tidak lebih dari itu. Selain empat jenis tersebut, apa yang relevan yang dikemukakan kepada mahkamah hanyalah boleh menjadi qarinah tetapi tidak boleh digunakan sebagai ‘bukti’ untuk mensabitkan seseorang.

Menggunakan qarinah untuk mensabitkan seseorang adalah salah dari sisi Islam dan merupakan suatu kezaliman. Ahkamul bayyinat (hukum-hukum pembuktian) di dalam Islam telah pun jelas dan sempurna sejak zaman Rasulullah lagi dan tidak boleh ditokok tambah dengan sains dan teknologi. Ini bukan bermakna bahawa Islam menolak sains tetapi sains mestilah digunakan bersesuian dengan Islam. Walaupun terbukti bahawa sains banyak membantu dan amat bermanfaat untuk manusia, tetapi sains hendaklah tunduk kepada Islam, bukannya Islam yang tunduk kepada sains. Dalam sains itu sendiri masih boleh wujud kesilapan dan ketidakpastian dan hal ini sering terjadi dan sentiasa sahaja ditemui di mana-mana. Justeru, menghukum seseorang berdasarkan sains, selain menyalahi hukum syarak, akan menyebabkan kezaliman kepada si tertuduh.

DNA sememangnya boleh dijadikan qarinah untuk menyokong sesuatu pertuduhan, namun DNA tidak boleh sekali-kali digunakan untuk mensabitkan seseorang itu dengan kesalahan. Ini kerana, qarinah tidak termasuk salah satu dari jenis ‘bukti’ secara syar’ie. Qarinah dan baiyyinah adalah dua perkara yang berbeza dan mesti dibezakan. Qarinah merupakan satu hal yang boleh menunjukkan berlakunya sesuatu yang ingin dibuktikan, tetapi ia bukanlah bukti secara tersendiri. Contohnya di dalam kes zina, Islam telah pun menetapkan hukum pembuktiannya yang tersendiri iaitu dengan tiga cara yakni:-

(i) mesti mendatangkan empat orang saksi (lelaki). Tidak cukup dengan empat saksi, Islam menetapkan lagi bahawa kesemua saksi itu mestilah melihat dengan jelas kejadian zina itu umpama ‘timba masuk ke dalam perigi’

(ii) ‘pengakuan’ dari penzina itu sendiri

(iii) khusus bagi perempuan, bukti kehamilannya, dengan syarat perempuan itu disahkan belum berkahwin dan tidak ada bukti bahawa dia dirogol atau masuknya air mani lelaki ke dalam farajnya dengan cara lain selain perzinaan.

Justeru, sekiranya ketiga-tiga cara pembuktian ini tidak wujud atau gagal dibuktikan, maka ia tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina.

Katalah terbukti sekalipun melalui kaedah DNA di mana terdapat DNA (atau air mani) seorang lelaki di dalam farajnya, keadaan ini hanyalah menjadi ‘qarinah’ bahawa telah terjadi perzinaan di antara lelaki dan wanita terbabit. Inipun hanyalah kemungkinan sahaja, kerana dari segi fakta, boleh sahaja air mani masuk ke dalam faraj seseorang wanita melalui cara lain (tanpa perzinaan). Namun, apa yang lebih penting adalah persoalan baiyyinat yang perlu diperhatikan!
Tanpa adanya empat orang ‘saksi’ atau ‘pengakuan’ dari perempuan atau lelaki yang berzina itu, maka dia tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina atau dengan kata lain dia tidak boleh dihukum kerana tidak ada ‘bukti’ bahawa dia telah berzina. Tidak ada bukti kerana tidak adanya ‘pembuktian’ yang ditetapkan oleh nas, untuk membolehkan dia disabit atau dihukum dengan kesalahan zina. Yang wujud hanyalah qarinah yang menunjukkan bahawa mungkin telah berlaku ‘aktiviti’ zina (melalui pengesahan DNA dari air mani), namun ‘pembuktian’ (baiyyinat) zina langsung tidak wujud!

Begitulah juga dengan kes liwat di mana berdasarkan hukum pembuktian di dalam Islam, liwat hanya akan terbukti dengan:-

(i) pengakuan atau

(ii) kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan (yang adil). Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui dua cara ini, maka kes liwat sebenarnya tidak terbukti dan tertuduh mesti dilepaskan.

Sekiranya benar sekalipun tertuduh melakukan liwat (tanpa dapat dibuktikan), walaupun dia terlepas di dunia, namun dia sekali-kali tidak akan terlepas di akhirat.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Seperkara yang kita perlu ingat ialah, sekiranya DNA boleh dijadikan sebagai bukti (untuk menjatuhkan hukum), maka ini secara automatik akan menjadikan hukum syarak tentang pembuktian seolah-olah tidak ada nilainya. Kenapa? Kerana keperluan ‘empat atau dua orang saksi’ sudah tidak lagi diperlukan, cukuplah dgn DNA untuk membuktikan segala-galanya! Padahal keperluan dua atau empat saksi adalah ketetapan dari Allah SWT secara qath’i di dalam Al-Quran. Dengan demikian, mana-mana hakim yang memutuskan kesalahan seseorang hanya berdasarkan DNA, maka dia sesungguhnya telah menyalahi ketetapan dari Allah dan ini merupakan suatu kezaliman. Na’uzubillah min zalik.
Sesungguhnya tidak akan pernah wujud keadilan selama-lamanya selagi mana sesuatu kes itu dibicarakan menurut undang-undang manusia, bukannya undang-undang Allah. Justeru, pertelagahan demi pertelagahan yang muncul dalam kes ini, segalanya akan mengundang kepada kesia-siaan selagi mana ia diperdebatkan di sepanjang koridor sekularisme! Justeru, marilah kita sama-sama berusaha menukar sistem taghut ini kepada sistem Islam agar semua pihak akan benar-benar mendapat keadilan.
HTM
Baca Selanjutnya...

Tuesday, March 22, 2011

CARA BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH DAN BALA BENCANA - Siri Akhir

5. Mengetahui bahwa musibah merupakan akibat dari dosa yang dilakukannya. Sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,
وَمَآ أَصَـبَكُمْ مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
artinya, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. asy-Syura: 30).

Maka hal ini bersifat umum pada semua musibah baik yang kecil maupun yang besar. Maka hendaklah seseorang ketika mendapatkan sebab ini menyibukkan diri dengan selalu memohon ampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala (istighfar), karena istighfar merupakan faktor yang paling besar dalam mencegah terjadinya musibah. ‘Ali bin Abu Thalib Rodhiyallohu 'Anhu berkata, “Musibah tidak akan menimpa kecuali dengan dosa (yang diperbuat), dan musibah tidak akan diangkat kecuali dengan taubat.”

6. Mengetahui bahwa Allah Subhanahu Wa Ta'ala meredhai musibah itu baginya dan telah memilih serta menentukannya, sedangkan ibadah menuntut keredhaan seseorang kepada apa yang diredhai Tuhannya.

7. Mengetahui bahwa musibah ini adalah obat yang bermanfaat yang diberikan oleh Sang Maha doktor kepadanya Yang Maha Mengetahui akan kemashalatannya, serta lagi Maha Penyayang kepadanya. Maka hendaklah dia bersabar atas (musibah) yang dialaminya. Dan hendaklah dia tidak mengekpresikannya dengan rasa tidak suka (atas musibah tersebut, pen.) dan mengeluhkannya, maka hilanglah manfaatnya.

8. Mengetahui bahwa kesudahan dari obat ini adalah kesembuhan, keselamatan, kesehatan, hilangnya rasa sakit yang tidak diperoleh dengan selainnya. Jika dirinya tidak suka dengan obat tersebut dan rasanya yang pahit, maka hendaklah dia melihat kepada efek dan pengaruhnya yang baik/ positif. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
artinya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. al-Baqarah: 216.

9. Mengetahui bahwa musibah tidak datang untuk membinasakan atau membunuhnya, sesungguhnya ia datang hanyalah untuk menguji kesabarannya. Maka saat itu menjadi jelaslah apakah dia layak untuk menjadi penolongNya dan layak dijadikan sebagai salah satu di antara wali-waliNya (kekasihNya) dan golonganNya atau tidak? Dan karunia Allah Subhanahu Wa Ta'ala hanyalah Dia berikan kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala lah yang mempunyai karunia yang besar.

10. Mengetahui bahwa Allah Subhanahu Wa Ta'ala mendidik hambaNya baik dengan kesenangan dan kesulitan, nikmat dan musibah, maka hendaklah dia tetap beribadah kepadaNya dalam setiap keadaan. Karena hakikat seorang hamba adalah orang yang beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di setiap situasi dan kondisi apapun. Dan hendakalah dia berdoa, “Ya Allah, tolonglah aku untuk senantiasa berdzikir kepadaMu, bersyukur (atas nikmat) Mu, dan membaguskan ibadah kepadaMu.”

Maka sebab ini dan yang semisalnya lah yang akan membuahkan kesabaran dalam menghadapi musibah. Jika semakin kuat, maka niscaya akan membuahkan keridhaan dan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Baca Selanjutnya...

Monday, March 21, 2011

CARA BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH DAN BALA BENCANA - Siri ii

2. Mengetahui bahwa musibah dapat meleburkan dan menghapuskan dosa-dosa. Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, “Tidaklah seorang mukmin tertimpa penyakit, cobaan, kesusahan, kecemasan, dan kesedihan, bahkan sampai duri yang menusuknya, melainkan dengannya Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghapuskan dosa-dosanya.” (Muttafaq ‘Alaih).
Begitu pula Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, “Cobaan senantiasa akan menerpa orang yang beriman baik lelaki maupun perempuan, baik pada dirinya, anaknya, dan begitu pula pada hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak ada satu pun dosa yang dia miliki.” (HR. at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ahmad).

3. Beriman dengan takdir yang telah terjadi seperti musibah yang menimpanya. Sesungguhnya musibah tersebut telah ditentukan/ ditakdirkan di dalam ‘Ummu al-Kitab’ sebelum dia diciptakan, maka ini adalah sesuatu yang pasti terjadi. Dan ketidaksabaran seseorang tidaklah menambah sesuatu apa pun kepadanya kecuali musibah itu tetap terjadi.

4. Mengetahui hak Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas dirinya dalam musibah tersebut. Adapun kewajiban seseorang kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam menghadapi musibah, tidak disangsikan lagi adalah bersabar. Atau sabar dan ridha, menurut salah satu di antara dua pendapat yang ada. Maka dia diperintahkan untuk menunaikan hak Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tetap beribadah hanya kepadaNya dalam menghadapi musibah tersebut. Dan ini adalah wajib baginya, jika tidak, maka akan semakin bertambahlah musibah tersebut atas dirinya.

- bersambung
Baca Selanjutnya...

Sunday, March 20, 2011

CARA BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH DAN BALA BENCANA Siri 1

Assalamu'alaikum.
Berapa umur anda? 30 tahun, 40 tahun atau sudah melebihi 50 tahun macam saya.

Sudah tentu dalam usia sedemikian kita hampir tidak ada kehidupan kita yang sepi dan lepas dari musibah atau cobaan. Pasti dan pasti setiap kita akan mengalaminya, mahu tidak mahu kita akan menghadapinya, rela ataupun tidak rela kita akan merasakannya, suka atau benci kita pasti akan menerimanya.

Mari kita meneliti, memahami serta menghayati tulisan ini yang saya ambik dari laman web alsofwah.

Dengan itulah Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji di antara hamba-hambaNya, siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya? Siapakah di antara hambaNya yang mau menyikapi musibah tersebut dengan rasa sabar dan rela atas takdir yang telah ditentukanNya, dan siapakah diantara mereka yang tetap istiqamah sekalipun musibah demi musibah selalu menerpa silih berganti seakan-akan tidak pernah ada kesudahannya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

artinya, “(Allah Subhanahu Wa Ta'ala) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Mulk: 2)

Ketahuilah! Bahawa tidak ada musibah yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala timpakan kepada hambaNya, melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menakar kadar musibah tersebut sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bahkan semakin besar musibah yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba tersebut. Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cobaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah Subhanahu Wa Ta'ala mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cobaan kepada mereka, maka barangsiapa ridha, maka baginya keridhaan dari (Allah Subhanahu Wa Ta'ala) dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari (Allah Subhanahu Wa Ta'ala).” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Oleh karena itu seorang muslim hendaklah dia mengetahui cara-carat agar dia mampu bersabar dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Di bawah ini di antara cara-cara yang dapat membuat dan menumbuhkan rasa sabar ketika menghadapi musibah, yakni:

1. Mengetahui balasan dan pahalanya. Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, “Tidaklah seorang hamba tertimpa musibah lalu mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan berilah untukku ganti yang lebih baik darinya, melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikannya pahala pada musibahnya tersebut dan memberikan ganti untuknya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” (HR. Muslim).

-bersambung

Baca Selanjutnya...