Sudah sampai masanya undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah diguna demi membenteras politik fitnah yang sudah terbukti undang-undang sivil tidak lagi mampu memberi keadilan terhadap orang yang tertuduh.
Dengan undang-undang Qazaf yang sudah sedia ada dalam enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri maka segala peruntukan yang ada sepatutnya dikuatkuasakan jika rakyat ini tidak mahu terjunam dalam politik fitnah yang akan menghancurkan Negara.
TERAS sangat kesal terhadap sikap pihak berkuasa serta Menteri-menteri yang berkenaan yang terus menerus menggunakan seluruh jentera kerajaan dan media untuk mengeluarkan kenyataan yang sangat bersifat fitnah mendahului siasatan.
Kenyataan Menteri JPM , Datuk Nazri Aziz tanpa sedikitpun merasa insaf mengenai akhlaq dirinya sendiri terus memberi komen seolah video lucah itu yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu yang sah.
TERAS mempersoalkan Menteri jenis apa yang telah dilantik ini , sedang beliau dikatakan sangat arif terhadap undang-undang.
TERAS berpandangan Negara ini akan hancur jika tuduhan dan ftnah seperti ini terus berulang hanya kerana musuh politik seorang yang dianggap penentang yang merbahaya hendak di”bunuh” secara sangat keji.
Ulama perlu bangkit untuk menentang tindakan yang hina ini kerana umat Islam dan orang Melayu sedang diaibkan sehingga ke tahap paling hina dengan amalan politik fitnah di Negara sekarang.
TERAS mendesak agar rakyat juga jangan membiarkan media yang tidak bertanggung jawab mengguna pengaruhnya untuk membentuk pemikiran rakyat dengan cara paling jijik.
Generasi muda sepatutnya menghukum golongan politik yang menghalalkan fitnah liar dan menjadikan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan maruah seseorang.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
No comments:
Post a Comment