Assalamu'alaikum warahmatuLLAH,
AlhamduliLLAH, semalam 8/4/11(jumaat) saya berkesempatan mengiringi Rombongan Kedua Pas Pahang untuk misi DAKWAH-SIASAH ke Sarawak. Mereka berlepas di LCCT jam 12.55 menggunakan penerbangan Air Asia. Rombongan terdiri daripada 20 orang, 10 muslimin dan 10 muslimat.

Rombongan kali ini diketuai oleh Tn Haji Nasir Amir YDP Indera Mahkota bersama rakan pembantunya Ustaz Junaidi Setiausaha PAS Bentong.

Sebagaimana biasa saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka bagi pihak Pas Pahang serta memberi kata-kata nasihat bila berada di sana. Antaranya membaca doa pendidinding yang diajar oleh Rasulullah saw supaya jauh dan terselamat daripada gangguan sihir serta angkara gengstar.

Semoga kumpulan kedua ini akan terus memantapkan kerja dakwah-siasah di Dun Tanjung Datu' Sarawak.
Siiru 'Ala BarakatiLLAH - Bergeraklah kamu semua dengan berkat daripada ALLAH".
Setapak Indah 10,41am
9/4/11
No comments:
Post a Comment