Tuesday, April 26, 2011

Mahkamah Dedahkan DNA Lelaki 'Y' Milik Anwar......Ya Ke? Apa pandangan Islam.

KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”. “Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai bahan bukti. (Sumber - http://pahangdaily.blogspot.com/2011/04/panas-peguam-anwar-sankara-nair-bongkar.html)

Bolehkah nak sabit kesalahan hanya berdasarkan DNA? Lihat pandangan Islam:
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah hudud seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

tk.

5 comments:

  1. masa Anwar tuduh/fitnah Najib n Rosmah bunuh Altantuya..pernah terfikir nak gunakan "apa pandangan Islam"

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikom..Ustat,saya cuma nak tanya sikit..
    bagaimana seandainya seorang bapa merogol anaknya berpuluh2 kali..yang boleh dijadikan saksi hanyalah cctv yang terpasang di dalam rumah..
    dan anaknya ada membuat aduan..katalah seorang imam yg berjiran dengan rumahnya.

    Adakah patut imam itu menjawab."nak buat cam mana..kalau anda sedang dirogol sekali pon..kalau kami datang bersama 4 orang saksi yg cukup syarat..sudah tentu kami tak boleh buat apa2..
    sebabnya ialah ...rumah kamu rumah batu ..tak ada lobang nak mengendap..kalau kami ketok pintu,sudah tentu ayah kamu datang membuka pintu..dan saksi cuma dapat melihat ayah kamu kat pintu..cctv pun tak boleh digunakan dalam islam sebagai saksi...
    jadi bagaimana penyelesaian nya..zaman sekarang rumah2 semuanya cangih2..ada kawalan keselamatan lagi..
    maaf,,mungkin saya amat daif hal2 agama..jadi saya minta dapatlah ustat memberi sedikit tentang hukum2 yang ada.
    jangan berkata itu diantara dia dan allah...
    terima kasih,,

    ReplyDelete
  3. Utk sabit hukuman hudud, kalau tak cukup syarat dia boleh dikenakan takzir. Utk keterangan lanjut hantar soalan hantar ke yusofembong@yahoo.com Nanti saya attach kk tentang itu iA. tk

    ReplyDelete
  4. buka kitab ya akhi yang bertanya , bukan boleh guna akal semata mata .
    Ulama dia bagi pendapat ikut pandangan dan bhukum islam ( Hukum Hudud )

    ReplyDelete
  5. DNA masih boleh dipalsukan. Ambil barang DA Anwar Ibrahim kat penjara lepas tu sumbat dalam dubur Saiful. Nanti pakar kimia buat pemeriksaan sudah tentu DNA DS Anwar yang ada. Trik bodoh macam ni semua pelajar Biologi tahun 1 pun boleh buat.

    ReplyDelete