Diri UYE
- Yusof Embong (UYE)
- Kita adalah hamba yang faqir(sentiasa berhajat) kepada ALLAH Yang Maha Kaya. Sentiasalah bergantung harap kepadaNYA. Aamien ya Rabb.
Arkib UYE
-
▼
2010
(287)
-
▼
October
(26)
- Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Ular Besar Melin...
- Gara-Gara "tak pandai nasihat Rosmah"...... Ulama ...
- SPRMpun Terlebih Belanja..........ya ke nie?
- Fajar Islam Terus Menyinsing - Adik Ipar Tony Blai...
- HUTANG NEGARA , MAKIN PARAH DAN MEMBARAH
- Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Ikan Pirana ke nie?
- Penyelewengan Di Sana Sini - Laporan Ketua Odit Ne...
- Bahaya Tanpa Cahaya .........Orang Munafik
- Islamic fashion? Fesyen Islam or Fesyen Pengkhiana...
- BAJET 2011.......baca dengan akal yang bijak
- DOA NABI saw UNTUK KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
- CARA MUDAH HAPUS NYAMUK
- Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Solek Kereta
- Islam adalah agama kehidupan.....Seimbang Dunia da...
- Menjaga lidah dari berbicara kecuali dalam hal yan...
- Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Awas! Bahaya Guna...
- Menjaga lidah dari berbicara kecuali dalam hal yan...
- 10/10/10 .... KEMALANGAN PALING NGERI .......10/1...
- Menjaga lidah dari berbicara kecuali dalam hal yan...
- SYARIKAT-SYARIKAT JUDI DAN PENDAPATANNYA
- Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut?
- PERANG HUNAIN
- Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Top Ten Bayi Tidur
- Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi? UZAR
- Relaks Kejap - Jangan Tension - ATM di pelbagai N...
- BAGAIMANA TRANSAKSI WANG HARAM......baca! jangan t...
-
▼
October
(26)
Tazkirah
Followers
Halaman Ilmu
Sunday, October 31, 2010
Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Ular Besar Melingkar
Thursday, October 28, 2010
Gara-Gara "tak pandai nasihat Rosmah"...... Ulama Pelapis PAS Jawab Ulama Muda UMNO
Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam. Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.
Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur.
Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut. Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.
(Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (left) and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, speaking with Prince Albert II of Monaco at the International Islamic Fashion Festival. — Reuters picture) - Foto di kanan.
Pakaian menjolok mata dengan tidak mengendahkan arahan Allah agar wanita muslimah menutup aurat ditambah dengan penghinaan nama Nabi Muhammad yang ditulis secara terbalik dan ditonjolkan di bahagian dada wanita yang memperagakan fesyen tersebut sangat jelas untuk dihukumkan sebagai satu majlis maksiat dan menghina Islam.
Menerusi firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa' ayat 140, Allah menegaskan larangan untuk orang Islam bersama-sama di dalam majlis yang menghina ayat-ayat Allah. Umat Islam disuruh untuk menegur maksiat yang berlaku di dalam mana-mana majlis. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka mereka wajib untuk meninggalkan majlis maksiat kerana kebersamaan di dalam majlis berunsur maksiat adalah satu maksiat. Ini jelas terpampang dalam kenyataan para ulama tafsir sewaktu mereka menghuraikan ayat 140 daripada Surah al-Nisa'.
Adakah boleh diterima secara waras bahawa Datin Seri Rosmah Mansur selaku seorang muslimah sebenarnya tidak mengetahui bahawa majlis seperti itu adalah satu majlis maksiat? Adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mengetahui sama sekali bahawa pakaian-pakaian yang dipamerkan dalam majlis tersebut adalah pakaian yang menyongsang daripada kehendak agama Islam? Ulamak Pelapis PAS beranggapan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur menyedari bahawa IFF adalah bercanggah dengan tuntutan Islam yang sebenar. Sekiranya Fathul Bari beranggapan sebaliknya, ini bermakna Datin Seri Rosmah Mansur begitu sangat jahil dalam memahami kehendak Islam dan ini adalah sangat-sangat malang sekiranya berlaku kepada seorang wanita Islam apatah lagi kepada isteri kepada seorang Perdana Menteri.
Sekiranya Fathul Bari mempertikaikan PAS kerana menyelar keterlibatan Datin Seri Rosmah Mansur dalam satu program maksiat, maka Ulamak Pelapis PAS ingin bertanya di manakah suara orang-orang berpendidikan Islam di dalam UMNO seperti Fathul Bari dalam membantras maksiat sebagaimana yang berlaku dalam IFF dan konsert Adam Lambert yang diizinkan oleh kerajaan UMNO untuk dibuat di Malaysia? Ulamak Pelapis PAS kesal dengan sikap orang-orang berpendidikan agama di dalam UMNO yang membisu dalam membantras gejala maksiat di dalam negara sebaliknya begitu lantang mengecap tindakan rakyat yang bangkit menyuarakan isi hati mereka yang tidak berpuas hati apabila agama dipersenda.
Hujah Bahawa Nasihat Kepada Pemimpin Tidak Boleh Secara Terang-Terangan
Ulamak Pelapis PAS ingin menjelaskan kepada umum bahawa para ulama Islam telah menyatakan bahawa apabila maksiat yang dibuat secara terang-terangan, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam memprotes maksiat tersebut secara terang-terangan. Sekalipun ada hadith Rasulullah yang meminta supaya nasihat diberikan secara senyap-senyap dan bukan secara terang-terangan, hadith ini sebenarnya ditujukan kepada kesilapan yang dibuat secara senyap-senyap. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa dan maksiat secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain, maka orang yang mengetahui kesalahan tersebut tidak boleh sama sekali menghebahkan kesilapan si pelaku kerana Islam meminta umatnya agar menutup keaiban manusia.
(Saudara Fathul Bari bin Mat Jahya) - Foto kanan
Namun sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan adalah secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku dalam majlis IFF, maka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan perlanggaran Syariat yang berlaku adalah dibolehkan oleh Islam agar umat Islam mengetahui bahawa majlis yang dibuat secara terbuka tersebut adalah bercanggah dengan Islam.
Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:
1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Sejarah Islam Bukti Bahawa Kesalahan Pemimpin Yang Dibuat Secara Terangan Ditegur Secara Terangan
Sejarah Islam sendiri telahpun mendedahkan kepada kita berkenaan dengan sikap umat Islam dahulu yang berani menyatakan kesilapan para pemerintah secara terang-terangan sekalipun mereka diancam dengan kematian. Apabila Marwan bin al-Hakam yang merupakan pemerintah Bani Umayyah ketika itu cuba untuk membaca khutbah terlebih dahulu sebelum solat hari raya, tindakan beliau telah ditegur secara terang-terangan oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Said al-Khudri. Apabila Marwan bin Hakam tetap mahu berkhutbah dahulu sebelum solat hari raya, Abu Said al-Khudri telah merentap baju pemerintah tersebut agar dia tidak meneruskan niatnya untuk membaca khutbah sebelum solat. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain yang turut berada di situ telah menegur Marwan secara keras dengan berkata: "Wahai Marwan. Engkau telah menyalahi Sunnah Nabi. Engkau telah mengeluarkan mimbar pada hari raya sedangkan sebelum ini mimbar tidak pernah dikeluarkan pada hari raya. Engkau telah mulakan dengan khutbah sebelum solat hari raya". Lantas Abu Said al-Khudri bertanya kepada orang ramai siapakah lelaki berkenaan. Selepas mana hadirin memberi tahu nama lelaki tersebut kepada Abu Said al-Khudri, Abu Said telah berkata: Adapun orang ini, dia telahpun menunaikan kewajipannya. Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".
(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id).
Antara contoh lain adalah Sultan al-`Ulama Izzuddin bin Abd al-Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki. Dua tokoh ulama kurun ke-6 ini begitu berani mendedahkan kesilapan Raja Syria ketika itu di atas pentas mimbar Jumaat. Mereka berdua begitu lantang dalam khutbah mereka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan dosa Raja Syria yang bersubahat dengan tentera Salib dalam menyerang Mesir sehingga raja tersebut tergamak membenarkan tentera Salib masuk ke kota Damsyik bagi tujuan membeli peralatan senjata daripada umat Islam. Al-Imam Izzuddin yang merupakan ulama besar dalam mazhab Syafi`e akhirnya telah dibuang negeri dan beliau akhirnya berhijrah ke Mesir dan tinggal di sana sehingga beliau meninggal dunia. Ini adalah beberapa contoh kecil yang ada di dalam lipatan sejarah Islam.
Maka apabila tindakan PAS mendedahkan kepada umum tentang kesilapan para pemimpin UMNO dipertikai oleh Fathul Bari, Ulamak Pelapis PAS sebenarnya sangsi dengan tahap keilmuan Islam yang dimiliki oleh beliau. Adakah Fathul Bari tidak pernah mengetahui perbahasan seperti ini ataupun beliau sebenarnya sengaja menidakkan fakta ini demi menjaga kepentingan peribadi beliau di dalam UMNO.
Ulamak Pelapis PAS meminta agar orang-orang yang berpendidikan agama di dalam UMNO menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta bersikap tidak mengkhianati ilmu Islam yang dipelajari hanya semata-mata kepentingan keduniaan.
LAJNAH KEAHLIAN DAN ULAMAK PELAPIS Dewan Ulamak PAS Pusat Kuala Lumpur Sumber :http://al-muqry.blogspot.com/2010/10/dewan-ulama-jawab-ulama-muda-umno.html
SPRMpun Terlebih Belanja..........ya ke nie?
Bila uye membaca laporan oleh malaysiakini.com tentang Laporan Ketua Audit Negara sangat terkejut kerana SPRM juga berbelanja melebihi bajet. Apa nak jadi Malaysia kita nie?
Sila baca laporan di bawah:
Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu. “Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.
Wednesday, October 27, 2010
Fajar Islam Terus Menyinsing - Adik Ipar Tony Blair Masuk Islam
Before her awakening, she had been ‘sympathetic’ to Islam and has spent considerable time working in Palestine. ‘I was always impressed with the strength and comfort it gave,’ she said of the religion.
Booth, who works for the English language Iranian news channel Press TV, has frequently criticised her brother-in-law, accusing the former leader of being biased towards Israel and the United States in his role as Middle East peace envoy.
In August 2008 she travelled to Gaza by ship from Cyprus, along with 46 other activists, to highlight Israel’s blockade of the territory.
‘I always felt that the ummah [Muslim community] is a very loving, peaceful place and I am proud to be a member of it,’ she said.
Miss Booth, also a journalist and human rights campaigner, has stopped eating pork, reads the Quran every day and has not ruled out wearing a burka in the future.
It's great that a leading figure in the media and relative of former British Prime Minister Tony Blair, found her connection to Allah and chose to become Muslim. We wish Lauren Booth and her family the best and will make du`a (pray) for her future.
Tuesday, October 26, 2010
HUTANG NEGARA , MAKIN PARAH DAN MEMBARAH
Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.
Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.
Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.
Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.
Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/146366 (25 Okt 2010).
Relaks Kejap - JANGAN TENSION - Ikan Pirana ke nie?
Stand back, he bites: British fisherman grapples with ferocious 'giant piranha'... which has been known to eat CROCODILES
By Richard James
Last updated at 3:45 PM on 20th October 2010
British angler Jeremy Wade looks understandably anxious as he grapples with this ferocious-looking 'giant piranha'.
The 52-year-old caught the aptly-named goliath tigerfish during a fishing expedition up the Congo River in Africa.
The brave fisherman was forced to hold the fish at arms-length for fear of being bitten by its razor-sharp teeth while posing with it for the camera.
Careful: Jeremy Wade bravely poses with the 5ft long goliath tigerfish caught during an expedition up the River Congo in Africa
The goliath tigerfish is one of the most fearsome freshwater fish in the world and said to be a much bigger and deadlier version of the piranha.
The giant fish has 32 teeth that are of similar size to those of a great white shark and has been known to attack humans and even crocodiles.
It has only ever been caught by a handful of fishermen due to the danger it poses and the fact its habitat is notoriously hard to reach.
Wade, the host of ITV's River Monsters show, said he took extra care when reeling in this specimen, which weighed more than 100lbs and was 5ft long.
The TV programme looks into mythical reports from around the world of humans being attacked by unknown monsters from the deep before the British host sets out to find and catch the suspect.
Commenting on the goliath tigerfish, Wade said: 'This fish is no tench. It is, for all intents and purposes, a giant piranha. It is quite a beast.
Open wide: The ferocious 'giant piranha' was caught during the filiming of ITV's River Monsters
Wade spent eight days trying to land the fish and said he returned it to the river soon afterwards
'The teeth on it are incredibly sharp and are about the same length as a great white shark.
'It also has an extremely powerful bite and has been known to consume prey the same size as itself, attack people and take pieces out of crocodiles.
'It is thought that these fish attack in a reflex response to a sudden movement or splash.
'It is very rare to catch one, especially by an outsider because they are found in such a remote and difficult location to get to. There are no guides or lodges on that part of the Congo River.'
Wade revealed he used a sizable catfish as bait for the tigerfish and a 200lbs rod and line.
He said he also took care to stand back from it until it was safely in his landing net.
'It is a very dangerous fish to handle. If you aren't careful it could easily take your finger off or worse,' he added.
Wade, who spent eight days trying to land the fish, said he returned it to the river soon afterwards.
Monday, October 25, 2010
Penyelewengan Di Sana Sini - Laporan Ketua Odit Negara
Laporan Ketua Audit: SPRM buka 20 kertas siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lalu.
Menurut satu kenyataan, setakat ini, tiga individu telah didakwa di mahkamah, empat laporan SPRM dikemukakan kepada ketua jabatan berkenaan dengan cadangan prosiding tata tertib terhadap pegawai terlibat, lima surat nasihat dikeluarkan kepada jabatan berkaitan serta lima kajian sistem dan prosedur bagi menutup sebarang ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan.
"Kes-kes siasatan yang ditutup tanpa sebarang tindakan pula adalah disebabkan sama ada tiada perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan jenayah atau kerana tiada keterangan bagi mencadangkan sebarang pertuduhan," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut kes yang dibawa ke mahkamah membabitkan tiga pegawai sebuah syarikat subsidiari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan melibatkan penggunaan peruntukan sebanyak RM888,000 yang tidak mendapat sebarang kelulusan lembaga pengarah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah jenayah, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Kes berkenaan masih dalam perbicaraan.
- Bernama Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/146290
Sekolah beli pokok 880% lebih mahal
Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.
Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.
Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.
Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/115516
Saturday, October 23, 2010
Bahaya Tanpa Cahaya .........Orang Munafik
Sahabat-sahabat yang dihormati,
Perjuangan masih panjang, perjalanan masih jauh maka berhati-hati dengan golongan munafik. Di mana-mana ada orang munafik terutamanya apabila golongan Islam telah mencapai kemenangan atau diketika Islam kuat. Mereka golongan munafik akan berpura-pura bersama-sama dengan Islam bahkan kadang-kadang jubah dan serbannya lebih besar dan panjang daripada yang kita pakai. Pakaiannya mengambarkan seorang yang sangat menyanjungi RasuluLLAH saw tetapi sebenarnya penuh dengan penuh dengan kebencian dan dendam kesumat.
Bahayanya orang munafik kerana mengkhianati dan merobek-robekkan Islam dari dalam, menjadi batu api dan menaburkan fitnah. Orang ramai menyangkanya kawan tetapi sebenarnya lawan dan musuh. Maka berhati-hatilah kita. Pada zahirnya golongan munafik adalah orang beriman tetapi hatinya kafir serta benci kepada Islam. Maka orang yang benar-benar beriman hendaklah menjauhi sifat munafiq dan dengki sesama mukmin.
Sekian terima kasih.
Banting 23 Oktober 2010
Thursday, October 21, 2010
Islamic fashion? Fesyen Islam or Fesyen Pengkhianat Islam
Tak payah berkuliah, baca ayat al-Quran or hadith........sekali tengok dah tahu reti bahawa ini adalah Fesyen Bukan Islam or Fesyen Jahiliah or Fesyen Islam 1 Malaysia.
Yang menjadi perasmi dan penanungnya pun sama aje. Yang tukang sokong dan mengampu pun sama aje BAHKAN turut sama menanggung dosa. Kalau tak berdosa tentu dapat pahala. - uye
Memo Taubat Buat Rosmah
Oleh : Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi.1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
Jom Solat !
Rakan Blogger
-
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh Akhir Piala Malaysia - *KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia. Pemain kelahi...15 hours ago
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...6 days ago
-
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3 - Muhasabah Selepas Haji Ditunaikan Alhamdulillah, pada hari Sabtu 12 Zulhijjah semua jemaah Ash-Har selamat pulang ke Makkah keluar dari Mina dengan niat na...5 months ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...4 years ago
-
ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ? - Jawapan oleh : Ustaz Syed Shahridzan Mengenai bacaan al-Fatihah dengan suara berbisik, terdapat nukilan dari kitab ‘Hasyiah Al-Syubramullisi ‘ala al-Nihaya...5 years ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya - Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hubungi...6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 years ago
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni - Oleh *HARIS ZALKAPLI* Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...8 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 years ago
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA - Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan tertinggi penjawa...9 years ago
-
Al Quran Idol Di China - http://www.youtube.com/watch?v=OTHcu8dQ8BEendofvid [starttext] Subhanallah.. kita menyangka china negara bukan islam.. tetapi kepadatan penduduk islam mele...9 years ago
-
KEMBALI AKTIF - Assalamualaikum buat teman-teman sekelian...Insyallah page blog ini akan diaktifkan kembali. Mudah-mudahan perkonsian bersama disini mendatangkan manfaat u...10 years ago
-
-
Keistimewaan Stokin Ajaib jenama Vken - *Kalau anda berminat sms nama dan alamat ke nombor * *HP 01119825085* *serta bank in ke akaun * *Maybank ARIS FEZUL BIN ISMAIL 156141391979 * * atau * ...11 years ago
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH - Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian sebel...11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 20 - *Usul Isyrin @ Usul 20 ~ Ringkasan....* Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap diantara tulisannya yang penting, ker...11 years ago
-
Khutbah Jumaat Minggu Ini - *KHUTBAH : PENDUSTA AGAMA* *Hadirin Solat Jumaat yang dirahmati Allah* Firman Allah s.w.t. : Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1) Itulah ora...11 years ago
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN - 13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang B...11 years ago
-
seorang pejuang yang gigih... - bintang timur Monday, October 26, 2009YUSOF EMBONG USTAZ YUSOF EMBONG. Seorang guru/ pendakwah yang cukup wibawa. Cukup energetik dan sungguh sofistikate...12 years ago
-
Kita Masih Seorang Hamba.. - Assalamualaikum w.b.t.. Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba.. Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt.. Justeru, usahlah kita alpa pada Yan...12 years ago
-
TERAS: Buang sisa Lynas ke Sungai Lembing kerja gila - Cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang memproses nadir bumi milik Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan...12 years ago
-
Sukaneka Pasti Pas Paya Besar Meriah - 4/3/2012: Ahad, Sukaneka Pasti Tahunan Pas Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti dibawah na...12 years ago
-
KERAJAAN PULAU PINANG AMBIL BERAT TENTANG AGAMA ISLAM - 1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta Tahun 2010 (PR)............12 years ago
-
-
-