Sahabat-sahabat yang dihormati,
Perjuangan masih panjang, perjalanan masih jauh maka berhati-hati dengan golongan munafik. Di mana-mana ada orang munafik terutamanya apabila golongan Islam telah mencapai kemenangan atau diketika Islam kuat. Mereka golongan munafik akan berpura-pura bersama-sama dengan Islam bahkan kadang-kadang jubah dan serbannya lebih besar dan panjang daripada yang kita pakai. Pakaiannya mengambarkan seorang yang sangat menyanjungi RasuluLLAH saw tetapi sebenarnya penuh dengan penuh dengan kebencian dan dendam kesumat.
Bahayanya orang munafik kerana mengkhianati dan merobek-robekkan Islam dari dalam, menjadi batu api dan menaburkan fitnah. Orang ramai menyangkanya kawan tetapi sebenarnya lawan dan musuh. Maka berhati-hatilah kita. Pada zahirnya golongan munafik adalah orang beriman tetapi hatinya kafir serta benci kepada Islam. Maka orang yang benar-benar beriman hendaklah menjauhi sifat munafiq dan dengki sesama mukmin.
Sekian terima kasih.
Banting 23 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment