Sunday, December 19, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MAHU BICARA TENTANG HAL EHWAL ISLAM

BERHATI-HATI KETIKA MAHU BICARA TENTANG HAL EHWAL ISLAM

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam dharurat. Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Masyitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat , juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan. Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya , perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya .

Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan dhorurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.

Seperkara lagi , saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana dhorurat ini ditimbulkan ? negeri atau negara mana yang mengalami dhorurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur ? dhorurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja ?

Apakah Negara kita telah kehabisan makanan ? apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya ? apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan ? atau hukum itu diberi pada reality yang tidak wujud ?

Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi . Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau ? sementara ia boleh mengelakkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat yang jahil hari ini khasnya dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan mungkar. Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi .

Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati – hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak di alam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

Nasrudin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

3 comments:

  1. nak shared ke facebook guane nye ustaz eh??

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pandangan ustaz tu. Memandangkan sejak kebelakangan ini budaya cakap ikut sedap ni dah mula jadi budaya tokoh-tokoh terkenal di Malaysia. Adakala seorang pemimpin yang diangkat, cuba bercakap soal agama padahal bukan bidang mereka pun.

    Cuma ada kemungkinan Dr Fadhilah Khamsah tidak mempunyai maksud yang begitu memudahkanberlakunya persoalan dharurat. Dia cuma nak menjelaskan tentang isu yang berlegar ditengah masyarakay kita di Malaysia. Dia tidak mewakili prinsip agama keselurhannya.PAS juga perlu berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang rakyat jadi keliru, apakah pendapat itu mewakili islam atau hanya mewakili parti PAS dalam usahanya menambah undi dikalangan umat islam. Begitu juga membenarkan khatib mendoakan seorang pemimpin yg harbi dalam khutbah jumaatnya.....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt..

    af ust,ana baca satu stmnt dr dr fadzilah bahawa beliau menafikan mengatakan jadi gro itu dbenarkan cuma beliau meminta masyarakat supaya jangan cepat menghukum bahkan menggunakan pendekatan yang lebih baik..

    ReplyDelete