Saturday, December 25, 2010

@ TIGA FORMULA HINDARI GANGGUAN MENTAL.....JANGAN BERSEDIH

Saya (Dr 'Aidh) selalu mengkaji dan meneliti berbagai buku mengenai 'cemas' dan gangguan mental. Saya merujuk hasil tulisan ulama terdahulu dari kalangan ulama hadis, sasterawan, para pendidik, pakar sejarah dan juga lain-lain.

Semua mereka bersepakat bahawa ada tiga perkara pokok yang mesti ditempohi bagi orang yang ingin sembuh dan terhindar dari gangguan mental sekaligus hati menjadi lapang.

1) Sentiasa menggantungkan hati kpd Allah, menyembah, taat dan berserah diri kepada-Nya. Ini merupakan masalah keimanan yg amat penting.

2) Menutup fail-fail masa lalu dengan semua kepedihan dan air matanya, kesedihan dan bencananya, dan kesusahan dan keresahannya. Lalu memulai satu hidup baru dengan hari yang baru pula.

3) Membiarkan masa depan yang masih ghaib tidak menganggu dan melarutkan diri di dalamnya. Juga jauhkan diri dari segala bentuk ramalan yang tidak berasas. Tetapi berusahalah untuk hidup dalam lingkup hari ini sahaja.

Jangan percaya kepada segala bentuk desas-desus dan khabar angin, sebab Allah sudah berfirman merujuk kepada sikap musuh-musuh-Nya;

"Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan yang kuat ditujukan kepada mereka" (al-Munafiqun: 4).

Adaptasi dari buku 'Jangan bersedih' oleh Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.

Sekian Wassalam.

@Nota yang dikirimkan oleh netters.

No comments:

Post a Comment