mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan.
Demikianlah kesan melanggar perintah pemimpin. Ia boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh.
Allah telah memberi amaran azab kepada orang-orang mukmin sekiranya mereka melanggar
perintah Rasul mereka. Dia berfirman:
Beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab
seksa yang tidak ferperi sakitnya. (An-Nur: 63)
Tamak kepada harta rampasan perang dan Iain-lain habuan kebendaan akan membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan. Ini berlaku dalam pertempuran Uhud, iaitu apabila para pemanah meninggalkan pos-pos mereka lantaran tamak untuk merebut
harta rampasan perang. Situasi begini juga terjadi dalam pertempuran Hunain apabila orang
Islam telah menang pada permulaannya. Sebahagian mereka merasa tamak kepada harta
rampasan perang, lalu berhenti daripada mengejar musuh yang berundur. Akibatnya musuh
kembali menyerang orang Islam dan mereka tewas. Jika bukan kerana sokongan Allah dan
keteguhan Rasul s.a.w. bersama tentera mukmin yang jujur di sekelilingnya untuk tetap
bertahan, nescaya kekalahan tersebut tidak akan bertukar kepada kemenangan besar
sebagaimana yang berlaku.
Demikian juga sikap tamak para pendakwah terhadap habuan dunia dan tindakan mereka menghimpun harta, rumah dan tanah. Sikap ini akan menjejaskan dakwah dan memberi kesan negatif kepada jiwa manusia. Ia menyebabkan orang ramai meragui kejujuran pendakwah terhadap apa yang diserunya. Ia juga akan mendorong manusia menuduhnya melakukan dakwah bukan kerana keredhaan Allah 'Azza wa Jalla. Bahkan demi mengumpul puing-puing habuan dunia dengan memper-gunakan nama agama dan pengislahan. Anggapan sedemikian merupakan halangan orang ramai untuk menerima agama Allah. Anggapan ini juga memburukkan imej sesiapa sahaja yang menyeru kepada pengislahan sekalipun dia jujur dan ikhlas.
Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu ‘Ammarah bersama suami dan anak-anaknya untuk terus tetap berdiri mengelilingi Rasulullah s.a.w. ketika pertahanan tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam perjuangan dakwah Islam. Ia juga menjadi bukti terhadap keperluan kita pada hari ini kepada wanita Islam yang memikul bebanan dakwah kepada Allah. Wanita Islam berperanan untuk berdakwah kepada Allah di tengah kelompok pemudi, isteri dan ibu. Mereka juga berperanan mengasuh anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, berpegang dengan Islam dan ajarannya, juga bekerja untuk kebaikan dan kemurnian masyarakat.
Selagi mana medan dakwah tidak disertai oleh pendakwah di kalangan pemudi Islam
atau bilangan mereka tidak men-cukupi, selagi itulah dakwah akan terus melangkah pendek
dan gerakan islah akan terus tempang. Situasi ini akan berterusan sehinggalah separuh umat
ini (golongan wanita) mendengar dakwah kebaikan. Seterusnya, sanubari dan hati-hati
mereka tersedar untuk mencintai kebajikan, tampil maju untuk agama dan segera berpegang
dengan ikatannya yang kukuh.
Kecederaan Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Uhud merupakan peransang kepada para pendakwah agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa mereka dijalan Allah. Sama ada berbentuk kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan dengan dipenjara mahupun ditangkap ataupun dihukum mati mahupun dibunuh.
No comments:
Post a Comment