Monday, March 22, 2010

UKHUWWAH ISLAMIYYAH - PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

PERGERTIAN UKHUWWAH FILLAH@UKHUWWAH ISLAMIYYAH


Ukhuwwah FiLlah(persaudaraan kerana ALlah) atau Ukhuwwah Islamiyyah(persaudaraan Islam) adalah anugerah qudus daripada ALLah, sebagai suluhan Rabbaniyyah dan nikmat Ilahiyyah. ALlah mencampakannya ke dalam hati-hati hamba-hambaNYA yang ikhlas, para wali, orang-orang yang suci dan orang-orang yang bertaqwa.


Firman ALlah dalam surah al-Anfal, ayat 63

لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِى الاٌّرْضِ جَمِيعاً مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ

……. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Ukhuwwah FiLlah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa. Tanpa iman tiadalah ukhuwwah, tanpa ukhuwwah tiadalah iman. Firman ALlah dalam surah al-Hujurat ayat 10,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


KELEBIHAN-KELEBIHAN UKHUWWAH FILLAH

1. Wajah mereka seperti nur.

2. Mereka diampunkan dosa.

3. Mereka berada di bawah naugan Arasy ALlah pada hari qiamat.

4. Mereka dilingkungi kasih ALlah.

5. Mereka mendapat tempat dalam syurga dan keredhaan ALlah.

6. Mereka dapat merasai kemanisan iman.


SYARAT-SYARAT UKHUWWAH FILLAH

1. Ikhlas kerana ALlah

2. Disertakan dengan iman dan taqwa

3. Mestilah bertanggungjawab terhadap manhaj Islam.

4. Mestilah tegak atas nasihat kerana ALlah.

5. Saling bertolongan di masa lapang dan sempit


CARA-CARA UNTUK MENDALAMI RUH UKHUWWAH FILLAH

1. Apabila seseorang mencintai saudaranya hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.

2. Bila hendak berpisah maka mintalah supaya didoakan di masa berjauhan.

3. Hendaklah banyak menziarahi dari masa ke semasa.

4. Hendaklah segera berjabat tangan apabila bertemu.

5. Hendaklah mengucap tahniah di masa yang munasabah.

6. Memberi hadiah di masa yang sesuai.

7. Memberi keutamaan dalam menunaikan hajatnya.

8. Hendaklah memberi hak ukhuwwah yang lengkap seperti hak seorang muslim seperti bersin dan lain-lain.


HAK-HAK UKHUWWAH FILLAH

Hak-hak ukhuwwah mengikut pandangan Islam terbahagi dua bahagian:


Pertama : Hak-Hak ‘Am

Kedua : Hak-Hak Khas



Hak-Hak ‘Am

1. Melebarkan salam

2. Menjawab salam.

3. Melawat pesakit.

4. Mengiringi jenazah.

5. Menerima jemputan.

6. Menyebut “YarhamukaLlah: kepada yang bersin.

7. Menolong orang teraniaya

8. Melapangkan orang yang dalam kesusahan

9. Memejam mata dari keaiban orang.

10. Menjauhi daripada menganggu seperti dengki, hina, caci dll.



Hak-Hak Khas

1. Semua perkara dalam hak-hak am.

2. Dibolehkan makan di rumah sahabat fiLlah tanpa pengetahuan dan izinnya.

3. Pemulauan lebih daripada tiga hari atas sebab-sebab peribadi.

4. Sikap dan perilaku harus mempunyai sifat Ukhuwwah dalam setiap perkara dan keadaan spt lahirnya sifat iithar.

5. Melindungi kesilapan, merahsiakan keaiban dan tidak mengumpat al-akh atau saudara seislam.


Sekian. terima kasih.

Sumber : Nota-nota sedia ada dalam laptop uye.

1 comments: