Saudara-saudari yang dihormati,
Hari-hari menjadi minggu, minggu-minggu menjadi bulan, bulan-bulan menjadi tahun. Nah ! Kini telah memasuki tahun baru Hijri 1430H dan tahun baru Masehi 2009M.
Saban akhir tahun dan awal tahun kita membaca doa tetapi sayangnya doanya sahaja baik tetapi perubahannnya tidak berlaku.......maksiat terus terjadi, zina menjadi-jadi, arak di sana sini, begitulah judi, hukum dan undang-undang ALlah diketepi. Mereka yang ada sedikit kesedaran Islam; takut2 untuk mennyatakan Islam, leka dengan kemewahan dan keseronokan , akhirnya Islam dipandang sepi. Apakah sebabnya? Di mana silapnya? Apa puncanya?
Mari kita lihat pesanan Nabi saw,
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“ Hanyasanya segala amal dengan niat, dan hanyasanya bagi tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan, Maka sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNya, dan sesiapa yang berhijrah bagi dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Matlamat hidup kita ialah mentaati dan mengabdikan diri kepada ALlah. ALlahlah menjadi segala-galanya dalam kehidupan kita. Yang menjadi penghalang untuk kita mentaati, mengikuti dan mengerjakan perintah ALlah ialah cintakan dunia.
Banyak sekali ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah, yang menyatakan tentang perbandingan antara keutamaan dan kenikmatan kehidupan akhirat dan kehidupan dunia, yang mana akan didapati betapa jauhnya kemuliaan di antara keduanya, bahkan tidak sedikit akan adanya celaan terhadap kehidupan dunia.
Akan tetapi celaan tersebut tidaklah ditujukan kepada siang dan malam, bumi tempat dunia ini berada, lautan, sungai, hutan dan yang lainnya karena semua itu adalah nikmat Allah bagi hamba-hambaNya, tetapi celaan itu ditujukan kepada perangai dan tingkah laku anak Adam dan penghuni dunia terhadap dunia.
Pengertian Dunia
Dunia ialah segala makhluk yang ada atau yang wujud sebelum akhirat.
Perkataan DUNIA berasal dari perkataan (دُنُوُّ) ertinya dekat, atau dari perkataan (دَناءَةٌ) ertinya kehinaan.
Ini beerti bahawa setiap orang yang beramal/berbuat kerana dunia adalah beramal untuk mendapatkan suatu faedah yang dekat dan yang hina dalam dunia ini.
Bahaya Cintakan Dunia
Cinta dunia akan melengahkan seseorang dari cinta kepada Allah Ta'ala dan berdzikir kepadaNya, barang siapa dilengahkan oleh harta bendanya dia termasuk dalam kelompok orang-orang yang rugi. Dan hati, jika telah lalai dari zikruLlah, pasti akan dikuasai syaitan dan dipujuk ikut kehendaknya. Syaitan akan menipunya sehingga dia merasa telah mengerjakan banyak kebaikan padahal dia baru melakukan sedikit saja atau bahkan tidak melakukannya sama sekali.
Dunia yang dikejarkan itu ialah harta kekayaan, pangkat kebesaran, kemewahan, sanjungan, perempuan dan lainnya. Kerana cintakan dunia itu manusia tidak lagi mengirakan halal haram, ALlah redha atau tidak.....janji dapat memenuhi hawa nafsu. Harta kekayaan, pangkat dan lainnya tidak salah, yang salahnya apabila dunia itu dijadikan matlamat dan melanggar batas-batas ketetntuan syariat Islam.
Lihat bandingan di antara orang yang beriman dan tidak beriman tentang menanggapi dan memahami kehidupan dunia; seperti yang dituliskan oleh al-Ustaz Fathi Yakan: "Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat".
ANTARA BAHAYA MENCINTAI DUNIA
1-orang yang cinta dunia akan lebih cenderung menjadikan dunia sebagai tujuan akhir dari segala-galanya, sehingga dia terjatuh dalam kesalahan, iaitu menjadikan sarana/alat sebagai tujuan dan berusaha untuk mendapatkan dunia dengan amalan akhirat.
2-mencintai dunia akan menghalangi seorang hamba dari aktiviti yang bermanfaat untuk kehidupan akhirat, dia akan sibuk dengan apa yang dicintainya. Ada yang disibukkan mencintai dunia dari iman dan syari'at, dari kewajiban-kewajiban yang seharusnya dia laksanakan.
3-berlebihan mencintai dunia akan menjadikan harapan utama pelakunya ketika hidup adalah dunia itu sendiri.
4-orang yang berlebihan mencintai dunia adalah manusia yang mendapat azab-siksa yang paling berat. Mereka disiksa di tiga negeri; di dunia, di alam barzakh dan di akhirat. Di dunia mereka di azab dengan kerja keras untuk mendapatkannya dan persaingan dengan orang lain.
5-orang yang rindu dan cinta dunia sehingga lebih mengutamakannya daripada akhirat adalah makhluk yang paling tidak mengerti, bodoh, dungu dan tidak berakal. Kerana mereka lebih mendahulukan khayalan daripada sesuatu yang hakiki, impian daripada kenyataan, kenikmatan sesaat daripada kenikmatan abadi dan negeri yang fana dari pada negeri yang kekal selamanya. Mereka menukar kehidupan yang kekal itu dengan kenikmatan yang semu. Manusia yang berakal cerdas (bertaqwa-al-Kayyisu) tentunya tidak akan tertipu dengan hal semacam ini..
6- Dan lain-lain yang membawa pencinta dunia mendurhakai ALlah.
Kesimpulan dan Pengajaran
Maka saudaraku, marilah kita berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan, untuk meraih redha Allah Ta'ala, syurgaNya dan apa-apa yang telah dijanjikanNya serta kelebihan-kelebihan di alam akhirat yang kekal abadi.
"Dan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal".(QS. al-A'laa: 17).
Jangan sampai kita tertipu oleh tipu daya syaitan yang senantiasa menggoda anak-cucu Adam agar tergelincir, sehingga terjerumus kepada kesesatan, penyimpangan, memperturutkan segala keinginan hawa nafsu sehingga lupa hak-hak Allah Ta'ala yang harus ditunaikannya.
"Dan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal".(QS. al-A'laa: 17).
Jangan sampai kita tertipu oleh tipu daya syaitan yang senantiasa menggoda anak-cucu Adam agar tergelincir, sehingga terjerumus kepada kesesatan, penyimpangan, memperturutkan segala keinginan hawa nafsu sehingga lupa hak-hak Allah Ta'ala yang harus ditunaikannya.
No comments:
Post a Comment