Monday, December 29, 2008

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRI-MASEHI

Salam.

Bolehkah berdoa? Ada ke Nabi saw dan para sahabat melakukannya?

Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Ustaz Khairul Azmi dalam blognya(http://al-muqry.blogspot.com/), katanya
"Agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana saya tidaklah merupakan seorang pengkaji sunnah tetapi hanya meneliti beberapa kitab sahaja. Di dalam kajian saya, saya tidak menjumpai adanya doa khusus atau amalan khusus yang diamalkan oleh baginda di akhir dan awal tahun, tetapi saya berpendapat amalan berdoa tersebut bukanlah satu kesalahan kerana kita memang dituntut untuk berdoa sepanjang masa, ia termasuk di dalam perintah yang umum. Yang salah ialah jika kita menyandarkan sesuatu amalan itu kepada Rasulullah SAW sedangkan tidak ada nas yang mensabitkannya. Baginda melarang keras perbuatan tersebut sehingga beliau menyebut dalam satu sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang segaja mendustaiku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka” (Na’uuzubillah)
Pada asasnya, berdoa itu adalah baik, agama menganjurkan kita sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah. Saya pun tidak tahu siapakah yang menyusun doa akhir dan awal tahun ni......tetapi maknanya sangat cantik.

DOA AKHIR TAHUN

الحمد لله والصلاة والسلام على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. اللَهُمَّ ما عَمِلنَا فى هذه السَّنةِ مِمَّا نَهَيتَنَا عَنهُ فلَم نَتُبْ مِنهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنسَهُ وَحَلُمْتَ عَلينا بَعْدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِنَا إلى التَوبَةِ مِنه بعد جُرْأَتِنَا على مَعْصِيَتِكَ
فَإنَّنَا نَستَغفِرُكَ فَاغْفِرلَنَا، وما عَمِلْنَا فيها مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَناَ عليه الثَّوَابَ فَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ يا كَرِيْمُ يا ذا الْجلال وَالإكرام أَن تَتَقَبَّلَه مِنَّا ولاتَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنكَ ياَ كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ واَلْحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ

Ya ALLAH, apa-apa perkara yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa-apa perkara yang telah ENGKAU larang maka kami belum bertaubat darinya; dan ENGKAU tidak meredhainya dan melupakannya dan ENGKAU berlembut tidak mengazab kami walaupun ENGKAU berkuasa untuk menyiksa kami, malah ENGKAU memberi peluang kami bertaubat setelah melakukan maksiat itu, MAKA kami memohon keampunan, oleh itu ampunilah kami.
Dan apa-apa perkara yang kami lakukan pada tahun ini yang ENGKAU redhai dan ENGKAU telah menjanjikan ganjaran pahala, MAKA kami memohon kepada ENGKAU wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan SEMOGA ENGKAU menerima amalan-amalan kami dan janganlah ENGKAU menghampakan harapan kami kepada MU.

DOA AWAL TAHUN

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله والصلاة والسلام على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهُمّ أنتَ الأَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأَوَّلُ، وَعلى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَجُودِكَ الْمُعَوَّلُ، وهذا عامٌ جَديدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَينَا، نَسأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرّجِيمِ وَأَوْلِيِاءِهِ وَجُنُودِ
هِ
وَالْعَونَ علَى هذِه النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقًرِّبُنَا إلَيْكَ زُلْفَى ياذا الْجَلالِ وَالإكرام يا أرْحمَ الراحِمِين. رَبَّنَا ءَاتِنَا فى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ واَلْحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala puji bagi ALlah Tuhan yang memiliki seluruh alam, selawat dan salam kepada Muhammad , para keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya ALLAH ENGKAUlah Tuhan Yang Kekal selama-lamanya, Sedia Ada Tidak Permulaan. Kelebihan MU Maha Besar dan Kemurahan MU sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada MU agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini daripada………..
(1)tipudaya syaitan-syaitan yang terlaknat dan kuncu-kuncunya serta bala tenteranya.
Dan kami mohon daripada MU akan pertolongan (2)mengalahkan runtunan Nafsu Ammarah dan kami mohon juga kepada MU Ya ALLAH agar (3)kami sibuk dengan kerja-kerja (amal kebajikan dan kebaikan) mendekatkan diri kami kepada MU. Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya ALLAH Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Doa dah cantik tetapi praktik tak betul. Maka perbetulkanlah amalan dan tingkah laku mengikut perintah ALlah dan RasulNYA. tk.

1 comments:

  1. Terima kasih ustaz, rupa-rupanya banyak lagi amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam di negara ini yang tidak berpandukan pada amalan Rasulullah SAW dengan mendakwa amalan doa akhir dan awal tahun dilakukan oleh Nabi SAW

    ReplyDelete