Saturday, November 1, 2008

WASIAT AYAH SEBELUM BERANGKAT TUNAI HAJI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga ALlah memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

Malam tadi (31 okt) sekitar jam 9.25 malam kami sekeluarga (1 ayah + 1 isteri + 5 anak lelaki + 6 anak perempuan + 2 menantu lelaki + 2 cucu perempuan = 17 orang......alhamduliLlah) mengadakan pertemuan keluarga. Pertemuan dan jamuan sebelum berangkat ke tanah suci Makkah. Ayah ialah Ustaz Yusof bin Embong(uye), emak ialah Pn Faridah bt Kamaruddin.

Dalam pertemuan itu, ayah selaku ketua keluarga telah memberikan beberapa pesanan dan wasiat. Memang itulah yang dianjurkan oleh Islam untuk sesiapa yang hendak bermusafir jauh.

Antara wasiat dan pesanan ayah ialah:
KETAQWAAN DIRI
1. Bertaqwa kepada ALlah dengan melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi laranganNYA. Hidup mati adalah sebahagian daripada kehidupan, keduanya juga adalah ujian daripada ALlah.
2. Hidup dengan meletakkan keikhlasan yang tinggi kerana ALlah.
3. Sentiasa ingat kepada Allah dengan solat dan baca al-Quran.
4. Sentiasa mengutamakan orang lain dan tolong menolong serta nasihat menasihati.

KEPIMPINAN KELUARGA
1. Kepimpinan secara bersama diketuai oleh Habibullah dan Mukminah.
2. Apa-apa tindakan maka bincang dan bermesyuaratlah dengan terlus dan ambil keputusan bersama..
3. Semua ahli keluarga hendaklah meletakkan ketaatan dan memberi kerjasama yang terbaik selama mana tidak maksiat kepada ALlah.
4. Antaranya: minta izin untuk keluar rumah walaupun untuk bermain, balik awal b4 jam 6.30ptg dan lain-lain.

PENGURUSAN RUMAH
1.Jagalah kebersihan – bilik air dan tandas.
- bilik tidur.
- kawasan luar rumah
- kebersihan diri dll.
2. Buang sampah, tutup cermin, sidai n angkat kain dll kalau perlu buat jadual bertugas.
3. Mesti ada sifat tolong menolong.

KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
1. Harta adalah milik mutlak Allah, kita hanya pemegang amanah.....ALLAH kurniakan ayah harta yang banyak dan berharga. Yang paling berharga ialah anak-anak.
*salah seorang tiga orang yang dijamin rezekinya oleh ALlah ialah pejuang di jalan ALlah. Jadi anda semua hendaklah menjadi pejuang-pejuang yang menegakkan Islam. Jangan bimbang, rezeki dijamin oleh ALlah. Kata ayah, "Itu ada dalam hadith Nabi saw".

2. Makan macam biasa......sekali-kala beli nasi lemak n makan burger. Lauk pauk beli kat kawan ayah Mujib dan Sham.
3. Ayah tinggalkan dalam akaun maybank rm****.00. untuk jangkamasa 45 hari.
4. Harta dan eset ayah.......
a-Duit dalam Tabung Haji ada rm*****k dan mak punya rm*****k.
b-Sebuah rumah.
c- Dua buah kereta; kancil dan iswara.

Tindakan Bersama: Semua itu dijadikan TABUNG KELUARGA UYE.......tidak untuk difaraid. Untuk masa depan adik-adik dan cucu yang sedang membesar. Kami semua dikehendaki bersetuju dan berjanji. Kami bersetuju sebulat suara.
Diakhir pertemuan, ditayangkan video klip ucapan anak-anak mendoakan agar mak ayah dapat haji yang mabrur.

Semoga suasana ceria ini terus berpanjangan dalam Keluarga Uye. Aamien ya rabb.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment