السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudara saudari, muslimin dan muslimat yang dihormati,
Saya bersyukur kepada ALlah kerana mengurniakan kekuatan dan kemampuan untuk meng'ON'kan blog ini(08.08.08). Moga-moga menjadi sebahagian daripada amal ibadat yang diterima oleh ALlah.
Buat sementara, blog ini ditangguhkan pengoperasiannya kerana saya akan ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah.
Saya akan berangkat besok (3.11.2008 - isnin)lebih kurang pukul 11 pagi dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur. insyaALlah Subuh hari Isnin(jam Saudi)saya dan isteri tiba di bandar Nabi saw, Madinah al-Munawwarah.
Saya akan berangkat besok (3.11.2008 - isnin)lebih kurang pukul 11 pagi dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur. insyaALlah Subuh hari Isnin(jam Saudi)saya dan isteri tiba di bandar Nabi saw, Madinah al-Munawwarah.
Sekiranya ada kemudahan internet di Tanah Suci; dan kemampuan serta kesempatan, saya akan meng'ON'kan blog seperti biasa insyaALlah.
Saya dan isteri mengambil kesempatan memohon maaf di atas segala salah silap saya dan isteri di sepanjang persahabatan dan pergaulan kita khususnya sahabat-sahabat di Pahang.
Doakan saya dan isteri selamat dalam perjalanan pergi balik, dipermudahkan urusan, diberi kekuatan untuk beribadat dan beramal serta dikurniakan Haji Yang Mabrur. Begitu juga anak-cucu yang ditinggalkan di rumah di Kuantan Pahang.
Sekian, wassalamu'alaikum warahmatuLlah.
Ustaz Yusof Embong(uye)
Kuantan, Pahang.
Kuantan, Pahang.
8.18pagi - 2.11.2008.
Didoakan Al-Fadhil Ustaz & Isteri beroleh haji yang mabrur....seeru 'ala barokatillah.
ReplyDeleteshamsul & famili