Thursday, September 11, 2008

ZAKAT??? HARTA SEBAGAI PENYELAMAT

Assalamu'alaikum.

ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA

Bila sebut Ramadhan teringat puasa. Bila sebut puasa teringat Zakat Fitrah. Tapi jangan ingat Zakat Fitrah sahaja yang wajib, Zakat Harta juga wajib apabila cukup syarat-syaratnya.

Tentang Zakat Fitrah dan Zakat Harta boleh dirujuk dalam banyak kitab dan laman web. Apa yang saya nak bincang di sini ialah bagaimana harta boleh menyelamatkan kita dari azab dan neraka ALlah.

Macamana nak mengeluarkan zakat kalau kita tak ada harta. Jadi antara syarat zakat ialah "ada harta".

KONSEP HARTA DALAM ISLAM

a- Harta adalah milik mutlak Allah.
- Semua yang ada di antara langit dan bumi milik mutlak ALlah.
- Manusia hendaklah mengunakan harta mengikut kehendak dan peraturan yang ditentukan oleh ALlah.
- Bila dan di mana harta itu boleh ditarik dan dimusnahkan oleh ALlah.

b- Harta adalah amanah Allah kepada manusia.

- Manusia mengurus harta sebaik mungkin.

- Manusia boleh berusaha mencari dan memiliki harta sebanyak mungkin.

- Manusia hendaklah menggunakan harta tanpa membazir, boros serta kedekut.

c- Harta merupakan ujian Allah.
d- Harta mesti dicari dan dibelanjakan secara halal.
e- Harta mestilah diurus secara jujur dan adil .
f- Harta yang cukup syarat hendaklah dikeluarkan zakat.

- bersambung pada besuk hari insyaALlah...................

Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 10, 2008

TAQWA - PELIHARALAH DIRI ANDA

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan ALlah daripada syaitan yang direjam.

Semoga kita semua selamat daripada angkara dan tipu daya syaitan. Syaitan yang berusaha siang dan malam untuk menjadikan manusia mendurhakai ALlah.
Berpuasa antara lain untuk memelihara diri daripada mengikut pujukan syaitan dan bujukan hawa nafsu.

Puasa sebagaimana firman ALlah dalam surah al-Baqarah bertujuan melahirkan insan yang bertaqwa.

ياأيهاالذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
(Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat yang sebelum mu supaya kamu bertaqwa. )

Taqwa bermaksud melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALlah serta meninggalkan laranganNYA.
Taqwa juga membawa maksud "wiqayah" iaitu memelihara. Iaitu memelihara diri daripada tiga perkara.

1- Memelihara diri daripada Kekal dalam neraka kerana dosa syirik kepada ALlah. Contohnya seseorang itu percaya serta beriman dengan hukum puasa(al-Baqarah 183) tetapi tidak percaya serta beriman dengan hukum Qisas dan Hudud (al-Baqarah 178).

2- Memelihara diri daripada masuk neraka. Masuk neraka kerana dosa selain syirik seperti berzina, minum arak dan makan riba. Dia mengakui serta percaya kepada semua hukum-hukum tersebut tetapi dia kalah dengan hawa nafsu jahatnya.
Setelah cukup tempoh pengazabannya dia akan dikeluarkan dari neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga akhirnya.


3- Memelihara diri/hati daripada Mengingati selain daripada Allah khususnya hati daripada ingat yang lain melainkan ALlah.

Oleh demikian jagalah diri kita masing-masing.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 9, 2008

SENJATA CANGGIH LAWAN SIHIR DAN SYAITAN

Salam.

Minggu lepas saya menziarahi seorang kawan. Beliau terkena sihir yang agak luar biasa. Sekarang sudah beransur pulih. Semua itu berkat pertolongan ALlah kerana beliau suka menyumbangkan masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk perjuangan Islam.

Berikut saya paparkan beberapa ayat al-Quran dan doa-doa RasuluLlah saw sebagai "PENDINDING" dari gangguan syaitan, sihir dan ilmu hitam. BACA DOA-DOA BERIKUT DAN BERSERAH BULAT-BULAT PADA ALLAH.

1.
أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.

2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

3. Baca ayat al-Kursi (al-Baqarah -255)

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِه ِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar "
4.

بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ
شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ
وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
5.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan apa yang telah DIA cipta.
6. Bacalah tiga Qul iaitu: i- Surah al-Ikhlas.
ii- Surah al-Falaq dan
iii- Surah an-Nas.
Jadikan ianya wirid harian anda. InsyaALlah menjadi.
Baca Selanjutnya...

MUHASABAH@CHECKING PUASA

Assalamu'alaikum.

Hari ini, hari Selasa 9hb September bersamaan 9 Ramadhan 1429H.
Ertinya sudah hampir satu pertiga kita berpuasa.

Amacam puasa? Bagus ke tak?
Masih terus bersahur?
Masih terus baca al-Quran?
Masih terus bertahajjud?
Masih terus bertarawih?

ATAU

Sudah mulai longgar dan makin sikit amal kita?

Sentiasalah kita bermuhasabah dan check diri kita masing-masing supaya terus berlaku peningkatan amal kita.
Sekali-sekala buat penjajaran(alingment) dan peimbangan(balancing) barulah pacuan kereta Ramadhan berjalan lancar :)

JANGAN JEMU berdoa agar ALlah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat dan melakukan amal-amal kebaikan termasuk kerja-kerja siasah, dakwah dan tarbiyah.

Berdoalah............supaya jangan malas, lemah, kedekut dan pengecut.

اللهم إنى أعوذبك من العَجز والكَسل وأعوذبك من الجُبن والبُخل وأعوذبك من غلبة الدَّين وقَهر الرجال

“YA ALLAH AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA LEMAH DAN MALAS, PENAKUT DAN KEDEKUT, DIBELENGGU HUTANG DAN LELAKI YANG MENINDAS”
"Ya ALlah! Tolonglah aku untuk berzikir(mengingatiMU), bersyukur kepadaMU dan sebaik-baik ibadat kepadaMU" .....matan Arab saya tengah search dalam laptop saya tapi tak jumpa lagi.
next topik maybe pasal nak mengelak daripada terkena 'buatan orang' dan sihir.
Sekian terima kasih.
Baca Selanjutnya...