Thursday, February 21, 2013

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek


Harakahdaily,21 Feb 2013
(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Baca Selanjutnya...

Ramai calon Pas digugurkan?????

NOOR AZURA SHAHRIL
20 Februari 2013
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej  parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, February 19, 2013

Pertahan Islam Asas Keberadaan PAS dalam Pakatan

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden dalam ucapan beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu.
Datok Seri Tuan Guru Presiden PAS dipetik berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat"
Dewan Ulamak PAS Pusat percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama.
Rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini.
Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS.
Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam pakatan.
PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Dato' Nik MUhammad Zawawi Salleh
Baca Selanjutnya...

Monday, February 18, 2013

Pas tidak akan gadai prinsip Islam dan orang Melayu

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Februari 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip Islam dan orang Melayu dalam kerjasama yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bersedia menarik diri dari PR sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP gagal memperjuangkan Islam dan Melayu, seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

“Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR. Selain itu, kita juga bersetuju u
Baca Selanjutnya...