Saturday, October 6, 2012

MP BN - Jamaluddin Jarjis terima elaun MP tertinggi




Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR:  Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan.
Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar.
Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad.
Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam
bidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama.
Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China.
Selain itu, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut dinamakan dengan menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan elaun RM24,022.
Turut tersenarai Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang memegang jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan pendapatan elaun RM25,106 sebulan.
Sementara itu, bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut tersenarai menerima elaun RM20,000 sebulan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dengan pendapatan RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/03/jamaluddin-jarjis-terima-elaun-mp-tertinggi/
Baca Selanjutnya...

Friday, October 5, 2012

Ikhlas: 50% peniaga asing miliki MyKad, Pasport palsu



ahli persatuan Ikhlas
Ridzuan (tengah) bersama ahli persatuan Ikhlas yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Travers, Bangsar, di ibu negara semalam.
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari ini.
Ridzuan berkata, beliau bersama ahli-ahli Ikhlas yang lain mengumpul maklumat berhubung perkara tersebut dalam tempoh setahun ini.
Katanya, kaedah penyamaran digunakan bagi memperoleh maklumat terus daripada warga asing terlibat.
“Saya sendiri turun padang, menyamar dan bergaul dengan peniaga warga asing ini untuk memperoleh maklumat. Kami ada bukti-bukti berhubung perkara ini untuk diserahkan bersama memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya, perkara tersebut menjadi ancaman besar kepada negara berikutan lambakan warga asing tidak terkawal.
“Sekarang ini, Melayu merupakan yang paling ramai di Malaysia, diikuti dengan Cina, dan warga asing. Kaum India lebih sedikit berbanding warga asing. Jika keadaan ini berterusan, warga asing mampu mengatasi jumlah Melayu.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tegas kerana isu ini melibatkan menjual keselamatan negara. Ikhlas mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat habis-habisan berhubung perkara ini,” katanya.
Ikhlas membuat laporan polis dengan menyenaraikan beberapa isu menjual keselamatan negara disebabkan wujudnya keadaan di mana warga asing yang dengan mudah memiliki MyKad biru, juga berkaitan dengan tender MyKad yang diberi kepada syarikat swasta, termasuk rasuah membabitkan kakitangan kerajaan.
Memetik laporan polis yang dibuat Ridzuan berkata, pihaknya mendapati wujudnya unsur sabotaj terhadap kepimpinan Perdana Menteri apabila sebilangan penjawat awam tidak menyokong kerajaan.
“Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Ikhlas memandang isu ini sebagai isu kepentingan awam dan tidak mahu mana-mana pihak cuba menggadaikan keselamatan negara demi duit.
“Malah, apa yang kami bimbangkan pembangunan sistem MyKad di negara luar boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya.
Dalam laporan itu juga menyebut Ikhlas akan membuat tangkapan awam sekiranya isu berkenaan tidak selesai dan berada pada tahap kritikal.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ikhlas-50-peniaga-asing-miliki-mykad-pasport-palsu-1.91163?localLinksEnabled=false
Baca Selanjutnya...

Thursday, October 4, 2012

Gadai nyawa, 50 tahun rakyat di Pahang mohon jambatan tak dapat


Buktinya, laporan akhbar Sinar Harian edisi Johor hari ini, muka surat 42 yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM, menyaksikan 50 tahun penduduk Kampung Seberang Jambatan Keretapi, Mentakab terpaksa menggadai nyawa.




Ini berikutan, para penduduk di kampung itu terpaksa menggunakan jambatan yang sama digunakan oleh keretapi untuk urusan harian mereka lantaran sejak setengah abad lalu tiada jalan alternatif lain yang dapat digunakan.

Penduduk pernah permohonan jambatan sebelum ini kepada Menteri Pengangkutan dan juga Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, Pahang, namun nampaknya surat permohonan itu barangkali sudah selamat ke tong sampah berikutan tiada sebarang tindakan susulan diambil.



Hal ini jelas sekali melibatkan nyawa rakyat namun tidak diendahkan. Jadi di manakah relevannya slogan "Rakyat didahulukan"? Jika hal yang boleh membahayakan nyawa rakyat pun tidak diambil peduli, apa lagi perkara lain?

ReJaM© "Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/gadai-nyawa-50-tahun-rakyat-di-pahang.html#ixzz28INKHXot

Baca Selanjutnya...

'Maafkan saya merompak' - Akui tiada pilihan



'Maafkan saya merompak' - Akui tiada pilihan
Wan Seman berbangga apabila tanamannya dapat dirasai anak dan cucunya.
PASIR MAS – “Maafkan saya kerana mencuri dan merompak,” kata seorang warga emas yang mencecah usia 106 tahun, semalam.

Disebabkan keadaan darurat ketika diserang tentera Jepun pada 1942, Wan Seman Wan Soh bersama 12 rakan sekampung, berjalan kaki sehingga ke Labok, Machang untuk mencuri dan merompak.

Wan Seman berkata, bukan kerana mereka terlalu malas mengusahakan kebun, tetapi semua tanaman sekitar kampung, dicuri sama ada oleh penduduk kampung sendiri atau dirampas tentera Jepun.

“Kami terpaksa merompak di rumah orang kaya dan mengambil apa sahaja barangan berharga dan makanan yang disimpan.

“Saya cuba meminta maaf, tetapi semua mangsa saya mungkin sudah meninggal dunia,” katanya semalam.

Wan Seman berkata, dia turut memohon maaf bagi pihak rakan-rakannya yang lain, memandangkan mereka juga telah meninggal dunia puluhan tahun lalu.


Penjara 19 bulan

Menurutnya, dia menyesal kerana terlibat dalam aktiviti jenayah ini kerana di usia yang lanjut ini, amalan akhiratlah yang menjadi keutamaan.

“Disebabkan perbuatan itu, kami ditangkap tentera Jepun dan ditempatkan di Penjara Kota Bharu selama 19 bulan. Meskipun saya dihukum, isteri tetap menunggu sehingga saya dibebaskan,” katanya.

Wan Seman menambah, ketika dipenjarakan, dia tidak pelik jika rakannya meninggal memandangkan mereka hanya diberi makan sekali sehari.

"Makanan yang diberi hanya cukup sesudu nasi setiap orang, maka tidak mustahil ramai yang mati ketika dalam penjara," katanya.


Buruh paksa jika ingkar

Menurutnya, keadaan ketika pemerintahan Jepun ketika itu terlalu seksa, kerana jika ada yang ingkar, penduduk akan dikerah ke Thailand atau Burma.

Wan Seman berkata, penduduk terpaksa mengikut perintah agar tidak dikerah ke luar negara.

“Sekiranya kami ke sana, kami mungkin tidak akan pulang lagi ke kampung, buat selama-lamanya.

“Penduduk yang dipaksa dulu, tidak pernah pulang sehingga ada yang meninggal dunia ketika bekerja,” katanya, semalam.


Jodohkan segera anak gadis

Disebabkan takut, penduduk kampung sanggup menyerahkan anak-anak perempuan mereka kepada pemuda untuk dijadikan isteri. Maka tidak hairanlah, anak-anak kecil ketika itu, berkahwin ketika usia baru mencecah 10 tahun.

“Biarpun sudah mempunyai isteri, orang kampung mempelawa anak muda untuk mengahwini anak dara mereka kerana tidak mahu mereka dilarikan oleh tentera Jepun.

“Sekiranya sudah berkahwin, gadis di sini tidak akan diganggu mahupun dilarikan untuk menjadi buruh paksa,” katanya, semalam.


Tali barut Jepun

Wan Seman berkata, penduduk tidak dapat bersembunyi dengan baik, kerana tali barut Jepun yang digelar ‘Gede’, sering menemui mereka.

Menurutnya, sekiranya penduduk ingkar dengan perintah Gede, mereka akan diseksa dan dipisahkan daripada keluarga.

“Tidak semua tentera Jepun jahat, kerana selagi kita patuh, semua urusan harian termasuk menunaikan solat, boleh dibuat dengan tenang. Namun, Gede yang angkuh dengan kuasa yang diberikan tentera Jepun, menindas penduduk kampung tanpa belas kasihan,” katanya, semalam.


Kesihatan masih baik

Penduduk di sini, kagum kerana usia Wan Seman yang dijangka lebih 100 tahun, namun tidak mempunyai sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi mahupun lemah jantung.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik, ia memudahkan saya mengumpul amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya.
Baca Selanjutnya...