Sunday, October 5, 2008

SUTRAH.....apa benda tu?

Seorang pengunjung blog bertanya tentang sutrah. Penerangannya seperti berikut:

Sabda Nabi saw,

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melintas di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut empat puluh hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari)

Sutrah boleh diterjemah dengan makna "penghadang" khususnya sewaktu kita menunaikan solat sunat. Ini supaya orang tidak melintas di hadapan orang sedang solat.

Sutrah itu boleh jadi tiang, dinding, orang yang sedang duduk atau objek seperti tongkat(orang boleh lihat). Kalau mereka hendak melintas, boleh melintas selepas sutrah.
Kalau ada yang melintas di antara orang yang sedang solat dengan sutrah maka itulah yang dilarang oleh RasuluLlah saw,

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika dia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh 'menghalangnya' kerana dia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari)

Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Friday, October 3, 2008

CUTI RAYA - TIGA HARI

Assalamu'alaikum teman-teman yang dihormati,

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan gembira di samping sanak saudara. Jangan lupa untuk menggembirakan anak-anak kecil di musim raya ini. Sayapun tidak terkecuali, so kenalah bagi 'angpau' walaupun rm 1. Budaya 'angpau' ini ada baik dan buruknya.

Saya semalam(khamis) berhari raya di Trengganu. Hari ini insyaALlah ke Selangor pulak. Hari raya sehari sahaja tetapi sengaja ambik peluang menziarahi sanak saudara. Itulah yang meletihkan badan.....letih jauh perjalanan. Letih makan jugak.

Oleh kerana itu blog ini ditangguhkan KEMASKINI untuk beberapa hari, maybe 3 hari......jumaat, sabtu dan ahad.

terima kasih......wassalam.
Baca Selanjutnya...

Thursday, October 2, 2008

PUASA ENAM SYAWWAL mesti berturut-turut???

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Anjuran Supaya Puasa 6 Hari Syawwal
Sabda Nabi saw;
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر"
Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

1)Soalan : Adakah kita dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan(Hari Raya ke 2)?
2)Soalan: Adakah puasa 6 syawwal mesti dilakukan berturut-turut 6 hari?
3)Soalan: Adakah boleh niatkan sekali puasa Qada’ Ramadhan dan puasa 6?

Para ulamak berbeza pendapat.
Professor Dr Yusuf al-Qardawy[saya yusof embong :)] berpendapat bahawa puasa 6 itu boleh ditunaikan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal. Begitujuga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa. (Sumber:Islamonline.net)

Mengikut Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dalam blognya
http://fiqh-am.blogspot.com/search?q=puasa+sunat >
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal. Bagaimana pula meniatkan puasa Qada’ sekali dengan puasa 6?

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus dia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya? Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat.
Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Saya sendiri lebih cenderung memilih menyelesaikan dulu puasa Qada’(hutang) kemudian barulah menunaikan puasa 6 (sedekah). Hutang wajib bayar sedangkan sedekah adalah sunat. Begitu juga eloklah diasingkan antara puasa Qada’ dan puasa sunat.

Moga Allah merahmati kita semua.


Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 1, 2008

KITA TERUSKAN 'IBADAT RAMADHAN'

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

Sahabat-sahabat! Kita teruskan 'ibadat Ramadhan' sebagaimana biasa. Perkara yang sama, tiada bezanya. Yang berbezanya hanya satu iaitu "tiada lagi solat Tarawih", yang lain semua ada.
Tidakkah kita pernah mendengar pesanan RasuluLlah saw bahawa amalan yang amat disukai di sisi ALlah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan.

Kita teruskan 'ibadat Ramadhan'......

1. Memakai pakaian TAQWA sebagai pakaian utama dalam kehidupan seharian kita. Taqwa dengan maksud melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang oleh ALlah.

2. Menunaikan solat fardu secara berjamaah.

3. Membaca dan metadabbur al-Quran walaupun bebarapa ayat setiap hari.

4. Menunaikan solat sunat Dhuha 2, 4, 6 atau 8 rakaat. (antara pukul 8pg-11.55pagi).

5. Bersedekah/infaq fi SabiliLlah dan membantu orang miskin.

6. Menunaikan solat sunat rawatib.

7. Menunaikan solat Malam/QiamuLlail dengan menunai solat Tahajjud, Taubat dan lain-lain. Tutup dengan solat witir sebanyak 3 rakaat atau lebih.

8. Mengamalkan puasa sunat.

9. Menyampaikan Tazkirah/ilmu dan dakwah Islamiah.

10. Berzikir dan berdoa.

terima kasih.
Baca Selanjutnya...