Monday, October 31, 2011

HUDUD antara TIGA DARJAT ulamak, raja dan politikus


Dengar kemudian fahami baik-baik kemudian tepuk dada tanya iman. Yakin ke tidak? Terima ke tidak? Beriman ke tidak?

Sampai bila nak tunggu. Cuba teliti titah Sultan Brunei siapa kita di hadapan ALLAH untuk berkata "tidak" atau "tunggu dulu".


Apa hukumnya? Berdosa atau tidak? Apabila HUKUM Jenayah Syarak(Qisas. Hudud dan Ta'zir) tidak dilaksanakan. Kalau tak ada niat macamana pulak?



Perhatian : Anda wajib menyebarkan video2 ini sebagai salah satu tugasan dakwah-siasah. tk
Baca Selanjutnya...

Sunday, October 30, 2011

Semuanya selamat apabila al-Quran disanjung


|

GEORGETOWN, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.

Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.

Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

"Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.

“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam," ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.

Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.

"Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya," kata beliau.

Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.

"Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja," tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6247-semuanya-selamat-apabila-al-quran-disanjung-
Baca Selanjutnya...

Saturday, October 29, 2011

PEMUDA ISLAM – شَبَابُ الإسلام

PEMUDA ISLAM – شَبَابُ الإسلام

Kenapa Kamu diJadikan ? ? ? لمَاذَا خَلَقْتُمْ

1- Melaksanakan matlamat ubudiyyah kepada Allah dan mematuhi segala titah perintahNya.

2- Beriltizam dengan ‘manhaj rabbani’ yang tidak akan didatangi oleh kepalsuan walau dari mana arah sekalipun…….. diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana.

3- Memberi wala’ dan ketaatan hanya kepada Allah, Rasul dan mukmin.

Peranan Kamu Yang Besar مَا مُهِمَّتُكُمْ؟

i- Menegakkan hukum Allah di bumi.

ii- Mengeluarkan manusia daripada menyembah manusia kepada menyembah Allah.

iii- Mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasannya.

iv- Mengeluarkan manusia daripada kejahatan agama-agama kepada keadilan Islam.

Sifat-Sifat Asas Dalam Melaksanakan Tugas Ini

1. Iman Yang Teguh اَلإِيْمَانُ الرَّاسِخُyang tidak akan bergoyang dan tidak akan pudar.

2. Keikhlasan Yang Sejati الإِخْلاصُ الصَّادِقُyang tidak kenal erti pura-pura.

3. Keazaman Yang Teguh اَلْعَزِيْمَةُ الْمَتِيْنَةُyang tidak kenal takut dan gementar.

4. Amal Berterusan اَلْعَمَلُ الدَّائِبُyang tidak pernah kenal takut mahupun penat.

5. Pergorbanan Yang Mahal اَلتَّضْحِيَةُ الْغَالِيَةُyang tidak kenal melainkan kemenangan atau syahid.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 25, 2011

COGAN KATA YANG MENAMPAKKAN KESEMPITAN AJARAN ISLAM dan tidak Syumul.

Assalamu'alaikum teman-teman,

Ada sesuatu yang kurang dan tidap tepat bila cogankata "MELAYU SEPAKAT - ISLAM BERDAULAT" Cuba kita renung dan fikir dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kesyumulan dan kesejagatan Islam.

Islam sebagai ad-Dien cara hidup yang lengkap tidak mungkin MENIDAK atau MENAFIKAN kewujudan bangsa lain selain bangsa Melayu.

Bagaimana bangsa Cina, India, Asli dan lain-lain?

APA KOMEN ANDA???????????




Baca Selanjutnya...

Sunday, October 23, 2011

Deklarasi Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

Deklarasi Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin". Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.

Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan:
Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh:
Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar kanan) kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 22 Oktober 2011.


Source: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12382
Baca Selanjutnya...

Saturday, October 22, 2011

Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam? Fikir n renungkanlah

Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?

Jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal.

Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Muammar Gaddafi.


Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma. Untuk info, klik DI SINI.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.


12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.


15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamadun dan cengkaman Barat dan Yahudi Zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam.

Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja. Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatihah Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah-fitnah yang sebegini rupa.

Sumber:
http://aduka5.blogspot.com/2011/10/gambar-bekas-pemimpin-libya-muammar.html#axzz1alAPHKEC
Baca Selanjutnya...

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI


Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]
penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.
Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM
Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
Dari Eropah, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropah
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.
Diambil dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ yang diiambil dari.....
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com/


posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 8:32:00 AM __11 Comments Links to this post
Baca Selanjutnya...

Thursday, October 20, 2011

Jangan Perangkap Pas Dengan Himpun

Jangan Perangkap Pas Dengan Himpun

AKHBAR Utusan dalam talian hari ini memakai tajuk berita berbunyi "Himpun diteruskan tanpa Pas". Berita itu mengolah kenyataan dan sikap Pengerusi Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid yang membalas balik kenyataan Pas yang tidak mahu terbabit dengan majlis himpunan sejuta umat itu. Alasan Pas mudah sahaja sebab himpunan itu kerja Nngo maka tidak elok dan tidak kena kalau parti politik mengambil bahagian.

Dalam pada itu Pas tetap menhormati usaha Himpun itu kerana kerja mempertahankan akidah umat Islam adalah tanggungjawab bersama.

Azmi juga mengormati pendirian Pas itu kerana himpunan itu diuruskan oleh Ngo atas satu tujuan untuk menzahirkan kekuatan umat Islam dalam mempertahankan akidah umat. Seeloknya urusan agama diperjuangkan oleh penganutnya tanpa mengira dari mana mereka datang, dan sepatutnya untuk mempertahankan agama kita tidak mengambil kira apa ideologi politik kita.

Nampaknya akhbar penjilat butut itu cuba memperbesar-besarkan tindakan Pas itu dan mahu memberi gambaran Pas tidak merestui majlis berkenaan. Apa hendak ditonjolkan dalam berita itu kononnya Pas tidak bersungguh memperjuangkan Islam. Dengan cara itu akhbar itu mahu orang ramai menilai sejauh mana tahap dan nilai Pas terhadap agama.

Bersama berita itu dimasukkan ulasan Penasihat Kehormnat Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM) Ahmad Zaki Ismail yang menyesali atas keputusan Pas itu.

Kenyataan Zaki dipetik keengganan Pas menyertai himpunan itu menjelaskan Pas berkiblat kepada kuasa semata-mata dan penolakan Pas itu sekaan Pas menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini. Mudah benar Zaki membuat analisa berhubung tindakan Pas itu.

Memang secara peribadi saya kurang bersetuju dengan tindakan Pas itu tetapi kalau difahami akan implikasi politik ia merupakan tindakan yang tepat dalam situasi hari ini. Pas sebagai parti politik yang memerlukan sokongan semua pihak perlu menjaga tatasusila politiknya. Perlu diingat rupadiri Pas bukan seperti mana badan-badan Ngo termasuk persatuan pengguna yang dinashiti oleh Zaki itu.

Bagaimana pun saya yakin dan percaya Pas tidak menghalang individu atau ahlinya dari mengambil bahagian atas tujuan untuk menjaga akidah. Bukan saja mengenai himpunan itu tetapi lain-lain aspek kebajikan bergama juga. Pas tidak akan bertindak segila dan sebodoh itu. Demikian juga dengan PKR, parti itu juga tidak akan memancung mana-mana ahlinya yang hadir ke perhimpuinan itu. Itu adalah hak semua orang yang tidak boleh diikat dan disekat dengan mana-mana peraturan atau disiplin politik atau parti. Menjaga akidah adalah kewajiban setiap individu yang mengaku kebesaran Allah dan keagungan Muhammad. Jadi ahli Pas boleh ramai-ramai pergi atas nama peribadi dan bukan parti. Setahu saya Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan juga akan sama hadir atas kapasitinya sebagai umat Islam.

Jadi di sini tidak timbul kalau Pas tidak pergi, apa lagi dengan mudah hendak menyimpulkan Pas tidak serius dengan Islam. Cuma saya nak nasihat mana-mana ahli parti khasnya Pas yang hadir ke perhimpunan itu hadirlah sebagai sifat anda seperti club Red Warriors yang mana pergi untuk menyokong bola dan tidak menyokong ideologi politik.

Usaha untuk menghebuhkan keenganan Pas tidak hadir ke himpunan itu dibuat atas maslahat politik itu sebenar tidak boleh dipertikaikan. Dengan melihat kepada usaha Pas selama ini dalam memartabatkan Islam janganlah mudah menyimpulkan Pas tidak serius dengan Islam. Hanya kerana tidak pergi ke himpunan itu terus dicapkan Pas sebagai mengalih kilbatnya adalah naif sangat.

Itu yang Pas beriya-iya hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan apakah bukan Islam? Saya tidak pun terdengar Zaki atau orang sewaktu dan sedarah dengannya memberi ulasan menyokong tindakan itu. Apakah baginya himpunan itu lebih penting dari hudud? Kalau itulah pandangan Zaki dan mereka sewaktu dengannya ini bermakna struktur badan mereka sudah berubah di mana otak sudah diletak di kepala lutut, hidung di belakang dan mata di kaki?

Sesuatu yang bagus juga kalau Pas tidak pegi menyertai himpunan itu kerana nia memberi peluang kepada Umno. Umno boleh mengambil bahagian sepenuhnya. Atau dalam erti kaya lain Umno boleh mengganti Pas untuk membela akidah umat Islam dalam pengertian disebut Himpun itu. Pergilah Umno ramai-ramai? Nah inilah masanya untuk Umno menunjuk dan membuktikan kepada umum bahawa parti itu perjuang Islam nombor satu.

Hendaknya deklarasi dibuat dalam himpunan itu termasuk mendesak kerajaan menggubal akta murtad akan diterima baik oleh Umno. Umno akan memperjuangkan deklarasi tersebut hingga berjaya. Dalam sidang perlimen akan datang kita nak dengar rang undang-undang murtad akan dibentang di parlimen. Kalau deklarasi itu tidak dilaksanakan maka jelas himpunan itu akan menjadi sebahagian daripada gajah putih salin tak tumpah seprti one off saja sifatnya. Makanya kalau selepas ini ada orang mentafsirkan himpunan itu ada propaganda Umno jangan 'dimurih'.

Saya hendak tanya dan bertanya kepada orang yang mudah bingkas kepada keputusan Pas itu. Apakah Umno akan menyertai himpunan itu secara rasmi? Apakah Najib Razak, Udin anak Yassin, Shafei Afdal, Ahamad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Tengku Adnan Mansor dan lain-lainnya akan hadir?

Saya tidak dengar lagi Umno membuat kenyataan rasmi akan komitmen menghadiri atau menyokong himpunan berkenaan. Yang terdengar hanya Pemuda Umno Selangor memberi tahu yang Umno akan menghadiri himpunan berkenaan. Tetapi belum ada kenyataan rasmi dari ibu Pejabat Umno di PWTC. Kalau hanya pemuda saja yang membuat komitmen ia dikira adil dan lebih kurang dengan apa yang Nasrudin Hasan lakukan saja.

Apa yang kita hendak dengar kenyataan dan pendirian ibu pejabat Umno. Belum ada kerahan dari Umno untuk menghadiri himpunan tersebut. Saya rasa kalau Umno mengambil bahagian dan komited menghadirinya, himpunan itu bukan saja akan mencapai jumlah 100,000 tetapi mungkin 5 juta kerana ahli Umno sendiri sudah mencecah lebih 3 juta lebih.

Jadi kalau Umno juga tidak menyatakan sikap dan pendirian, kenapa harus ditoleh kepada Pas saja? Jawab! Ini nampak sangat niat jahat dan cuba perangkap Pas dengan acara itu. Zaki itu mudah nampak kuman di sebarang laut tetapi terlindung gajah di birai matanya. Sepatutnya orang seperti Zaki itu turut bertanya sama mengenai Umno. Jangan hanya tahu menyanggah kepada Pas sahaja. Kalau pun benci Pas tetapi kebencian itu biarlah rasional dan profesional.

Kalau Umno juga tidak menyatakan pendirian tegas sama ada hendak hadir atau tidak apa susah dan peliknya dengan Pas. Setidak-tidaknya Pas dan PKR lebih jantan dalam hal ini kerana mereka mengambil tindakan tegas menyatakan sikap dan pendirian setelah mengkaji kesan buruk dan baik di sebalik himpunan tersebut.

Ataua pun apakah kerana himpun itu sebenarnya kerja Umno maka Umno tidak payah membuat apa-apa kenyatan lagi? Begitukah?

Begitu juga dengan Zaki mungkin kerana dia sudah tahu siapa yang mendalangi himpunan itu? Mungkin Zaki sudah dapat mentafsirkan hati budi Ngo-Ngo yang bergabung dalam Himpun itu. Mungkin dia sudah kenal latar belakang dan warna Perkasa(M), Isma, Pembina, Pembela, Intelek Melayu yang dikepalai Ibrahim Abu Shah dan lain-lain lagi itu.

Sebelum ini Ngo ini jarang berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pas dan PKR kecuali Teras Keupayaan Melayu (Teras) yang menjadi milik tunggalnya Pengerusi bersama Himpun, Azmi Hamid.

Begitukah? Kalau begitu maka tidak peliklah kalau Umno tidak bersuara apa-apa mengenai himpunan itu. Mereka tidak payah lagi menyatakan sikap dan menjual diri untuk hadir dan memberi bantuan sepenuhnya kerana kerana itu adalah kerja mereka juga. Bolehlah dianggapkan kerja itu salah satu projek penswastaan Umno kepada Ngo.

Saya tidak mahu menganalisa bagi mencari jawaban kepada persoalan itu. Tetapi bagi orang yang arif akan mengetahui sendiri terhadap apa yang berlaku. Salah satu petanda bahawa himpunan itu mendapat restu Umno ialah apabila ia mudah mendapat kerjasama dengan pelbagai pihak dan termasuk juga mudah mendapat permit polis. Menteri Agama Jamil Khir yang baru mengubah suai rumah juga berkokok memberi sokongan mengatakan himpunan itu bukan tunjuk perasaan. Kenyataan Jamil itu memudahkan kita untuk mencari makrifat di sebalik himpunan itu.

Kalaulah benar Umno terlibat, atau orang-orang yang mendokong perjuangan Umno untuk menyelamatkan parti itu, sepatutnya mereka mengajak Pas secara terbuka dan berhikmah. Buat surat jemputan kepada Pas dan PKR (Melayu) secara rasmi dan bukan setakat panggilan ajak-ajak ayam di dalam akhbar. Panggilan begitu juga menyebabkan Pas akan mencurigai kerana sebelum ini mereka sudah melalui banyak peristiwa pahit dengan Umno. Saya yakin kalau himpunan itu telus, tanpa ada campur tangan atau kalau ada pun, tetapi Umno ikhlas Pas tidak akan mengambil keptusan yang meletakkan diri mereka dalam keadaan serba salah pada perhitungan umat Islam negara ini dengan membuat kenyataan mereka tidak akan hadir. Setidak-tidak Pas akan membuat pendirian menyokong tetapi tidak akan terlibat secara langsung.

Sekali lagi kepada orang mempersoalkan kenapa Pas tidak perlu hadir harus meneliti diri sendiri dan belajar memahami politik. Cara paling mudah ialah kencing dalam tempurung dan renung dalam-dalam. Kalau tak cukup mata hendak melihat bayang ajak bini sekali. Mereka juga hendaklah belajar menjadi jujur kepada diri sendiri. Adillah juga dalam mempersoalkan orang lain. Kalau Penasihat Kehormat PPIM itu adil dan jujur, beliau patut mengkritik sama Umno kerana parti Melayu itu juga tidak menyatakan pendirian sama hadir atau tidak pada acara itu.

Saya akan hadir majlis berkenaan dan nak tenguk sendiri apakah Najib, Udin anak Yassin, Zahid Hamidi hadir atau tidak. Mereka perlu hadir dan tidak boleh diwakilkan kepada tiga makhluk Allah yang sudah tidak 'dihingini' oleh Himpun seperti mana dijelaskan Azmi Hamid.

Inilah orang kita berangan-angan hendak menjadi tukang jahit sedang nak memasukkan benang dalam jarum pun sudah tidak mampu kerana mata dibaham kencing manis, kelabu asap jadinya begitulah yang boleh saya gelarkan kepada mereka yang tahu mengkritik tetapi tidak membuat penilaian awal. [wm.kl.11:40 am 20/10/11]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2011/10/analisa-isu.html
Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 18, 2011

Royal Call To Implement Islamic Law

Royal Call To Implement Islamic Law

Sumber : http://www.brudirect.com/index.php/Local-News/royal-call-to-implement-islamic-law.html

Tuesday, 11 October 2011 06:41

Azlan Othman

Hits: 59

His Majesty delivers the titah. INFOFOTO

  • We have waited enough, says His Majesty
  • Islamic, Civil Law can run concurrently
  • Ministry, departments to decide soonest

Bandar Seri Begawan - His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yesterday saw the need for Islamic Law to be implemented soon, which the monarch had mooted 15 years ago, and wanted Islamic and Civil Laws to run concurrently.

In a titah at the Brunei Islamic Religious Council meeting at the Legislative Council building, His Majesty also said the Islamic Criminal Act, if understood properly, is the best as it comes and created by Allah the Almighty and not mankind. "We should not delay it and instead grab such guidance positively," said the monarch.

"There are many responsibilities, be it to ourselves, Ummah, to the country and specifically to Allah the Almighty, which is the truth of all the responsibilities.

Though it is our responsibility, it needs to be fulfilled for Allah the Almighty.

"Every individual is obliged to do good deeds which is the demand from Allah the Almighty. Does this mean that all these are for Him, more so the law, which is to control all problems in life, religion, descendants, mind and wealth.

"These form the basic for such a law to be formulated and implemented. To control these problems, we have been for so long using Syariah and Civil courts.

"These courts serve a single purpose, to control the problems and ways to uphold justice. I believe that as I've mentioned in my titah last March that the two judicial systems, Civil and Syarak, would not pose problems if they run in parallel or concurrently.

"Moreover, we have a beautiful way whereby any civil proceedings which are against Syarak would be adapted according to the Syarak besides bearing in mind that not all civil proceedings are contrary to Syarak. May be, this is rarely found elsewhere. And if it is true, then it is unique to Brunei," His Majesty said.

"Law is a knowledge and system, which is unique, very beautiful and certainly preferred when understood. If it's not understood, it would be hated. This is the rational behind the laws of Allah the Almighty.

"But since people do not want to understand it, the law is seen as bad and frightening. Praise to Allah the Almighty, we are guided by Him to see clearly the beauty of the law.

"What else is there to wait for? We already have a magnificent court building, many experts have been produced and that the nation has achieved its independence. What else?" asked His Majesty.

"Syarie judges are already many. They are all qualified compared to the 50s and 60s era whereby Pehin-Pehin Khatib also became a judge or assistant to judge.

"I once mentioned in my birthday titah in July 1996 on the formation of a Syariah Court of Law at the highest level to handle not only family law administration but also whenever appropriate Islamic Criminal Act.

"At that time, people's focus was mainly on the appropriate and reasonable time. Then, many time frames were mentioned like 10 years or eight years and so on. Now, 15 years have passed and people still say that we are not ready yet, not capable yet or there are still many matters to do, or preparations aren't enough or more time is needed, another eight or five years and so on.

"But when five or eight years have passed, people would still ask us to wait for another five or eight years. When will the waiting end? Do we still see ourselves in the 50s or 60s era?

"Do we forget that we have borrowed foreign experts from abroad for a long time, to be exact 20 years. Could we not (during such a long duration) resolve a Syariah Criminal Act?" His Majesty asked.

"I am still convinced if we want such a law to be implemented, it's not impossible. If we are not yet capable, do what we can do first.

"For instance, (enforce the law for) taking alcoholic drinks. If this is easy and can be carried out, then do it. We don't have to wait for 100 per cent enforcement. Anyone caught drinking alcohol or any intoxicating drink, if all Syarak evidence is adequate, then there is no reason for the law to be enforced.

"And if it is not enough or if there is an obstacle to carry out the Syarak Law, when such a case can be related to the early and original case, then it could be dealt with (punishment) or its equivalent. The first or second punishment will follow Syarak.

"Can't we see that if this case is tackled in Syarak or equivalent to 'Takzir', then the opportunity to punish with lashes will be wide open. Strokes of rattan could make the person unconscious even though there are only two or three strokes compared to the lashes in accordance to Islam, which would not be like that.

"Is it not that if we immediately implement this Syarak Law, we could replace such incorrect sentencing with Allah's sentence, which is full of blessings and not sentencing introduced by mankind?

"If we keep on waiting, does this also mean that we have agreed with unjust sentencing that gives more suffering than what it should be. I am convinced that we can do it. But where is the act? If such an act been in place, why do we have to wait again? It needs to be discussed and decided soonest," said His Majesty.

"I give the mandate to the relevant agencies or institutions, Ministry of Religious Affairs, Brunei Islamic Religious Council, State Judiciary Department, AG's Chambers, Syariah Court Department and all parties to cooperate and deal collectively and transparently until the law comes to fruition.

"Cooperation from all parties is needed in any matter. In the legal or judicial aspect, we set up the State Judiciary Department in May 2002, followed by coordinating of administration for both Syariah and Civil effective July 2002.

"Even before the establishment of the State Judiciary Department, the cooperation has long existed. Among others, I was made to understand that when the Islamic Legal Unit at the Ministry of Religious Affairs completes any legal draft, which is in accordance to Islam, it is forwarded to the Attorney General to be checked.

"This is a good example of cooperation. Other cooperation could be implemented like a Syarie Judge in handling the cases could be assisted by a Civil Judge or otherwise. And in handling a Syarak criminal case, before it becomes a case, it needs to be assessed whether it meets the conditions before bringing it to Syarak court or otherwise.

"If it is not adequate, then it would become a civil case and if the offender is found guilty, he/she will face 'Takzir' (punishment) or its equivalent. This assessment could be done by setting up a panel of assessors which comprise certain parties from the Ministry of Religious Affairs, AG's Chambers, Brunei Islamic Religious Council and so on.

"In other words, the cooperation could still need Civil and an act on panel of assessors could be formulated by the Judiciary Department," said His Majesty.

"In a nutshell, both Syarak and Civil Laws could run concurrently and in parallel without affecting one another. This is the uniqueness of Brunei. May Allah the Almighty bless the nation with peace and stability," added the ruler.

Also present was His Royal Highness Prince Hj Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.

Earlier, the Minister of Religious Affairs, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pg Hj Abdul Rahman said the Brunei Islamic Religious Council is the supreme body in assisting His Majesty in upholding the purity of Islam in the country. Its members meet regularly and work earnestly to meet the aspiration of His Majesty for Islamic teachings to flourish and expand in the country. It is hoped that the aspiration would receive blessings from Allah the Almighty.

Besides members of the Islamic Religious Council, the meeting was also attended by the Attorney General, judges and senior officers from Civil and Syariah courts.

--Courtesy of Borneo Bulletin

Baca Selanjutnya...