Monday, July 4, 2011

Teks Ucapan Yang DiPertuan Agong - Mutiara yang tersirat dan tersurat:

Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong
Jul 3, 11 9:00pm
Kongsi 1450
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - Bernama
Teks Ucapan Yang DiPertuan Agong - Mutiara yang tersirat dan tersurat:
1. Polis, SPR dan KDN kena berhati-hati kerana Baginda sedang memerhatikan setiap kenyataan dan tindakan mereka.
2. Titah Baginda jelas memohon PM lebih professional di dalam menyelesaikan masalah ini krn orang professional sahaja yang boleh menyelesaikannya
3. Baginda menyeru penganjur Bersih 2.0 terus pastikan tuntutan demokrasi mendapat persetujuan dan sokongan Polis kerana Polis yang selalunya menyebabkan kemusnahan di setiap perhimpunan.
4. Baginda menyeru Pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana krn kerajaan kini dilihat tidak adil dan tidak bijaksana.
5. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan jelas menegur pihak Polis, KDN, SPR dan JPM yang sudah menutup pintu rundingan.
6. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik jelas menegur kegagalan Polis dan FRU ketika mengawal demonstrasi aman.
7. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang jelas pada pandangan peribadi saya merujuk kepada SPR yang menjadi punca segala masalah. Usul penganjur Bersih 2.0 jelas memajukan negara.
8. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara jelas menegur kerajaan sekarang yang tidak bertolak ansur seperti kerajaan yang terdahulu.
Hanya persepsi peribadi saya dari teks ucapan itu.- Sumber : FB, Huzir Sulaiman
27 minutes ago · · ·

3 comments:

  1. PANDAI KAU PUTAR BELITKAN UCAPAN DYMM AGUNG YA. KEPALA OTAK ENGKAU.

    KOTOR2.0

    ReplyDelete
  2. haha..inlah pencacai UMNGOK..dia tak sedar akhbar2 dok putar belit ucapan agong....

    ReplyDelete
  3. SOME comment is bias and others is gives true pictures of hidden messages which voice out by the King in full texts. After all its up to a reader to assess it whether the author had gave true fair judgement and reader also has it own thought about full text which have given by The Highness.END my comment with DAULAT TUANKU, DAULAT TUNKU, DAULAT TUANKU.

    ReplyDelete