Saturday, February 27, 2010

RASULULLAH SAW - Kewajiban muslim kepadaNya


























Baca Selanjutnya...

Friday, February 26, 2010

TEGAKKAN SUNNAH RASULULLAH SAW SEPANJANG HAYAT





Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

(Dipetik dari Harakahdaily.net - 25/02/10)

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Baca Selanjutnya...

Thursday, February 25, 2010

Relaks Kejap - Jangan Tension - SEDAPNYA TIDUR tetapi jangan lalai



Salam sahabat-sahabat,

Sedapnya tidur setelah pulang dari Sabah. Pagi ini setelah solat Subuh di Surau Pondok Pemuda al-Khaltumiah dan menghantar anak-anak ke sekolah, apalagi.........sekitar jam 7.11pagi saya terus merebahkan diri atas tilam dan terus tidur, bangun tak bangun pada jam 10 pagi. Maka banyaklah call dan sms yang tak terjawab....sorrylah.

Tidur jangan tak tidur tapi awas jangan tidur or tertidur ketika memandu.......
Baca Selanjutnya...

Wednesday, February 24, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH - Selamat Kembali

Salam sahabat-sahabat,

Sekitar jam 12.15 Air Asia yang saya naiki selamat landing di LCCT Sepang.

Semalam, Hari Kelima Selasa 23 Februari 2010 saya menruskan XPDC Dakwah ke Keningau 130km dari KOta Kinabalu. AlhamduliLlah saya selamat menyeberangi Banjaran Rockers(jalan batru ke Keningau). Di sana saya disambut oleh sdr Hishamuddin YDP Pas Keningau, sahabat lama ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan(panjang cerita). Di Keningau saya sempat mengadakan slot Keibubapaan dan Kuliah Maghrib di masjid at-Taqwa Keningau. Kehadiran sangat memberansangkan. Petanda baik untuk kawasan Keningau.

Kelmarin, Hari Keempat Isnin 22 Feb saya berada di Kota Marudu. Sebuah daerah yang paling miskin di Sabah, sebuah daerah yang paling teruk kena banjir baru-baru ini. Kalau ke Sabah saya 'wajib" ke Kota Marudu, tempat2 lain tu kira sunat muakkad :).

Di Kota Marudu, sebagaimana biasa saya akan bertemu dengan cikgu-cikgu tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersalaman dan bertanya khabar........"Perjuangan Belum Selesai bah!" Ungkap kata yang biasa saya utarakan bila bertemu mereka. Apa yang menarik di Kota Marudu kali ini ialah saya dapat mengadakan ceramah Maulidurrasul buat kali pertama sekaligus memberikan slot motivasi untuk anak-anak Islam SMK Kota Marudu. Sambutan baik dan menggalakkan. Tapi sayangnya selesai program tersebut........timbul kecoh, bising dan macam-macam. Macamana ustaz Yusof Embong ini boleh berceramah di SMK Kota Marudu? Dia tu pembangkang, pemimpinb PAS dan lain. Mesti buat laporan kepada PPD dan lain-lain. Ringkas cerita kita sudah tahu sipa HANTU dan yang piunya angkara.

Okeylah sekadar itu dulu. wassalam. Jap lagi nak naik bas ke Kuala Lumpur n then ambik bas Mara Liner ke Kuantan. Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, pemimpin dan ahli-ahli pas kawasan yang saya kunjungi. Nama kalian tidak dapat dicoretkan satu persatu. Moga Allah memberikan ganjaran yang terbaik untuk kita semua serta diampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan kita dalam syurgaNYA nanti.

LCCT 12.43pm
Baca Selanjutnya...

Monday, February 22, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH - Hari Kedua dan Ketiga

Salam sahabat-sahabat,

Hari Kedua : Sabtu 20 Feb 2010.
Pada jam 7 pagi kami berlepas dari Beaufort ke Menumbok untuk menaiki bot laju ke Labuan.
Kami bertiga(Ustaz Mohd, Ustaz Zulhazmi dan uye) menaiki bot sekitar jam 8.30. Perjalanan ke Labuan mengambil masa 30 minit, tambang rm15 seorang.

Pada waktu petang ada pertemuan dengan kawasan. malamnya ada Kuliah Maghrib di masjid Layangan, dan besoknya Kuliah Subuh di masjid kerupang. Kami bertiga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan kawasan. Mereka memberi layanan yang sangat baik. Terima kasih kepada Haji Hasbullah, Haji Amir, Haji Basran, Haji Matusin dan Haji Adnan dan lain-lain yang tidak tersebut namanya di sini.

Hari Ketiga : Ahad 21 Feb 2010
Pagi Ahad kami berlepas ke Menumbok meninggalkan pulau Labuan. Jam 10.45pagi bot yang kami naiki berlabuh di Menumbok. Kami bergegas menuju ke Papar kerana ada pertemuan.

Di Papar adalah tempat subur untuk Islam. Sambutan untuk PASTI sangat baik, di sini ada dua buah PASTI. Tahniah kepada ustaz-ustaz dan cikgu yang menggerakannya.

Jam 2.30 kami singgah di SMK Tun Datu Mustafa untuk slot motivasi bersama pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima. Sebuah sekolah agama seperti SMKA Tengku Ampuan Afzan Jerantut. Tahun lepas ada pelajar yang mendapat 9A dalam PMR, 8A dan sewterusnya. Kita hendaklah sentiasa memberi semangat, motivasi dan galakan kepada anak-anak Islam di bumi Sabah. Merekalah pemimpin Islam masa depan di bumi Sabah.

Dalam perjalan pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah menjengok PASTI di Lok Kawi, alhamdulillah ianya dalam proses pembesaran. Terima kasih kepada ustaz Din dan kawan-kawan.

Sebelah malam, saya menyampaikan Kuliah Maghrib di surau Taman Austral dan kemudiannya sesi slot motivasi untuk guru-guru Pasti.

Hari Keempat : Isnin 22 Feb 2010.........di KOTA MARUDU .........bersambung

Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Friday, February 19, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH - Hari Pertama

Salam sahabat-sahabat,

Ketika ini saya berada di LCCT untuk menaiki Air Asia ke Kota Kinabalu. Saya tiba di sini sekitar jam 8.20 pagi menaiki bas di KL Sentral, tambangnya rm9. Tiba di sini ambil sarapan dulu, mahal juga makanannya.......mee hon + telur mata kerbau + air mineral rm9.70sen. Air Mineral sahaja dah berharga rm3.50, bapak mahalnya.

Malam tadi saya dari Markas Air Merah Mersing ada kuliah haraki. Sekitar jam 8.50pm kuliah ditamatkan. Saya bergegas bertolak ke Kuantan(200km) dengan kereta AER kerana jam 1 pagi akan menaiki bas ke Kuala Lumpur. Syukur, sekitar jam 4.20pagi sampai di depan masjid ar-rahimah Gombak. Terima kasih banyak-banyak kepada akhi Rashidi Texas yang mengambil saya dan menghantar ke hotel Surau al-Amin Setapak Indah. Di surau inilah saya menunaikan solat Subuh berjamaah berimamkan saudara Sobri.

Okeylah nanti sambung lagi cerita ini.....nak kena boarding dulu. tk

Baru jap landing di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.45. Nie tengah tunggu sahabat, siapa yang ditugaskan mengambil saya, entahlah. Biasanya ustaz Zulhazmi.

Jam sekarang menunjukkan pukul 11.16pm. Saya sekarang berada di Beaufort, lebih kurang 100km daripada Kota Kinabalu. Untuk ke sini kena melalui pekan putatan, kinarut, papar, tepi laluan ke menumbuk.

Saya bertolak dari Kota Kinabalu bersama Ustaz Zulhazmi dan Ustaz Mohdmenaiki sebuah van jam 4.30 petang. Kami tiba di Beaufort kul 6pm. Kemudian terus ke masjid daerah Beaufort menunai solat Maghrib dan menyampaikan Kuliah Maghrib.

Selepas solat Isyak kami berkumpul di Pasti Baitul Hikmah. Pasti yang diasaskan pada tahun 2007. Pada mulanya hanya 8 orang, kemudian meningkat kepada 18 murid pada tahun 2009. Pada tahun ini jumlah pelajar PASTI adalah 28 orang. Manakala yang belajar al-Quran seramai 60 orang. Ini semua menandakan penerimaan masyarakat Beaufort kepada Islam. Sekalung tahniah buat Ustaz Ghazali, Ustaz Zamri dan sahabat-sahabat lain.

Malam ini kami bertiga tidur di Pasti Baitul Hikmah, besok Sabtu akan ke Menumbok untuk menaiki bot ke Labuan. terima kasih
Baca Selanjutnya...

Thursday, February 18, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH 19 HINGGA 24 FEBRUARI 2010


Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

InsyaALlah malam ini saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dan pagi esoknya ke LCCT untuk menaiki kapal terbang Air Asia ke Sabah.

Tujuannya sebagaimana tertera dalam poster di atas "XPDC DAKWAH". Ianya telah menjadi rutin tahunan, ia semacam wajib bagi saya untuk ke Sabah. almaklumlah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat "ditukarkan".

Dalam rangka XPDC DAKWAH ini saya akan ke Kota Kinabalu, Papar, Beufort, Labuan, Keningau dan sudah semestinya Kota Marudu(tempat saya ditukarkan pada tahun 2002).

Di sepanjang XPDC ini blog saya mungkin tak dapat diup-datekan.

Doakan saya selamat pergi dan balik. terima kasih pada semua.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, February 17, 2010

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (Siri 3) - DI MANA KITA?

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (3)


3. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.


Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya...

(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)

Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

* Petikan (bersama terjemahan bebas) dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah - Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 65-67

Baca Selanjutnya...

Tuesday, February 16, 2010

Relaks Kejap - Jangan Tension - Sand Art






















Baca Selanjutnya...