Saturday, July 10, 2010

MENGINGATI MATI

Mengingati Mati

Dalam rangka berubudiah dan mengingati Allah, adalah perlu untuk sentiasa dalam peningkatan dan penerusan amal, dan di antara perkara perkara yg boleh menolong kita dalam penerusan dalam tarbiyah dan amal ialah mengingati mati.

Sabda rasul saw:

“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.”Hadis riwayat al Baihaqi drp ibn Umar radiallahu anhuma.


“sesuatu yg menghapuskan kelazatan” dlm hadis tersebut adalah dimaksudkan dgn mengingati mati, perkara ini telah dijelaskan oleh satu sabda nabi saw yg lain dari riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, ibn majah dan al Hakam.

“Banyakkanlah oleh kamu akan mengingati sesuatu yg menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”

Rasulullah saw pernah ditanya:

“Siapakah orang orang beriman yg lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda: Mereka yg lebih byk mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kpd perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak” (hadis riwayat ibn Majah drpd ibn Umar radiallahu anhuma).

Tentang mukminun al akyas (mukmin yg bijak ) atau al kayyisu (org yg bijak) Diceritakan dari hadis yg lain riwayat imam Ahmad,Tarmizi,ibn Majah,Hakam drpd Saddad ibn Aus:

“Al kayyisu (org yg bijak/cerdik) ialah siapa yg menghisab dirinya dan beramal dgn utk bekalan selepas mati.”

Mati merupakan azab kesakitan,sengsara yg akan dilalui oleh semua yg hidup, apatah lagi seseorg yg kufur dan engkar kpd Allah. Dengan menginsafi kesakitan dan kesengsaraannya sudah tentu mengingati mati bermanfaat besar utk menjauhkan diri seseorg daripada sesuatu yg melalaikan dirinya dan merosakkan amal kebajikannya serta mendekatkan dirinya kpd hari akhirat.

Sebab bagi lupa diri dan lalai drpd mengingati mati:

1.Panjang angan angan (yg tidak memberi manfaat dunia akhirat)

2.kasihkan dunia i.e perkara yg melalaikannya serta menjauhkannya dari keredhaan ALlah.


Daripada ibn umar radiallahu anhuma berkata: “Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)” (Hadis Riwayat Bukhari )

Inilah kata kata yg amat tepat, pengertian yg mendalam yg pernah diajarkan oleh Rasul SAW tentang hakikat hidup didunia ini kpd Ibn Umar r.a. Lihatlah petunjuk ini dan fikirkanlah dgn mendalam, sudah tentu dengan memahami hakikat org dagang atau hakikat pengembaraan kita dpt memahami apa sebenarnya hidup kita ini.

Begitulah sabda nabi saw yg kalau digali terlalu byk pengertiannya, antaranya :

1.Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain,sudah tentu kita perlukan persediaan, bekalan, kita tidak berniat atau leka utk menetap di sini sebab kita sedang dlm perjalanan. kita tidak mengambil semua yg ada di sini,sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan,seorang musafir hanya perlu kpd benda yg penting yg tidak menyusahkan perjalanannya, juga bekalan semugakembalinya dgn sesuatu hasil yg lumayan.

2.Hidup di dunia umpama acara acara, peristiwa yg kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuK melalui peristiwa peristiwa itu,kerana masanya yg singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.

3.Hidup di dunia ibarat melalui satu arus pelayaran kehidupan, masanya kian sampai utk tiba ke tempat tujuan, sudah pasti kita membawa perbekalan,bersedia sebaiknya utk pelayaran ini, dan bersedia membawa pulang hasil hasilnya nanti. kelak jua kita akan ditanya tentang masa yg telah

digunakan,bicara tentang amal dan pelakuan. Begitu banyak yg boleh dipelajari dari sabda rasul saw itu, dan hakikat hidup ini boleh difahami dengan memerhati dua ciri tersebut iaitu ciri orang yg

dagang (asing) dan sedang bermusafir berkelana. Memahami sabda inilah maka Ibn Umar radiallahu anhuma berkata:

“jika engkau melalui waktu petang maka jgnlah menunggu hingga waktu pagi.jika kamu melalui pagi, jgnlah menunggu hingga waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum masa sakitmu. waktu hidupmu sebelum masa matimu.”

Kejahilan tentang hakikat kehidupan,dari mana datangnya,kenapa didatangkan,ke mana kembalinya. kejahilan tentang nilai dunia yg akan ditinggalkan berbanding akhirat tempat kembalinya yg abadi.

Antara perkara perkara yg mengingatkan mati ialah menziarahi qubur

Sabda rasul SAW: "Ziarahilah qubur, sesungguhnya qubur itu mengingatkan kpd kematian"

Hadis riwayat Muslim dpd Abu Hurairah.

"Aku dahulu telah menegah kamu menziarahi qubur, maka kini ziarahilah qubur; kerana dgn menziarahinya menambahkan kezuhudan kpd dunia dan mengingatkan kamu tentang akhirat."

Hadis riwayat ibn Majah dan al Hakam dpd ibn Mas 'ud radiallahu anhu.

Pendek Angan angan adalah menyedari dan memahami perkara perkara yg akan dilalui selepas kematian lalu bersedia untuk melaluinya dengan menjaga amalan dan menjauhi perkara perkara larangan. Angan angan dan cita cita manusia berbeza, Ada orang bercita cita utk hidup seribu tahun. Inilah yg diceritakan oleh Allah swt dlm al Quran nul karim surah al Baqarah ayat 96:

Maksudnya: "Bercita cita seseorang dari kamu sekiranya dipanjangkan umurnya seribu tahun".

Sabda Rasul saw: "Hati seorang tua itu sentiasa muda dengan mengasihi dua perkara; lama hidup (panjang umur) dan harta" Hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah dpd Abu Hurairah.; juga hadis yg mempunyai makna yg sama diriwayatkan oleh Bukhari.

# dimaksudkan dgn muda iaitu kuat sempurna kasih (hendak) panjang umur dan harta seperti kehendak org muda pada usia mudanya.Ada juga org yg berharap utk hidup lagi setahun, ada yg berharap dapat hidup lagi utk 6 bulan, ada yg berharap sehari semalam ; Itulah permintaan manusia yg mengingati kematian,menyedari atau diberitahu bahwa dia akan mati; cita cita atau harapan itu juga berbeza mengikut amalan atau untuk apakah telah dihabiskan usia hidupnya

Diceritakan daripada Mu'az bin Jabal radiallahu anhu dari riwayat Abu Nu'aim dlm kitab ah hulliyah daripada Anas radiallahu anhu berkata: "Tidak melangkah satu langkahan melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan sempat utk teruskan satu langkah yg lain"

Pendeklah angan angan dan cita cita kosong dgn menyedari hakikat kematian, lalu bersegera utk beribadah dan melaksanakan ketaatan yg menjadi tugas sebenar kewujudannya di muka bumi.

Itulah petunjuk yg diperolehi oleh org yg tidak lalai dari mengingati mati; dia bersedia pada pagi pagi yg diingat hakikat kematian, lalu bertaubat dan melaksanakan amal yg baik. jika hidupnya terus sampai petang maka syukurlah dirinya kpd Allah kerana berpeluang mentaatinya dan gembira kerana hari harinya tidak sia sia, Kemudian dia bersedia lagi pada petang itu hingga tiba pagi. Lalu bersyukur kerana sepanjang malam itu hidupnya dalam ketaatan dan gembira kerana malamnya tidak dibiarkan sepi kosong dpd amal soleh. Begitulah dirinya tiap tiap pagi dan petang, hatinya tidak kosong dari menginsafi hakikat kematian; maka ingatan kpd mati itu TUAH baginya dan hidupnya bertambah dgn kebajikan dan kebaikan.

Sumber : Nota sedia ada dalam laptop

3 comments: