Inilah hadith yang ada dalam simpanan nota-nota saya dalam laptop. Tentang status hadith ini saya sedang menunggu komentar daripada Ustaz Khairul Azmi Mudir Darul Fikri Kuantan Pahang. Nanti sahabat-sahabat rujuklah kat ruang comments dalam blog ini.
Terima Kasih,
dari Permatang Pasir.
Salam.
ReplyDeleteHadis tersebut adalah sahih. Takhrijnya adalah seperti berikut:
1.Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya dan Al-Baihaqy dari Abu Hurairah.
2.Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan At Thobarani dari Kaab bin 'Ujrah. Al-Haithami menyatakan bahawa perawi-perawinya 'thiqah' (dipercayai)
3.Diriwayatkan juga oleh Al Bazzar dari Thauban dan Ibnu Masud,Al-Baihaqi dari Jabir, At Thabarani dari Ibnu Abbas, At Thabarani dan Al Bazzar dari Ammar bin Yasier,dll dengan sanad yang dhaif. (tetapi lemahnya ditampung dgn riwayat yg sahih spt di atas tadi)