Thursday, March 4, 2010

DETIK-DETIK AKHIR NAFAS RASULULLAH SAW

Salam teman-teman,

Malam tadi saya balik daripada Keratong 9 kerana menyampaikan kuliah. Jam 12 malam saya mulai meneliti email. Ternyata ada satu yang mencuit hati yang dihantar oleh Cikgu Noraini seorang bekas pelajar di Sek Men Tengku Afzan Kuantan. Inilah emailnya yang menkisahkan detik-detik Nabi saw menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal di usia 63 tahun.



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang

dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun

langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan

sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

perkara pada kalian;

Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai

sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-

orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam

syurga bersama-sama ku.

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang

dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik

turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas

panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan

meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas

menangkap

Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari

mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana

pasti akan

menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu

rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

terbaring

lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma

yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan

salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak

mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah

yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,

Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru

sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah

bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah,

dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan

pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun

menahan ledakkan tangis.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril

yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh

kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

dengan suara yang amat lemah.

Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu..

Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,

matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan

kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?

Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah

berfirman kepadaku:

' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah

berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan

ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya

menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah

mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang

disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

Jijikkah kau melihatku, hingga

kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat

pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata

Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini,

timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera

mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat

aimanukum-

Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali

mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang

memberi sinaran

itu
Baca Selanjutnya...

Wednesday, March 3, 2010

RASULULLAH SAW - Sejak usia kanak-kanak dan remaja menjadi orang baik

Salam teman-teman,

Dr Mustaffa Siba'ie menyebut beberapa kisah kehidupan Nabi saw ketika kanak-kanak dan remaja. Kisah yang menunjukkan ketinggian akhlak seorang yang bakal membawa risalah Islam akhir zaman. Kisah Nabi saw yang mesti menmjadi teladan kepada kita sebagai pendakwah di zaman ini.

1. Keturunan Yang Mulia - Nabi saw berketurunan dari Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.

Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a.,
daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda
tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui
isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.

(PENGAJARAN - Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau keturunan yang hina.)

2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6)

(PENGAJARAN : Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Dia menjadi lebih belas simpati kepada anak yatira, orang miskin dan mereka yang diseksa. la juga menjadikan beliau berusaha untuk berlaku adil, melakukan kebajikan dan mengasihi golongan ini. Setiap pendakwah perlu kepada aset peri kemanusiaan yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orangyang lemah dan susah. Tiada yang boleh membekalkan perasaan kemanusiaan ini kepadanya kecuali beliau sendiri mengalami kesulitan yang dirasai oleh golongan yang lemah seperti anak-anak yatim, para fakir dan miskin.)

3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.

5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْرَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله قَا لَ: وَأنَا
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu.

Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:
مَا بَعَثَ اللهُ نَبِيا إِلا رَعَى الغَنَمَ فَقَالَ لَهُ اَصْحَابُهُ : وَاَنْتَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ فَأَ جَابَ: وَأَنَا رَعَيْتُهَا لأ هْل مَكَّتً
عَلىَ قَرَ ارِ يطَ
Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat.

Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

(PENGAJARAN : Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau hina. Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan
pemberian orang).


6. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,
Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis
perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.
Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama
kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain
judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

(PENGAJARAN : Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang mencemuh keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai yang kita temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar orang ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng).

Marilah kita berusaha memiliki keperibadian dan akhlak yang baik sebagaimana RasuluLlah saw. Semoga ALlah sentiasa memberi kekuatan dan pertolongan untuk terus memperbaiki akhlak dan keperibadian kita.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, March 2, 2010

Relaks Kejap - Jangan Tension - NGERINYA accident ini






Eeee tercabut kepalanya.............................


Baca Selanjutnya...

Monday, March 1, 2010

DUNIA SEBELUM KELAHIRAN RASULULLAH SAW


Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w. Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta.

Empayar Rumawi Timur

Kerajaan Rumawi Timur yang dikenali dengan Empayar Byzantine dan bangsa arab menamakannya sebagai al-Rom di mana pada abad 6 Masihi kuasa ini telah menguasai negeri Yunan (Greek), Balqan, Asia kecil, Syria, Palestin, seluruh laut Mediterranean, Mesir dengan Konstantinople (Istanbul) dijadikan pusat pemerintahan mereka. Empayar mereka bermula pada tahun 395 Masihi lagi sebelum jatuh dan hilang setelah diserang oleh kerajaan Islam Uthmaniah pada 1453 Masihi. Empayar ini pada abad ke 6 M mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas rakyat yang menyebabkan timbulnya perasaan benci di kalangan rakyat jelata yang membawa kepada pengharapan mereka agar adanya bangsa asing yang mampu memerintah mereka menggantikan kerajaan yang sedia ada. Berkesinambungan daripada kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan telah menimbulkan rusuhan dan pemberontakan yang berlarutan di mana dalam rusuhan pada tahun 533 M sahaja pada masa pemerintahan Justin 1 maka 30 000 jiwa telah terkorban di Konstantinople. Ini disebabkan kerasukan pemerintah yang ingin mendapatkan wang sebanyak mungkin dengan apa cara sekali pun dan kemudiannya dibelanjakan dengan boros, berhibur dan berpoya-poya sehingga kepada peringkat kebinatangan.Rakyat turut terpengaruh dengan aliran batin disamping mereka suka kepada permainan sukan yang merbahaya sehingga menumpahkan darah seperti pertarungan antara manusia atau dengan binatang buas dalam stadium yang dibina khas disamping hukuman terhadap pesalah dengan hukuman yang mengerikan.

Mesir yang merupakan sebuah wilayah kepada empayar ini menjadi mangsa penindasan yang paling teruk oleh golongan agama, mangsa keganasan oleh golongan politik sehingga memaksa rakyat Mesir berkerja kuat sebagai memenuhi nafsu serakah golongan pemerintah. Mesir yang merupakan sumber besar kepada kekayaan dan kemewahan kerajaan Rom telah dijadikan seumpama kambing susu yang diperah susunya sedangkan makanannya diabaikan.

Syria sebuah lagi wilayah kuasa ini turut menjadi binatang tunggangan nafsu ganas bangsa Rom sehingga ramai rakyat Syria terpaksa menjual anak bagi menjelaskan hutang malah rampasan serta perhambaan begitu berleluasa.

EMPAYAR IRAN PARSI

Empayar Iran atau Parsi lebih luas tanah jajahannya dan lebih kaya berbanding dengan Empayar Rumawi Timur yang berpisah daripada Rome asal di Itali. Empayar Parsi ini diasaskan oleh Ardashir pada tahun 244 Masihi di masa pada ia telah mencapai zaman kemuncaknya ia telah menguasai Assyria, Khuzistan, Midya, Persia, Azarbijan, Tabristan, Sarkhas, Juzjan, Karman, Marw, Balkh, Sughd, Sistan, Harat, Khurasan, Khawazazim, Iraq dan Yaman yang sebahagian daripada Jazirah Arab termasuk sebahagian daripada daerah India seperti Kach, Kathiawar dan Malwah. Ia meningkat begitu luas sejak abad ke 4 Masihi di mana pusat pemerintahannya pada masa itu ialah Madain atau Ctephon.

Agama kuno mereka ialah Zoroaster yang merupakan kepercayaan yang mempercayai Pertarungan antara cahaya(Nur) dengan kegelapan(Zulmah). Kemudian datangnya agama Mani yang merupakan reformis kepada agama kuno tersebut di mana ia mengajak manusia untuk hidup membujang agar dunia cepat fana apabila manusia semakin pupus bertujuan untuk membasmi kejahatan di muka bumi. Pada abad ke 5 Masihi muncul pula seorang yang bernama Mazdak membawa ajaran menghalalkan harta dan wanita dengan bebas kepada semua orang sehingga suasana menjadi bercelaru apabila masing-masing dengan berani menceroboh rumah orang lain dan mencabul wanita sesuka hati. Istana turut diceroboh dan tanah diterokai sesuka hati sehingga ia rosak tidak mengeluarkan hasil. Apa yang ada pada mereka ialah hidup untuk makan dan mencapai kedudukan serta kekayaan.

Pada abad ke 6 Masihi iaitu pada masa pemerintahan dinasti Sasani keadaan bertambah buruk apabila rakyat bergantung kepada ihsan raja-raja yang menganggap darjat mereka begitu tinggi daripada semua anak Adam sehingga nama mereka dikaitkan dengan perkataan yang membawa erti ketuhanan. Maharaja (Emperor) dianggap sebagai manusia nombor satu di mana dia dipuja begitu tinggi sehingga tidak boleh disebut nama asalnya dalam ucapan atau perbicaraan malah raja dianggap daripada keturunan Tuhan. Semua pendapatan negara merupakan milik raja dan kekayaan ini kekal sehingga Yazdagird Raja Iran terakhir di mana ketika beliau lari meninggalkan Madain iaitu ibukota pemerintahannya pada masa serangan tentera Islam, beliau telah membawa lari seribu tukang masak, seribu penyanyi, seribu pengembala harimau, seribu pengembala binatang lain dan sebagainya.Rakyat begitu terseksa kehidupan mereka dibenani cukai sehingga ramai kaum tani lari menetap dikuil kerana lari daripada cukai dan menjadi tentera kerahan.Ramai rakyat yang terbunuh dalam peperangan antara Parsi dan Rom yang berlanjutan begitu lama.

EMPAYAR INDIA

India terkenal pada zaman kunonya dalam bidang sains jiwa, falak astronomi, perubatan dan falsafah dan ahli sejarah turut menyatakn bahawa India begitu merosot dari segi agama, akhlak pada permulaan abad ke 6 Masihi.Agama sudah tidak berfungsi lagi yang menyebabkan pencabulan dan penzinaan yang berleluasa dan wanita tiada harga sehingga dijadikan pertaruhan dalam perjudian, si balu tidak boleh berkahwin lagi alah dibakar hidup-hidup sebagai tanda kesetiaan. Sistem kasta begitu menebal dan kuat sehingga wujud penindasan yang kejam. India hidup terpencil daripada dunia luar sehingga pemikiran masyarakatnya menjadi beku.

EROPAH

Bangsa di Eropah Barat dan Timur berada dalam zaman kegelapan, buta huruf dan saling berperang sehingga tidak pernah bersua dengan peradaban dan pengetahuan, tidak berurusan dengan dunia luar malah dunia luar tidak tahu mengenai hal mereka. Mereka diselubungi oleh dongengan yang mengelirukan dan tidak suka kepada kebersihan dan tidak suka kepada air untuk pembersihan sehingga ada rahib yang keterlaluan menyiksa badan mereka atau lari memencilkan diri daripada manusia. Mereka masih menyelidik tentang apakah wanita itu binatang atau manusia, wanita mempunyai ruh yang kekal atau tidak, wanita mempunyai hak milik, menjual, membeli atau pun tidak.

Sehubungan dengan ini Robert Briffault berkata : " Eropah diselubungi dengan kegelapan kejahilan sejak abad ke 5 M hingga 10 M di mana kejahilan itu meningkat kegelapannya pada abad ke 6 M dengan timbulnya keganasan yang amat mengerikan sehingga lebih ganas daripada zaman purba sehingga kawasan yang dahulunya pernah mencapai peradaban paling tinggi seperti Itali dan Perancis turut menjadi mangsa kepada kekacauan dan kejatuhan itu".

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang disifatkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam telah merubah segala-galanya di mana dunia yang dulu sempit dihimpit kezaliman dan penindasan telah bertukar kepada keluasan dan keadilan Islam.Dunia yang dulu tenggelam dek kegelapan dan kepekatan dungu dan kejahilan berubah ke arah sinar cahaya ilmu dan pengetahuan. Dunia yang dulu dipenuhi manusia yang dirasuk nafsu kebinatangan mula kembali lembut dengan nilai kemanusiaan. Agama yang dulu dianggap sebagai adat mula bertukar menjadi dasar kehidupan gemilang.

Baca Selanjutnya...