Friday, October 12, 2012

Nik Aziz: Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Oktober 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.
   
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.
   
"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS 'bersekongkol' dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.
   
Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.
   
Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.
   
Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - Bernama

13 comments:

  1. Salam

    tak hairan dgn pandangan NA sebab syaitan kalau nak bekerjasama dan menolong pun sanggup kami terima

    http://www.youtube.com/watch?v=WpzlCWRfhtk&feature=related

    teruskan bersama NA, tiada halangan kerana anda semua lulusan agama tinggi dan sangat paham tentang agama

    ReplyDelete
  2. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ

    “Hai orang2 yg beriman janganlah kamu ambil orang2 yg di luar kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu. mereka tdk henti-henti kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yg menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yg disembunyikan oleh hati mereka lbh besar lagi.”

    ReplyDelete
  3. salam,
    terus terang kita mengaku bahawa kita lemah dr sudut agama spt feqah, siyasah,tafsir dsbgnya. tetapi hairan berani juga mempertikaikan org yg lebih arif tentangnya. sepertilah seorang pemain bola sepak diminta mengulas statement seorang jurutera tentang keselamatan sesebuah bangunan. hairan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jurutera tu kelentong tak kan tak boleh langsung
      Pertikai

      Delete
    2. baguslah dah mula mengaku. kalau tidak dlm ceramah kita saja yg betul. orang lain tak betul, zalim, jahil dsbnya. Nak muhasabah diri jauh sekali.

      kalau jurutera tu nak minta bantuan syaitan untuk jaga keselamatan bangunan stadium, tak bolehkah dipertikai/disoal jurutera tu walaupun itu bidangnya sebab bila stadium runtuh dan tak selamat yg jadi mangsa ialah pemain bolasepak. Guna akal dan jgn ikut membuta tuli walaupun perkataan itu keluar dari NA. Hairan2.

      Delete
  4. Salam ,
    tak kenal maka tak cinta. inilah perumpamaan yg sgt sesuai dengan sahabat2 yg menghentam tok guru nik aziz. Pernahkan anda mengkaji susurgalur kehidupan, pengajian, pergaulan, kuliah dan segala aktiviti TGNA.
    Kalau anda hanya mengambil mklumat dr tv n utasan n bhairan, maka anda akan berjumpa mklmt yg salah. Cuba muhasabah diri dengan mendengar mana2 kuliah beliau. Ziarah rumah beliau, siasat harta beliau, lihat kenduri kahwin anak beliau, lihat open hause rumah beliau. Barulah anda kenal TGNA. Dan akhir sekali tengok mcn ulamak2 tersohor dunia melayan beliau. Mudahan anda tidak tersalah membuat kecaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      NA hanya manusia biasa. Kalau Nabi Muhammad s.a.w pun dikiaskan semasa kecilnya seumpama Mamat2 lain dalam kampung, apakah dia seorang guru agama yg bijak dlm menyampaikan dakwah. Adakah dia individu yang wajar dicontohi. Mengapa tiada NA yg kedua jika contoh2 kebaikan di atas wajib dicontohi oleh setiap ahli PAS atau PAS akan terkubur bila NA dah ke kubur sebab hanya bergantung kepada NA untuk dijadikan contoh.

      http://www.youtube.com/watch?v=lkN0Yy4iLF0

      Delete
  5. Salam,
    Memang saudara tak tahu sbb org menceburkan diri dlm perjuangan saja yg tahu. Utk pengetahuan saudara sblm TGNA ada ramai pemimpin n pengikut pas yg hebat. Tapi Allah lahirkan seseorng yg lebih hebat. Dan satu lg, ramai pemimpin n pengikut pas yg hampir menjadi TGNA1 -TGNA1000. Dan slps TGNA akan lahir lg org yg lebih hebat. Ramai kita yg bercakap tanpa pengalaman. Cuba Jawap soalan ini. Adakah berpolitik wajib?. Parti politik mana yg saudara terlibat? Ada jawatan ke.? Atau individu yg hanya menadah kitab utk diri sndiri. Tanpa hiraukan keadaan klrga, jiran, mysrkt n negara. Hanya nak slmatkan diri sndiri. if gitu Nabi Muhammad tak perlu berhijrah ke Madinah utk memikirkan negara, mysrkt,jiran n klrga. Saudara individu yg hanya jaga diri saja tapi tak hiraukan manusia di sekeliling. Kalaulah saudara diberi jawatan menteri besar hancurlah sebuah negeri dipimpin oleh saudara.kerana tdk memikirkan rakyat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. "saudara diberi jawatan menteri besar hancurlah sebuah negeri dipimpin oleh saudara.kerana tdk memikirkan rakyat"

      kalau diberi jawatan pun aku tak hendak sebab aku tahu banyak nak kena jawab kat akhirat nanti. Kalau aku tak mampu tapi aku gagahkan juga nak jadi mb maka nanti rakyat akan persoalkan aku mengapa sepanjang pemerintahan aku hanya penyokong PAS yg dapat manafaat berbanding penyokong BN. Haru nak jawab.

      Delete
  6. Salam,
    Jawatan jangan dipinta tetapi bila jemaah mengkehendakinya maka akan ada pertolongan Allah.Masalah kita ialah lari dr masalah bukan menyelesaikan masalah. Kalau sudara dipilih oleh jemaah tetapi masih menolaknya tetapi dalam masa yg sama saudara mengkritik individu yg mengambil alih tugas saudara . Manusia islam jenis apa saudara ni. Satu lg cuba pergi negeri yg di perintah oleh pakatan rakyat spt selangor (keadilan), kelantan (PAS) ,
    p pinang (DAP), kedah (PAS). , Bawa satu bukti yg menunjukkan kerajaan negeri buat sst yg hanya mementingkan ahli parti penyokong je.Tlg jgn HANYA baca mklmt dr utusan, bhairan,tv123 je.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Aku hanya mengingatkan. Tak kan itu dah nak soal keIslaman saya. Ini akibat kepala saudara ni penuh dgn kekotoran dan karat2 lama PAS yg suka kafirkan mengkafir sesama Isle bila tidak sependapat.
    Tentang bawa bukti tu, kau carilah sendiri. Aku juga nasihatkan kau jangan dok asyik dengar dari sumber ceramah PAS saja. Buka minda tu sikit.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    T kasih kerana mengingatkan.Cuma isu kafir mengkafir tu, mgkn saudara rujuk pd utusan n TV123 je. Saya ind yg menonton tv12389 n al hijrah. Saya baca bhairan, utusan. Saya melayari bolg pas,umno, mlykini,harakah,insider n lain. Sb tu minda sy sntiasa terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku juga rujuk di sini . Sbhgn hidupnya d korbankan utk prrjuangan pas tapi akhirnya
      http://m.youtube.com/watch?v=0Hxyc3CE2ZQ

      Kau tonton Dan nilai sendiri

      Delete