Tuesday, October 16, 2012

DUA syarikat k'jaan UMNO BN rugi lebih RM1 bilion


Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsesi (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. 

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010. Manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menemui, kerugian IWK akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat,

Manakala, RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.



  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:33PM Okt 15 2012

12 comments:

  1. Salam

    Untuk lebih adil dan tak berlaku berat sebelah dan zalim dalam pemberitaan, kita sama2 ikuti bahan dari Malaysiakini:

    Rugi RM40 juta: Siasatan Kohilal selesai

    http://www.malaysiakini.com/news/133992

    - Kelemahan pengurusan, operasi Kohilal dibekukan
    - Kerajaan ambil alih pengurusan koperasi PAS � Kohilal
    - Kohilal: Harapkan pagar, pagar makan padi...
    - Kohilal: Kenapa ahli yang rugi tidak dibela?
    - Dua bekas ahli tuntut RM1.14 juta dari Kohilal
    - Masa depan pemimpin tertentu PAS bergantung pada isu Kohilal
    - PAS akan bawa isu Kohilal kepada Hadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hati PAS nak highlight berita ini supaya rakyat benci pada kerajaan. bila kena batang hidung sendiri pandai pula nak sorok. PAS nak pegang ISLAM ni pada hudud saja ka?

      Delete
  2. Salam
    Saudara lagi tak adil. Blogger ini hanya keluarkan mklmt terkini n terbenar. Kalau saudara nak adil kita kena keluarkan semua kerugian yg dibuat oleh BN sepanjang memerintah negara. Rasanya tak cukup skrin nak tulis. So kalau nak adil biar adil btl2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarkan yang pas juga. biar rakyat dapat menilai. berkata benar walaupun pahit.

      Delete
    2. "Kalau saudara nak adil kita kena keluarkan semua kerugian yg dibuat oleh BN sepanjang memerintah negara"

      Sila senaraikan untuk pengetahuan umum. Lagi penuh skrin saudara nak tulis, lagi banyak pahala saudara dapat TETAPI jika lagi banyak yang PAS rugi saudara sorok pula lagi banyak dosa yang saudara tanggung. Keadilan sebenar milik Allah s.w.t

      Delete
    3. contoh keadilan PAS dari konteks pendedahan

      Sedutan
      Rugi RM40 juta: Siasatan Kohilal selesai
      http://www.malaysiakini.com/news/133992

      "Ketika ditanya, Mat Samsudin bagaimanapun enggan mengulas aktiviti pelaburan yang didakwa menyebabkan Kohilal mengalami kerugian berjumlah hampir RM40 juta itu.

      “Siasatan sudah selesai dan lembaga baru yang menguruskan (Kohilal) sekarang. Jadi tidak adil bagi saya untuk memberi komen sekarang kerana semua itu berlaku dalam lembaga dahulu,” katanya.

      Ditanya lanjut, beliau juga enggan mendedahkan hasil siasatan yang dilakukan oleh suruhanjaya berkenaan.

      “Hasil siasatan itu ada pada mereka. Tidak adil (kepada ahli lembaga terdahulu) jika saya dedahkan,” katanya lagi.

      Kat Padang Masyar depan malaikat nanti tak de nya enggan2 ulas. mahu kena bedal.

      Delete
  3. "Jadi tidak adil bagi saya untuk memberi komen sekarang kerana semua itu berlaku dalam lembaga dahulu,”

    org pun bleh jwab cam tu jugak kot

    ReplyDelete
  4. pendedahan oleh seorang yg berkorban untuk PAS sehingga di ISA kan ...

    http://www.youtube.com/watch?v=CwVzHONMi4M

    tonton dan muhasabah diri jgn ingat PAS itu BERSIH dari kekotoran dan kejahatan. Jgn berselindung di sebalik nama ISLAM yg membuat anda susah di Padang Masyar kelak

    ReplyDelete
  5. salam,
    Mana2 org yg berjuang dalam pas akan menghadapi berbagai2 mehna dan tribulasi.PAS sebuah parti islam yg mmpyi dasar yg jelas merujuk kpd Al quran dan hadith. Pas terdiri dari berbagai tahap manusia. Tiada mana2 pemimpin pas yg mengatakan pas tiada kelemahan. Sbg org islam kalau tak berlindung dgn islam nak berlindung blkg apa lg.Ada tak dapati mana2 ucapan pemimpin pas yg mengatakan Kohilal ok, ceo yg dahulu ok. Tp pimpinan pas serah sebulatnya pd ceo syarikat utk menguruskannya. inilah keadilan n keprofesinolisme.
    Saudara banyak menyebut ttg padang masyar, ttp apa yg saudara sdg paparkan ini bukan kaedah islam so mcm pula saudara nak jawab di padang masyar.Apa solusi or sumbangan saudara dalam membantu kes ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah kaedah Islam itu menyembunyikan kelemahan sendiri tetapi menjadikan pendedahan kelemahan musuh sebagai yg utama seperti dipraktikkan dalam pas sekarang. kalau saudara mengakui pas juga ada kelemahan, itu adalah sebahagian sumbangan kawe dalam perjuangan Isle.

      tlg nyatakan kaedah isle yg dimaksudkan. kawe nak belajo.

      Delete
    2. soalannya ialah adakah tanggungjawab diberikan kepada yang AHLI (lebih mengetahui, berkelayakan dlm bidang perniagaan dan pelaburan)

      http://www.malaysiakini.com/news/133992

      Delete
    3. "Tp pimpinan pas serah sebulatnya pd ceo syarikat utk menguruskannya. inilah keadilan n keprofesinolisme"

      Baguslah mcm tu. Adil dan Professional. patutlah Kohilal rugi. sekarang baru aku paham sebab dan musababnya. kalau macam tu kita kempen kepada ahli2 supaya terus melabur menggantikan pelaburan yang dah melebur.

      Delete